Bukan sekadar cinta monyet
Oleh Hamid Karim
Port Dickson: “Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya.
“Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia,” kata pengantin ‘junior’ Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200.
Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini.
Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga.
MUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam.
“Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak,” katanya.
Credit : Harian Metro online
12 comments:
ishk3...macam muda sangat ja :P
muda sangat...tapi dah jodoh
moga kekal bahagia...
Kalau dah jodoh kan. Tapi muda sangat.
moga deme bahagia selamanya la yee
kt doakan yg terbaik buat mereka..
urmmm... moga jodoh berpanjangan lah~
besar tanggung jawab lepas kawin nih dik~
Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis kat sini, kalau sudi follow la saya blk yer... ;)
Taki kisah la muda janji dah matang. Kalau yang tak matang tu yang macam2 hal..
kita doakan aje kebahagiaan mereka kan...semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah
Harap2 dh cukup matang budaknyer.. muda benoo..huu..moga kekal hendaknya..
rasa mesti parents dia kaya kot tu yg boleh tanggung diorang ni..tgklah budak tak lepas spm pon hantaran rm5000 kira mewah lah kan..hikhikhik
Harapnya depa ni berkekalan lah hendaknya...tidak jadi spt pasangan berkhawin muda sblmnya..amin! :)
Post a Comment