HaTi TiDaK BaHaGiA

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.

Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan :

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Terpaksa

Bermula hari ini sehingga minggu depan 06.08.09 mummy terpaksa menjalankan xtvt mummy di dalam toilet atau di bilik driver...
sebab apa???

sebab bos mummy dari jepun datang..tempat duduk dia betul2 belakang mummy..memang x selamat utk mummy jalankan xtvt itu...so terpaksalah mummy cari alternative lain utk menjalankan misi & tuntutan yg sepatutnya mummy jalankan sehari 3x tu..

kalau kena driver tak dak dlm bilik tu...bolehlah mummy buat dengan selesa...tp kalau ada orang..mummy terpaksa berpindah ke toilet...nawaitu mummy satu sahaja...semoga anasir2 jahat x ikut sama ...insyallah...

tapi demi Haziq tersayang & tercinta..dimana pun mummy di campak..tetap mummy jalankan tanggungjawab mummy...Haziq jangan takut tau.....


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Stroller baru

Tengoklah stroller baru Haziq.....Tak cantik kan....

mummy sekarang ni dah malas nak bawa stroller..mummy kata sebab Haziq x nak dok dlm stroller...selalunya mummy tolak stroller kosong ajer..Haziq daddy kena dukong...x acilah....habis tu kalau Haziq nak tido..tido atas apa? ini lah jadinya bila stroller Haziq mummy x bawa...dah la x ada kain alas....letak ajer Haziq cam gitu...sian Haziq..ni kalau oni tengok..sure mummy dengan daddy kena marah....padan muka oni..harap2 janganlah oni tgk..sian mummy nanti..

sepanjang perjalanan Haziq tido ajer..bila terjaga..tengok2 Haziq dah ada dlm ni.....tu yg muka Haziq masam tu..sebab mummy x kejutkan Haziq pun..

Naper mata Haziq sepet sebelah tu???


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Sama tak??

Mummy kalau balik keje..suka x nak ambil Haziq dulu kan? sibuk ajer dengan beg2 yg byk sangat tu..kehulu ke hilir dgn beg putih,beg hitam,beg plastik,beg besar,beg kecik..semua beg pun ada dengan mummy...bila semua beg dah naik kete...baru mummy ambil Haziq..naper Haziq plak jadi orang yg last naik kete? mummy ni x adil tau....
Setiap petang..mesti oni bawa Haziq ke kereta...oni siap pesan kat Haziq..suruh dok diam2..tgk mummy bawa keta..nanti balik blh jumpa daddy...Haziq budak baik sekarang ni..Haziq dgr cakap daddy..cuma kadang2 ajer Haziq nagis....sebab..mummy bawa keta lambat sangat..Haziq boring cakap sorang2...mummy x layan Haziq pun..sebab sibuk dengan pemanduan...maklumlah pemandu berhemah....itu lah mummy Haziq...
Dengan oni...jeling ajer..tgk mummy x ambil dia..
Sama tak muka Haziq dgn Mummy?

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Sapa ni??

Cute tak saya??


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Gunting Rambut

Daddy tengah gunting rambut
Mummy dengan Haziq teman daddy..tembunnya pipi Haziq




Haziq teman daddy g gunting rambut hari tu..tapi orang tu x bagi Haziq gunting rambut Haziq..naper ek?








***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……J
ika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……K
erana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……J
ika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Ampang Puteri Hospital

Hari ni setengah hari mummy x masuk office..mummy temam bos mummy hantar officemate g Ampang Puteri Hospital...Anti ain demam.....so kenalah teman... dah nak dekat lunch baru sampai opis........

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Keseorangan

Apa perasaan anda bila anda keseorangan????

