Bowling time





 Alhamdullillah...Syukur Ya Allah

Dah lama mummy nak bawa anak anak menghabiskan masa bersama sepupu diaorang. Main & makan bersama sama..

Masa sekarang masa untuk korang bermesra... bermain sama... nanti bila masing masing dah besar ..korang akan rasa ada jurang antara korang.. akan rasa segan sesama sendiri.. akan rasa jauh ...

Mummy dah rasa semua tu...

Dulu dengan sepupu.. kami bebas bermain.. makan bersama... main bersama..tidur bersama.. pendek kata semua bersama...

tapi bila masing masing dah besar ... semuanya jadi janggal... rindu saat kita sama sama kecik

Tapi apa daya.. masa tu terlalu jauh tinggalkan kita....

 Anak saudara mummy x ramai.. anak maklong 4 perempuan.. anak paklang sepasang... anak mama ina 4 orang (3 lelaki 1 perempuan) anak makteh sorang perempuan... anak cu pun sorang perempuan... 

Korang x ramai

Tapi mummy harap sangat...sangat sangat berharap korang dapat bersama... dapat membesar & men"tua"kan diri bersama

Insyallah...Allah Ya Bari.. Allah yang maha Mengurus / Mengatur





 Kenangan

Kakak Balqis - 11 tahun
Haziq  - 10 tahun
Harith Hafiey  - 8 tahun
Aniq  - 7 tahun
Mawar - 1 tahun

Qaseh x dapat ikut kita hari ni.. Insyallah.. next time kita main lg beramai2 

Lepas main... masing2 dah lapar ... so kita g cari makanan dulu yer

 
Mawar yang kecik tu pun sama ajer naiknya kan..
padahal mata tu dah ngantuk sangat dah tu .. letih seharian main bowling

tapi demi abg2nya... sanggup bertahan mata

lagipun.. perut pun dah lapar kan mawar


Ragam si Bongsu

Ragam si Bongsu mummy

Budak ni sorang memang lain sikit perangainya kalau nak compare dengan Abang2nya ...

Berani dia... manja dia...skill memujuk dia & keletah dia.. mmg lain sangat

Kat rumah pun .. kalau x ada dia..memang sunyilah rumah..dia sorang ajer yg byk bercakap..byk benda dia nak buat... tp kalau bagi dia kerja.. memang teliti dia buat

Akal budak ni


Asalnya nak marah..tapi x jadi nak marah tgk muka dia mcm tu

Memang budak ni penghibur hati mummy daddy 

Sayang adik dunia Akhirat kerana Allah

Minggu Exam





Minggu Exam

Mummy stress bila tiba minggu exam. Anak relax ajer ..mak dia yg pening

 Suruh study.. malam dia dah letih.. dah mengantuk... so dia ajak study awal pagi

Masalahnya...bukan senang nak bangun awal pagi tu...





 Bersyarat pulak dia nak study

Dia nak study dekat Mcd.. .Adoi la anak

Mummy ni ikutkan ajerlah..janji dia nak belajar..

Belajar kerana Allah yer Haziq...

Insyallah ...Allah permudahkan segala urusan Haziq

Kita usaha.. yang lain2 .pasti Allah lebih mengetahuinya

Doa mummy...semoga Haziq menjadi anak yg soleh.. anak yg dapat memberi manfaat kepada orang lain...anak yang berjaya dunia akhirat.... Mummy menyokong apa jua yang Haziq minat & suka .. selagi ia x terpesong dari Islam

Mummy yakin.. Anak mummy faham apa yang mummy madsudkan


 

Mangsa Kehidupan

Tanpa kita sedar...

Kita sering menjadi mangsa kehidupan kita sendiri


Terdapat 4M  dalam mentafsir Mangsa Kehidupan


1) Mengeluh
2) Merungut
3) Mengumpat
4) Menyesal


Jom kita check dalam hidup kita seharian... ada tak kita buat perkara-perkara ini..

Kalau ada ..jom kita sama-sama berubah ke arah yg lebih baik


Kupasan akan dibuat selepas ini


Hidup bersandarkan Allah


Hidup kita kerana Allah

Siapa kita?
Siapa yg cipta kita?
Untuk apa kita dicipta?
Kemana akhirnya kita?


