Jerat’ tuntut hutang

Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Dua wanita yang diburu polis kerana terbabit dalam kes culik dan jual bayi di negeri ini Jumaat lalu, berjaya ditahan semalam hasil kecekapan polis mengesan isyarat talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada mereka.
Mereka ditahan di Terminal Bas Butterworth dan dipercayai baru tiba dari Kuala Lumpur jam 3.30 petang. 
Menurut sumber, suspek masih menggunakan nombor telefon bimbit sama untuk berhubung dengan seorang lelaki yang juga pembeli bayi perempuan berusia tujuh bulan itu kerana dikatakan masih berhutang dengan mereka.

“Seorang daripada suspek dipercayai melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan dan rakan turut mengikutnya sebelum mereka kembali ke negeri ini.

Foto
DUA suspek dibawa ke IPD Timur Laut, Georgetown, semalam.

“Dengan menggunakan kaedah teknikal, polis berjaya mengesan mereka melalui isyarat telefon bimbit dan akhirnya kedu-duanya dikesan berada di kawasan terminal bas itu,” katanya.



Credit : Harian Metro Online
Patutlah semakin ramai kanak kanak hilang dilapurkan...tak ada hati perut ker diaorang ni...tak ada rasa keibuan ker dalam diri...mentang2lah bukan anak sendiri...semua diaorang nak jual..sian ibu bapa yg kehilangan anak...

Patutnya ...tangkap & rejam ajer dua manusia yg x ada hati perut ni

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

5 comments:

::NureeN:: said...

kijam4x....
mmg patut hukum...
kemana hilangnya sifat keibuan nih...

syawalsimpsons said...

kadang geram kan dengan or yg macam ni..

Fiza Rahman said...

Memang scary lah skang. Jahat betul dorang ni tau.

Zura@Iwan said...

takutnya..
tk de keja la depa nk buat..huhu

aTieYusof Family said...

Isk! mmg tak patut... dah takde keja lain ke nak buat..