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Haziq Irsyad

Lihatlah ....tiru mcm saya....
Perkembangan Haziq Irsyad

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Senyum

Senyuman si tembam

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Jom Kacau

Good Boy sekarang dah pandai kacau mummy bila mummy sibuk dengan tenusu mummy...boleh plak dia pusing2..sampai kat mummy..cepat ajer tangan2 debab tu capai wayar2 yg dah siap mummy pasang...dia pun sibuk nak pump kot....siap masuk mulut lagi....yerlahkan...Haziq sekarang dah 4 bulan tau...bukan kecik lagi....dah la tangan tu dok tarik2 wayer mummy....mulut pun sibuk gak...riuh rendah dlm bilik tok mummy dengan suara Haziq..padahal waktu tu baru 530am....nasib baik kita berdua ajer dlm bilik...kalau tak..mau orang marah kita..menganggu keselesaan orang nak tido
Tengoklah aksi2 Haziq nak guna gak S3 mummy






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tips Menangani Anak


Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka

kepada kita...

Tips lagi:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan takakan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadinya. Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Petua untuk para Isteri Sahaja

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(

'Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum..
Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh,
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tips utk memperbanyakkan Susu Ibu

[a] Berurut (dengan bidan).
[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.
[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.
[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:

Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:

Makan kulup daun betik setiap hari.


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Susu Badan

Penyusuan ibu kepada bayi adalah penting terutama dalam tempoh enam bulan awal pertama kelahirannya. Oleh kerana itu semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu saja dari lahir sehingga berumur enam bulan pertama secara ekslusif dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.Ia bermakna, dari lahir sehingga mencapai usia enam bulan bayi diberi susu ibu saja dan tidak perlu makanan pelengkap, susu tambahan ataupun air.Ketua Jururawat dan Koordinator Hospital Rakan Bayi, Elizabeth Muthu, berkata susu ibu sudah mempunyai khasiat yang cukup lengkap termasuk omega, vitamin dan mineral lain yang diperlukan bayi,Justeru ibu tidak perlu risau untuk memberinya makanan lain malah susu ibu juga mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) dan ini dapat mengurangkan penyakit kepada bayi.Elizabeth berkata, Kebaikan lain menyusui anak dengan susu ibu ialah tidak perlu dibayar berbanding membeli susu formula yang ada harganya begitu mahal. Selain itu, susu ibu juga memudahkan penghadaman dan membantu perkembangan daya intelek yang lebih baik pada bayi. Bagi ibu pula penyusuan sepenuhnya pada bayi dapat mengelakkannya mengalami bengkak payudara. Pada masa sama, ia dapat mengeratkan kasih sayang.Jika ibu memberi penyusuan secara ekslusif selama enam bulan pertama pada bayi, tidak perlu risau untuk memberikannya air kerana berasakan bayi haus atau susu badan yang diberi tidak cukup. Sebenarnya susu ibu mengandungi 70 peratus air dan ia cukup untuk menggalakkan tumbesarannya," katanya.Elizabeth berkata, bayi perlu diberikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam sehari.Bagaimanapun untuk mendapat penyusuan susu ibu yang eksklusif bukanlah mudah bagi kebanyakan ibu pada masa kini. Terdapat beberapa halangan yang ada kalanya membuatkan ibu putus asa lalu menggantikannya dengan susu formula kepada bayi.Antara alasan lazim yang diberi kerana berhenti menyusu badan ialah tidak cukup atau tidak ada susu. Ibu membuat anggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Selain itu ibu memberi tahu berasa risau kerana bayinya kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu."Sama ada saiz payu dara ibu kecil atau besar,l adalah mengarut jika menyatakan bayi tidak cukup menyusu badan. Ibu perlu bina keyakinan dirinya setiap kali menyusu anak dan pastikan cara penyusuan dibuat dengan betul. Apa pun bekalan susu yang kurang boleh dirawat. Oleh sebab itulah suami perlu beri sokongan kepada isteri supaya penyusuan ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama dapat dicapai sepenuhnya demi kebaikan bayi," katanya.


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Haziq tido rumah tok mummy

Isnin, selasa kita tido umah kita..tok mummy dgn k.isya temankan kita..tp start rabu onwards..kita kena tido umah tok mummy sebab mama ina dah start keje..tok mummy kena jaga Irdina...tok mummy suruh Haziq tido dengan maksu..tp mummy nak tido dengan tok mummy gak..