Ada pernah x soalan seperti ini di dalam hidup kita?

Yer ..

Kadang-kadang kita leka dalam dunia kita sendiri.. Kita leka dalam mengejar kekayaan dunia... kita alpa dengan apa yg kita ada...Masyallah..

Aku dulu pun sama ...sama seperti itu

Hidayah Milik Allah.

Syukur ...Allah masih sayangkan aku
Allah masih mahu aku berubah
Allah masih bagi aku peluang
Allah nak aku berubah

DAN

Aku kena berubah kerana ALLAH.

Sejak aku kenal Islam dgn lebih dekat... sejak aku amalkan Islam dengan lebih baik...Allah hadirkan mcm2 nikmat yg tak pernah aku sangat...tak pernah aku terfikir aku akan dapat

Nikmat & rezeki bukan dari segi wang ringgat & kemewahan hidup sahaja


Nikmat yang paling mahal.... 

NIKMAT KESYUKURAN ... 
NIKMAT KETENANGAN ....

Aku sentiasa berdoa ...semoga Allah akan mengampunkan segala dosa2ku... Allah tidak akan palingkan hati aku setelah allah bagi aku petunjuknya... Insyallah


Nanti...
Bila ada masa...
kita share lagi

bukan untuk menunjuk...jauh sekali utk riak bangga..
tapi lebih kepada perkongsian

Aku belum berjaya ubah sepenuhnya diri aku..tp aku dah dapat rasa betapa baiknya Allah pada hamba2nya





Memberi kepada yang memerlukan


MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA


Setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti bersebab kan?

Ya Allah... tak sangka sangat ... Niat mummy untuk menuntut ilmu.. membawa kepada pertemua dengan sahabat-sahabat yang hebat... Sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik... Alhamdullillah

Yang tu nanti kita cerita kemudian yer...

Sebenarnya.... mummy ada perancangan dengan sahabat mummy... kami nak buat kerja-kerja amal... Kerja-kerja membantu bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Alhamdullillah...Ahad lepas 12 October 2019, Hajat pertama kami dah Allah bantu untuk kami laksanakan. Kunjungan pertama untuk salah seorang pelajar yang kami pilih...

Ya Allah...kesian keluarga Hamba Allah ini, Anak 4 orang... yang sulong umur 15 tahun dan yg kecik 1 tahun 3 bulan... Ayahnya ada penyakit kronik.. yang mana terpaksa berhenti kerja atas saranan doktor. (Kencing Manis, Darah Tinggi, jantung, buah pinggang, batu karang dll) Ya Allah..besar sungguh ujian untuk keluarga ini

Anak2nya kadang2 pergi sekolah...kadang-kadang tak  pergi sekolah.. kalau pergi sekolah pun..naik bas awam (bas free selangor) dengan ditemani abang yg sulong... Ya Allah..memang rasa x selamat dengna keadaan sekarang ni yang byk sangat dah kes-kes penculikan & kes kes cabul..tapi apa lagi yg diaorang boleh buat???

Kami mensantuni keluarga ni..bawa sedikit sumbangan dari dana yg kami kumpul...dapatlah meringankan bebanan keluarga ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bantuan ini tidak banyak...tp amat berharga untuk mereka yang sangat sangat memerlukannya.

Kami akan usaha untuk dapatkan dana untuk membeli keperluan khas keluarga ini untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka

Keluarga ini memohon agar kami dapat sediakan Oven & pengisar roti untuk suaminya bekerja (ada kemahiran & pengalaman dalam pembuatan roti). Insyallah..kami akan usahakan nanti

So ... dekat sini... kami memerlukan dana..tapi kami bukan pertubuhan & NGO yg berdaftar... kami menolong setakat yg kami mampu. Dan harap sangat agar dapat memanjangkan perkara ini kepada mereka yang ingin memberi

Semoga ada kawan-kawan yang sudi membantu & sama-sama mencari saham Akhirat. Insyallah




Journal Kesyukuran 15 Oct 2019

Hidup di dunia ni kena selalu bersyukur

Allah sendiri telah menyatakan dalam Al Quran, setiap manusia yang bersyukur akan ditambah nikmat kepada mereka.

