Rindu


Daddy dah 4 hari kat Melaka. Mummy rasa Haziq rindu kat daddy. Bila balik rumah..berhenti ajer kereta..Haziq mesti tengok cermin depan..selalunya daddy akan usik2 Haziq dulu sebelum angkat..tapi sekarang dah x ada..siannyer kat Haziq

Ni gambar semalam. Semalam mummy ambil EL coz tok mummy kena admit kat HUKKM..

Bisul naik kat muka tok mummy dah 3 hari. Sampai tak boleh tido..siap demam-demam lagi tok mummy. Mula-mula mummy bawa g Az Zahra..tapi Doc kat situ suruh refer ker Hospital coz tok mummy ada diabities. Tu yg bawa terus ke HUKM



Masa g Az Zahra Bangi mummy bawa Haziq. Tapi bila nak ke HUKM mummy terpaksa tinggalkan Haziq kat oni. Kat HUKM kat lambat ..so mummy takut Haziq tak selesa. Lagipun nanti susah mummy nak uruskan tok mummy coz nak berdukong dengan Haziq lagi kan?

Balik ambil Haziq pun dah dekat 6pm dah. Sian sangat..Nampak ajer mummy bukan main suka lagi dia..terlompat-lompat riang lagi..

Balik rumah tengok Danish & Dina plak ada kat rumah..bertambah suka la Haziq..tapi bila dah malam sikit.mulalah rindu kat daddy..dok cari-cari daddy..biasanya waktu-waktu macam ni daddy dok main dengan Haziq..riuh rendah umah macam ada 10 orang budak kecik ajer

Tak per sayang...daddy balik esok yer..daddy pun rindu kat Haziq..hari-hari sms mummy tanya pasal Haziq..bila daddy buat Video Call..Haziq sombong..tengok kejap ajer..lepas tu lari-lari main dengan D&D...

Bila tido malam..sibuk cari daddy. Yerlah..biasanya dok letak kaki & tanggan kat badan daddy..tapi sekarang letak atas tilam ajer..tido pun x nyenyak..so terpaksalah mummy peluk Haziq sepanjang malam..tak mau Haziq rasa kesunyian sorang-sorang..kita sama-sama yer sayang..





 

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

2 comments:

Amy Syaquena said...

salam sis...

alalala..sianya haziq windu kat daddy dia ye...

az rina a.k.a jaijina said...

hukhuk, kecian haziq rindu papa dia..