Hospital Kajang lagi


Khamis mummy & daddy terpaksa EL sebab atok tiba-tiba sesak nafas. So terpaksa berkejaran ke Hospital Kajang. SUruh ker HUKM tak nak plak atok ni. Kan lagi selesa kat sana.

Seharian lah kita kat Hospital Kajang. Dok menunggu atok kat emergency lagi..lepas tu tunggu transfer masuk wad lagi. Dalam wad tak semua boleh masuk. Oni ajer yg boleh masuk..so mummy daddy terpaksa tunggu kat luar sementara tunggu waktu melawat.

Kat luar ni tugas daddylah melayan..mummy tak larat. Asyik nak berlari ajer Haziq ni. Nasib baik uncle cik ada...dia pun tolong mummy jaga Haziq..tak la letih sangat nak main kejar-kejar kat sana

Atok kena warded mungkin lebih dari sehari.. so nanti memang masalah sikitlah mummy nak keje...sapa nak jaga Haziq? yerlah..kan oni yg jaga...

Oni plak terpaksa jaga atok kat hospital. Makan minum atok tak boleh sebarangan. Atok tak boleh makan pedas..kat hospital ..diaorang main bagi ajer..so atok tak boleh makan. Oni kenalah masak & hantar makanan untuk atok. So macam mana nak jaga Haziq lagi?

Haziq bukannya kecik..dah besar kan? Oni plak tak larat nak dukong ajer Haziq...so daddy ambil keputusan untuk bercuti lagi. Yerlah..kenalah jaga Haziq sebab mummy tak boleh cuti..ada closing untuk office ni. Harap-harap atok cepat sembuh yer



Haziq tengah berkerja keras untuk adjust katil atok...

Nurse tegur pun Haziq tak peduli. Yang penting tugas mesti dilaksanakan. Mummy malas nak tegur...lagi baik Haziq bz dengan aktiviti ini dari sibuk nak berlari ke sana sini. Tak larat mummy nak kejar...








***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Mentari Muncul Lagi said...

Banyak betui keje si Haziq ensem ni yer??? kat hopital pun banyak betui keje yang dia nak buat... sure mummy letih ngan haziq kan huhuhuhuu..