Tetap naik Januari depan
Oleh Shaiffulazhar Misri
Muar: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus berkuat kuasa Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.
Presidennya Amali Munif Rahmat berkata, kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPPBSM.
“Kami sudah mengadakan mesyuarat untuk mempersetujui cadangan kadar baru tambang bas sekolah yang bakal dinaikkan bermula Januari depan jika SPAD tidak mengambil keputusan muktamad meng umumkan kenaikan tambang yang sepatutnya.
“Sebelum ini, PPPBSM menanggung kenaikan kos 40 peratus untuk bahan api, alat ganti, penyelenggaraan, tayar dan pekerja. Apabila kadar bahan api dinaikkan baru-baru ini, kami menanggung peningkatan kos operasi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung PPPBSM 2013 di sebuah hotel di bandar ini, kelmarin.
Menurut Amali, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPPBSM kepada lebih sejuta murid dan pelajar menggunakan perkhidmatan mereka.
Amali berkata, kenaikan itu terpaksa dilaksanakan bagi mengurangkan beban pengusaha melainkan kerajaan memberikan pakej sesuai untuk menampung kos operasi bas sekolah.
“Kerajaan ada memperuntukkan pinjaman RM150,000 untuk pengusaha membeli bas baru bagi mengurangkan kos penyelenggaraan bas, namun akibat beberapa prosedur yang agak rumit, hanya segelintir saja mendapat kelulusan pinjaman.
“Pinjaman sebanyak itu bagaimanapun tidak mampu menampung kos untuk membeli bas baru.
“Ia boleh digunakan bagi membeli van penumpang buatan China berbanding van penumpang buatan Jepun berharga RM250,000 ke atas,” katanya.
Amali menyifatkan, pilihan yang ada meneruskan perkhidmatan bas dengan menaikkan tambang.
“Jika SPAD tidak membenarkannya, keberangkalian untuk ramai pengusaha bas sekolah memberhentikan operasi adalah tinggi. “Ini kerana, kami tidak pernah meminta apa-apa selain ditekan untuk menggunakan bas baru,” katanya.
Credit : Harian Metro Online
Hurm.. mcm mana nak hantar anak sekolah ramai-ramai kalau semua benda pun semua nak naik kan
8 comments:
Pengsan klu semua nak naik?? hbs harga apa yg turun..adoi! kesian rakyat..bayangkan kalau anak ada 5/6 org yg sekolah..sabor je lah! huhu..
huhuhuhu.. sedihnye lah..
semua bende nak naik~ terbeban sgt rasa.. huhuhu
kan semua benda nak naik...gaji naik pon ciput...mmmm..guano sekarang...rasa nk berenti keje jaga anak kat umah je..
semuanyer naik... !
baru jer nak htr anak masuk darjah 1 tahun depan...comfirm la naik bas juga...
Itulah.. semuanya naik...
Patut gaji semua org pun naik jugak..seiring dgn kenaikkan harga brgan n perkhidmatan lain..huui..
nasib baik Dania memang atuk '/acu hantar pi sekolah..pergi dan balik..dah save kat sittu..tp kena fikir jugak..minyak guna..bukan guna air kereta tu..semua naik ni sgt2 membebankan la..
Serius rase tertekan gile bila tgk berita sana sini nak naik harga. Org atasan tu lain la.... Bergerak seinci semua dpt elaun. Gaji bersih x usik lnsg! Kita ni? Dah tahap nak muflis kot. Haih
Post a Comment