Susahnyer Haziq nak tido..pukul 12am mummy paksa tido pun x nak tido..dah nyusu 3x pun x lena2 lagi..sibuk nak main lagi..mummy dah ngantuk...dah la baju tido Haziq x bawa g umah tok mummy..pakailah suar pendek ajer..nanti mummy selimut ajer Haziq yer..
Cuba tengok muka budak x mau tido lagi ni...segar bugar ajer matanya...
Nak main dengan tok mummy..lepak atas perut lagi..
Siap nak lompat2 lagi tu

Tak larat tok mummy nak lambung Haziq..dah 7kilo kot Haziq ni


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Nandos

Me & Exter
Me..before makan


My favourite drink


1/2 chicken you


Sos pilihan hati


Resitnya....Thank's to Mr Chin


Semalam bos mummy baik hati..dia belanja all account staff makan nandos...sempena apa? mummy not sure....dah orang nak belanja..so apa lagi.....Zassss ajerlah.. Jangan marah yer...ayam 1/2 lagi tu...clear lak...ish! ish! memang lapar la sangat..mentang2lah 1/2day hari ni....x makan apa2 lagi dr pagi...simpan ruang utk makan nandos....

Walaupun sedap..tapi hati asyik teringat kat Haziq Irsyad..sian dia kena tinggal sampai malam..dah la daddy pun x der..lepas tu teringat kat daddy plak..apalah daddy makan hari ni kan? mummy makan sedap2....insan kesayangan x tau makan apa..buat apa....


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tertido sampai tak terjaga

Macam mana hari ni mummy boleh terlajak tido? Padahal semalam tido bukan main awal lagi..mungkin sebab hujan kot...syok ajer tido..sedar2 dah pukul 7am....mana nak sempat..so decide 1/2day ajerlah...


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

4 Bulan


Muhammad Haziq Irsyad dah 4 bulan hari ni...



mlm ni tepat 8.48pm ....4 bulan yg lalu..mamy terlah berjaya dibelah perut utk mengeluarkan seorang bb comel yg diberi nama Muhammad Haziq Irsyad dengan berat 3.25kg...Syukur alhamdullilah..sempurna segala sifat & sihat tubuh badan...






Doa seorang mummy pada anak buah tersayang... :






Semoga Haziq Irsyad membesar dengan sempurna & sihat....Menjadi anak yg soleh & membanggakan mummy & daddy....Menjadi anak yg pintar dan mendengar kata....Menjadikan impian mummy sebagai satu realiti..... Selamat ulang bulan sayang.....semoga Haziq Irsyad sihat sentiasa disamping kami....daddy & mummy Haziq...
















***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Sepetang di Padang Permainan Alam Damai

Petang ahad mummy bawa Haziq jalan2 dekat padang permainan kat Alam Damai...Bawa kakak Isya & Danish sekali...tapi Haziq belum pandai main...Haziq duduk dalam stroller ajerlah...tengok diaorang main...mummy bawa pusing2 taman....nanti dah besar mummy janji dengan Haziq nak bawa Haziq main2 kat sini....boleh kan mummy? nanti beli kan basikal utk Haziq...boleh pusing2 padang permainan..... Di sebabkan daddy kat serawak..so x adalah gambar daddy dlm ni..tinggal mummy dengan Haziq ajer...cu pun temankan Haziq sekali......Dah dekat nak maghrib baru mummy balik umah tok mummy... Haziq ni masam ajer...orang suruh tengok camera...dia sibuk nak tgk tok mummy

Haziq dengan tok mummy...dah sama besar kan
Haziq & mummy dekat play ground...nak main x boleh lagi la...