Jom kita buat Journal Kesyukuran... Sekurang-kurangnya 3 Kesyukuran setiap hari


  • Hari ni Alhamdullillah...Allah kejutkan untuk bangun seawal 2.45am untuk solat Isyak (semalam balik dari makan... mengantuk yg amat sangat..x boleh nak buka mata dah waktu tu...mmg dah pasang niat nak solat lepas lelapkan mata kejap)
  • Selepas isyak...Alhamdullillah..dapat solat Taubat, Tahajjud & Witir... Eh... Ya Allah...mudahnya Allah bagi perjalanan untuk mengerjakan solat Sunat hari ni...dalam masa 1/2 jam dah settle..Syukur sangat
  • Sambung tidur sampai 530am... Alhamdullillah...dapat bangun sebelum azan subuh untk mandi & bersiap ke tempat kerja
  • Dapatkan kejutkan anak anak bangun awal. Alhamdullillah..diaorang semua x meragam hari ni
  • Syukur dapat tunaikan janji dengan Haziq Irsyad untuk sama-sama buat revision untuk exam dia next week dekat McD. 
  • Syukur anak3 dapat pergi sekolah awal waktu
  • Alhamdullillah... mummy selamat sampai office ... walaupun agak lambat sikit dlm 9.15am tp yang penting..selamat sampai
  • Alhamdullillah...kerja-kerja office dapat diselesaikan dengan smooth & siap dalam tempoh waktunya
  • Yang paling bersyukur..Hari ni dapat ambil anak2 kembar awal. Walaupun hujan & jalan Jem..tp mummy dapat ambil anak2 dengan selamat

Sekarang ni mummy ada dekat Kedai mamak...tunggu Haziq Irsyad Tuisyen. Sambil sambil mummy layan kerja sikit - sikit sambil update apa yang patut...dah lama rasanya x update blog. Teringin sangat nak aktive mcm dulu..

Tapi sekarang ni mummy berazam untuk konsisten menulis...

Untunk mencari bakat yang dah lama terpendam...gara gara masa yang sangat mencemburi ...






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tip 11



If you ask depressing questions, you will 100% get depressing answers




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Hidup



Hidup

Banyak benda dalam hidup kita...yg kita terlepas pandang

Apa tujuan kita hidup di dunia ini?

Ke mana kita selepas di dunia ini



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI


Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI


Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...?

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.


CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :

" ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :
 Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
 Aamiin Ya Allah.

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin 🤲🏻






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Solat Asar



Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa kehilangan solat asar, seolah-olah ia kehilangan keluarga dan hartanya." (HR Muslim No: 991) Status: Hadis Sahih

Renungan Sebelum Tidur

RENUNGAN SEBELUM LENA

Checklist Aktiviti Harian, Ayuh Muhasabah Diri Dan Lakukan Mengikut Kemampuan:

1. Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dini dan sunyi.

2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.

3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara maghrib dan Isya'

4.  Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.

5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.

6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.

7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. 100 -150 buah buku setahun.

8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun rm1.

9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.

10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.

11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.

12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.

13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk Isteri, sayangi suami.

14. Solat awal waktu. Belajar agama berguru.

15. Puasa isnin khamis. Banyakkan istighfar.

16. Belajar melalui youtube -1 jam sehari.

17. Bina perbualan agung dengan orang hebat.
Melabur dalam networking mahal.

18. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi.
Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.

19. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.

20.  Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.

21. Tidur selepas Isya' dalam keadaan lapar. 
Tidur "relatif masa" 8 jam. Ada "25 jam" sehari.

22. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.

#quotephotovideo

Subscribe untuk Ilmu_Free:
▶️ T.me/RahsiaMemanggilRezeki

Jujur Dengan Emosi Sendiri



Jujur Dengan Emosi Sendiri

👉 Supaya Self Awareness dalam diri meningkat dan tidak memperdayakan diri sendiri.

📛 Bila sedih jujur bagitahu pasangan kita sedih

📛 Bila marah jujur explain kat pasangan kenapa marah

📛 Bila tak puas hati bagitahu puncanya

Ini adalah supaya kita jujur dengan emosi kita sendiri. Jika kita pendam dan kata,

"Aku ok, padahal tak ok"

Kita dah mengajar emosi untuk menipu !!

