Perkara yg paling mummy takut sewaktu dalam perjalanan...bersama anak anak...tapi benda benda mcm ni memang kita tak dapat nak elak
Gelojoh kita cari penyakit..berhati hati kita menjadi mangsa
Semoga kita semua dilindungi sentiasa dalam perjalanan harian kita...insyallah
KUALA LUMPUR: Hajat seorang lelaki berasal dari Sabah untuk bekerja ibu negara tidak kesampaian apabila dia maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya dihempap lori membawa muatan rod besi.
Dalam kejadian 8.30 malam tadi, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama sepupunya, 48, yang memandu Mitsubihi Triton dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.
Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa.
"Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Difahamkan akibat cemas pemandu lori terbabit melarikan diri," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Selangor pada 10.56 malam.
Menurutnya, seorang mangsa sudah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi masih tersepit dan anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa.
Sumber dari Harian Metro Online
4 comments:
benda2 ni mmg menakutkan..dah cukup berhati-hati...tp dah ajal tertulis kan...
Sedihnya. Klo drive pon memang takut selisih sebelah kenderaan berat nih.
Malang memang x berbau kan~
huhuhuhu.
Kesiannya... dia yg dah pergi tak boleh nak kata apa, tapi Zie bayangkan keluarganya sedih tak terkata pastinya...
Post a Comment