Tok mummy macam frust ajer...dekat play ground




Baru sampai kat play ground...masam ajer...penat ek



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Haziq @ Downtown Kajang

Mak teh Haziq buka gerai kat Downtown kajang...mlm minggu hari tu Haziq & mummy x ikut daddy g main game kat Putrajaya...so mummy bawa haziq & tok mummy bersama wan dtg gerai mak teh..mummy nak makan cendawan goreng & tengok2 orang kat down town tu..walaupun x ramai..best sangat...sebab haziq ramai orang dukong...semua nak dokong haziq...wan rajin bawa haziq pusing2 kat downtown...bila penat..tok mummy plak tolak haziq dlm stroller....pusing lagi kat downtown...11.30pm baru mummy bawa haziq balik rumah...tp x terus balik rumah..g makan dulu kat kedai mamak...hi hi ...tapi haziq x makan pun...haziq dah penat sangat..terus Zzzzz...sampai rumah pun sambung lagi Zzzzz..penat sangat Haziq dok main2 kat downtown.....next week bawa Haziq lagi yer mummy.. Haziq suka main dengan makteh..senyum2 lagi
Dah start gelak dah..mengekek2 lagi..suka hati benar

Gelak besar nampak..sampai depa badan2


dah 11pm pun masih belum mengantuk..siap gelak2 lagi



Muka budak dah peant galak..tp masih ada hati nak gelak lagi




Danish sibuk nak tolak Haziq dlm stroller....bahaya betullah..





Gerai mak teh kat Down Town...jomlah ramai2 g makan cendawan goreng...sedap...






Cucu sulong tok mummy...Nur Arisya Maisara








Kak isya dengan Haziq








Maksu dengan Haziq...monyok ajer muka Haziq...








***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Jemuran

Disebabkan hari sabtu mummy on leave... mummy telah mengambil kesempatan utk mendobi semua baju2 Haziq bersama CD's Haziq yg berusia seminggu lamanya..... disebabkan hari ni kita kena dok umah ajer selepas balik dari Tesco...so mummy dapatlah jemur CD's Haziq dibawah panas terik...cepat sikit keringnya..next week dah boleh pakai lagi sekali kan.... Sebakul baju2 Haziq yg baru dicuci...byk gak kan?
CD's di jemuran....sila pilih

Pemandangan CD'S Haziq dr depan

Petang mummy dah boleh kutip & lipat semua CD's Haziq yg bakal dibawa ke rumah oni..nanti senang keje oni nak pakaikan Haziq....ada lagi 5 keping CD bakal diterima end of this month...wah! banyak lagilah CD's Haziq lepas ni...no more pampers lagi kan.....boleh tolong mummy jimatkan belanja pampers haziq kan sayang....



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Haziq @ Tesco

Sabtu mummy malas masak..dah tengahhari pun mummy x masak..sian daddy lapar...lepas tu daddy belanja Haziq ngan mummy makan KFC dekat Tesco Kajang...Tq's daddy..lagipun daddy memang nak cari barang2 utk dibawa semasa o/station nanti...seminggu yer kawan2...daddy Haziq x ada kat KL..sian Haziq tinggal dengan mummy ajer.. sebelum g..daddy bawa Haziq & mummy jalan2...mula2 kita ker Tesco dulu yer...makan time

Haziq tengok mummy & daddy makan KFC..semua orang mcm hairan ajer tengok Haziq dok dalam carrier tu..naper? ada masalah ker?


Pinggan mummy & daddy yg lincin..kelaparan yg amat sangatlah ni....hihihi


Daddy cover2 nampak


Haziq dlm carrier + troli....siannyer



Haziq dalam kehairanan dlm troli



Syoknyer Haziq...dapat tengok sekeliling...x nagis mcm dlm stroller



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Office Daddy

Hari sabtu mummy x keje sebab Haziq..so mummy g ikut daddy g opis kejap...so haziq & mummy sempat posing2 kat sana...cantik tak gambar Haziq dgn Mummy? cantik kan?
Haziq teruja dengan cermin besar

Sama x muka Haziq & Mummy?

Depan kolam ikan..cantikkan?






Haziq & mummy depan kedai serbanika Penjara







***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***