Makin kerap la kita akan hadapi masalah emosi kemudian hari. Makin susah kita nak mengawal emosi sendiri.

Ini la punca depressi..

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Bila Kebuntuan

Bila buntu tak tahu nak buat apa. Usah fikir sampai macam nak pecah kepala. Baca ni "Lailahaila anta subhanaka iini kuntu minal zalimin."

Bila kita baca ayat tu Allah akan keluarkan kita dari kebuntuan, kesakitan, kemiskinan, fitnah, musibah, kesedihan dan Allah beri jalan keluar dari segalanya.

Sebelum nak buat apa-apa sama ada nak cari calon pasangan, nak cari kerja atau nak buat apa-apa pekerjaan baca ayat tu dulu.

-Ustaz Ebit Lew-

Jalan berubah yang lebih baik....dengan izin Allah


Alhamdullillah...

Bersyujur sangat bersahabat dgn circle yang betul

Untuk bahagia dan kaya....kita kena bahagiakan orang lain dulu...kayakan orang lain dulu..... Kebahagian kita...kekayaan kita... biar Allah yang tentukan.

Allah Ya Ghani Ya Mughni...Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Memberi Kekayaan

Hidup dalam rasa kaya... Allah dah berikan kekayaan dan kecukupan untuk setiap manusia... Allag Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Syukur...ditemukan dengan sahabat yang sudi membawa dan membimbing ke jalan Allah.

Juanita Sani... terima kasih kerana sudi bawa aku bersama...



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Bola Hafiey


Abg main bola.. adik pun sama nak main

Mummy ok ajer.. suka anak2 aktif bersukan. .. x adalah duduk rumah ajer

Dia baru nak belajar main...tapi memang kelakar la...

ikut suka dia ajer

lompat2 dalam padang...tapi x kisah.. baru 2nd time main bola kan

Baru masuk..dah ada tournament... lawak kan..

bagi pengalaman kat dia

Tengok tu..budak ni berani sikit budaknya...

suara dia ajer dlm padang tu

Mummy sampai sun burn sebab sokong anak kat Padang

Gaya memang x kalah

Dapat gak bola kat dia


Kejar dik.. jgn bergaya ajer dalam padang

Daddy x minat main bola.. tapi nasib baik anak2 minat juga..



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Anak bujang main bola sepak

Lumrah anak lelaki kan... Bola sepak  memang x boleh dipisahkan...walaupun daddy bukanlah minat sangat dgn bola ni... Boleh pulak anak bujang dia terjebak

Mummy dah registerkan Haziq dengan satu team kat Bangi. Fireball Team. Memang suka sangatlah dia...

Setiap Sabtu belajar berenang kat Office mummy... Ahad g training bola... Penuh aktiviti 3H

Haziq...1st time masuk game...lawan dengan banyak team. Alhamdullillah... Nampak dah perubahannya ... X la lembik MCM mula mula joint dulu.


Kasut tu..pakcik sponser...Puma tu... 


Alhamdullillah..rezeki haziq



Team Haziq

Team B dapat g final .Tapi results lambat keluar ... Semua player dah balik ...so x berlawan la depa...



Tak per...next time jangan balik awal sangat

Ni kat Bukit beruntung...jauh giler tempatnya 



This week ada lawan dgn PKNS pulak dekat Kelana Jaya.


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Salam Jumaat




Hidup penuh dengan cabaran dan halangan.

Adakalanya kita jatuh tersungkur...
Adakalanya kita berdiri megah....
Siapa pun kita...
Dimana pun kita...
Kita tetap Hamba padaNya

Bersyukur masih dipanjangkan umur UTK terus memperbaiki diri...melihat anak anak membesar.. membantu keluarga terdekat ..semoga Allah merahmatiNya



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Anak dah besar

Haziq Harith Hafiey dah besar

Haziq dah 10 tahun.... Twin dah 8 tahun.

Alhamdullillah..semakin besar dah kurang sakitnya....syukur sesangat

Anak anak dah besar ...bermakna...mummy pun dah semakin tua la...

Rindu zaman anak anak kecik dulu...




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Buat hal lagi blog ni

Ya Allah... Rindunya nak update blog.

Blog buat hal hari tu... X boleh update ... X Tau la APA penyakitnya




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***