Admitted untuk kali ke 4 untuk tahun 2012

Allahuakbar. Sungguh besar ujian untuk tahun 2012 ni, ujian dalam membesar anak anak mummy yang



Disahkan oleh doctor penghidap athma. Tiga beradik plak tu sekali kena.


Baru aja beberapa hari Harith keluar hospital, Hafiey plak menyusul masuk wad. Kat hospital ni dah kenai muka mummy. Kira memang dah famous kat Hospital Serdang ni sebab anak masuk kelaur wad macam check in hotel ajReason masuk wad tetap sama, athma. Puncanya sebab selsema atau batuk aja. Sure kena athma punya.

Hari ni 6 March Hafiey plak admitted untuk hari ke 5. Jenuh dok dalam wad ni. Nasib baik daddy boleh jaga Hafiey dalam wad, kalau tak jenih mummy nak berjawab dengan bos. Kena berselang seli dgn daddy jaga Hafiey kat wad. Biarlah mummy daddy berkorban masa, tenaga dan segalanya asalkan Hafiey Izzat sembuh dengan sempurna. Tak mau lg berulang masuk wad selalu.


Semoga anti anti semua doakan kesihatan Hafiey kembali lulih yer




**D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Putera Hati Saya

Muhammad Hafiey Izzat....si bongsu yang sangat manja



Muhammad Haziq Irsyad...si sulong yang selalu buat mummy rindu dan teringatkannya
Muhammad Harith Iffat ... si tengah yang tak boleh langsung berengang dengan mummy



Macam tak percaya ajer...sekejap aja mummy dah ada 3 orang anak....dah besar plak tu...

Syukur alhamdullilah...kurniaan yang tak terhingga dalam hidup mummy daddy dengan kehadiran 3MHI ni.. permata hati kami dunia akhirat.....

Semoga rezeki untuk kita sekeluarga akan berterusan..

Mummy daddy akan sedaya upaya menjada anugerah ALLAH ini sebaik mungkin...semoga kalian menjadi anak yg Soleh selamanya




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Abang yg semakin nakal

jkhjk
Muka si Abang yg semakin nakal sekarang ni


Sekarang memang tak senang nak ambil gambar si Abang Haziq ni..susah bebenor..ada aje muka yg dia buatnya

Tapi ...bercakap..macam bertih jagung....memang tak tau diam langsung..nak tengok dia diam..tunggu dia tido..tu pun kadang2 boleh terjaga sebab nak minum air...

Aduhailah anak....sekejap ajer masa berlalu...Haziq Irsyad dah nak masuk 3 tahun dah 22hb ni...




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Cheratin, Pahang

Cerita ni actually dah basi..tapi mummy nak cerita gak..maklumlah..dah lama tak dapat nak update..sekali dapat..kita kasi sekali harung terus yer.

Cuti raya cina yg lepas..kita g Cherating dengan keluarga paklang, tok mummy, wan dengan oni sekali..maksu pun joint ikut kita sekali

Bertolak hari Ahad..pagi pagi kami dah berkonvoi...memang syoklah...twin kira 1st time berjalan jauh..sebelum ni paling jauh pun balik kampung daddy kat Muar aja..

Antara perjalanan yg kita pergi...ke Pantai Cherating...memang best sangat..tapi mummy tak berani mandi jauh2 sangat...Abang Haziq pun bukan main suka lagi dapat mandi laut dengan Dina & Balqis..

Sebab twin masih kecik..so , tak dibenarkan untuk mandi laut...lepak ajer dengan tok mummy dekat parking kereta..

 
Budak debab dok berehat...
Hafiey baru bangun tido..sian dia..masa ni pun tak berapa sihat lagi ni...macam nak demam ajer anak mummy sorang ni


Bila lapar..semua naik atas cari makanan..nasib baik ada jual nasi lemak..so kita tapau ajer nasi lemak..air memang dah beli siap-siap

Harith geram ajer sebab mummy tak bawa dia mandi laut...

Tak boleh lagi sayang...bukan apa...kecik lagi.nanti kalau demam, mummy gak yg susah..



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Twin terkini


Ada tak yang rindukan si kembar saya?

Ini lah wajah terbaru kembar saya....Muhammad Harith Iffat & Muhammad Hafiey Izzat
 


  Dalam umur diaorang yg mencecah 8 bulan ...Hafiey dah 3 kali masuk wad.

1st time masa umur 5 bulan lebih...admitted kat Kajang Hospital and suspect ada athma... Selang 3 hari...Abang Haziq plak joint masuk sekali dengan Hafiey....selang 2 hari...Harith plak masuk ...memang glamourlah mummy daddy kat Hospital Kajang sebab 3 orang anak sekali gus masuk hospital...

Ni masa admitted kat Kajang...nampak muka dah ceria kan? sebab dah boleh discaj masa ni
Ni masih nampak lemah lagi muka masing masing..

Kembar saya tak seiras kan? macam bukan kembar & adik beradik ajer...tapi tetap kembar ...

Memang letih...mummy daddy terpaksa bercuti untuk menjaga anak anak kat hospital..8 hari berkampung kat hospital...hampir lunyai badan dibuatnya....




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

2012 yang penuh dugaan.

Tahun yg penuh dugaan untuk kami se'family'

Awal January, twin mummy admitted at Serdang Hospital sebab athma. 1st Hafiey izzat aja masuk, masuk 2nd day, Harith Iffat plak menyusul. Symtom yg sama, batuk selsema diikuti dengan sesak nafas. Berkampung la mummy kat hospital serdang selama 5 hari sambil di temani daddy. Kesian dekat Haziq Irsyad sebab terpaksa dok dgn oni. Bukan apa, Haziq yg sihat x boleh joint dgn adik adik yg tak sihat mummy daddy terpaksa ambil cuti yg panjang utk menjaga anak-anak di hosputal. Tapi masih ada insan yg tidak memahami keadaan kami. Anak kembar yg masuk wad serentak perlukan ibu dan bapa untuk menjaga. X kan nak harap mummy sorang jaga 2 anak kecik serentak? Akai ada kselepas 5 hari berkampung di hospital baru kami dibenarkan keluar. Memang bosan semasa di hospital, nadib baik hospital serdang, kalau kajang . Memang tensionla kani


episod kami belum berakhir, nantikan episode seterusnya. Ada sambungan yer





*D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Hafiey Warded

Hari ni dah 3 hari 4 mlm Hafiey di Hospital Kajang. semuanya gara gara athma yg menyerang.

Penat balik bercuti pun blm habis, mummy kena plak check in kat Hospital Kajang

Mummy Daddy demam selsema. sekarang ni abg Harith plak dokk semput kat rumah. Adoila anak anak. memang besar brtul ujian utk kali ini

Semoga mummy daddy di beri kekuatan utk menghadapi ujian kali ini. Jauhkanlah segala penyakit dari mummy


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***