Bilik kurungan anak anak


Dulu masa mula mula tak ada bilik maianan..memanglah berselerak ajer mainan kat ruang tamu..jalan sikit..mesti terpijak mainan yg kecik2 tu..rasa mcm nak buang ke tong sampah ajer bila sakit kan

Last sekali..buatkan ajelah bilik bawah tu yg asalnya bilik untuk tok mi tu sebagai bilik mainan depa ...senang..kalau nak sepah sepah pun kat dalam tu ajer..jangan bawa keluar yer

Sukalah diaorang..bila dilambakkan mainan dalam bilik tu

Ini rupa bilik yang mummy dah kemas..

Rupa sebelum ni jangan tanyalah..sampai nak pijak kat lantai pun x boleh..habis bersepah dengan mainan halus2 depa tu..yg ultraman la..binatang zoo la..memang tak tahan nak nengoknyer

Tengok tu...ada ajer benda diaorang jadikan maianan..

Yg purple tu kolam mandi sebenarnya..tp buat dalam bilik ni sebagai kolam lepak2..tp mummy dah buangkan anginnyer..sebab besar sangat...penuh 1 bilik dengan itu ajer..so sementara nak tunggu betul2 kempis..biarkan kat luar dulu..lepas ni masuk dlm tong yer

Masing masing buat hal sendiri... 
Macam ulat kan?

Tanah liat yg haziq buat jadi cacing..lepas tu..takut2kan mummy...he elek...mummy tak takut pun...

Budak ni memang suka menyakat kejenye

Tengok tu Hafiey.. dengan Ben10 pun nak gaduh

Sampai dah pecah dah ben10 tu

Dah buang kat luar dah..air kat bawah dah keluar meleleh...memang anak lelaki betul kan? lasak

Harith dari tadi tak tau apa dia dok buat..kelebek apalah agaknyer kan

Bila mummy sibuk nak masak or kemas rumah...ini lah tempat lepak anak anak


Nak suruh main kat ruang tamu..jangan harap la yer...penakut semuanya walaupun disiang hari..suruh buka kipas..dok dalam tu..bising macam kat dalam taska.

Tapi lebih selamat dalam ni..sebab tak ada mainan yg bahaya..kalau kat ruang tamu tu tak boleh percaya sangat..panjat pagarlah..main atas tangga la..main frame gambar lah..bahaya kalau tak ada orang tengok

Kalau ada rezeki lebih boleh deco deco lagi bilik mainan ni kan


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

10 comments:

Masya said...

ada bilik khas lbh selesakan..

ammi said...

Best lah ada bilik extra untuk anak2 bermain, kalau lah saya pun ada.

Nafira usof said...

seronok lah anak2 ade bilik camtuh. kita pon tenang hati jugak sbb menan dorang x bersepah kt ruang tamu kan~
cam anak2 zura, kadang2 kuali periuk pon kt ruang tamu.. anak pompuannn. praktik masak ler kot. hehehe

lizz said...

Waa kemsin best dapat bilik luas gini utk anak nak bersepah pun takper kat dalam nih...anak2 saya suka nooo main kat halll n kat bilik pendek kata nak bertepek ngan mami dedi...sabo jerla

Kakzakie said...

Baru puas hero-hero ni main Zie. Lagi satu nak kemas pun sekali lalu taklah ke sana-sini..

Zura@Iwan said...

bestnya dorang ada bilik khas utk main2...

tingin gk nk buat utk irfan...huhu

~ NANA ~ said...

ada bilik camni bagus kn? senang sepah satu tempat je...hehe

ayut said...

Deco la kak mesti cantik..tp ank lelaki deco ye len ckit .haha slh deco ad kang brg crik xjmpe.

Lily@MamaZaraZareef said...

Wahhh..seronoklah diorng dah ada bilik khas utk main..terkawal sikit kesepahan kn..zara zareef pon ada gk bilik ltk mainan2 ni tp kdg terlepas gak diorng bwk mainan2 fevret ke ruang tamu..hukhukhuk

Hanie(SHMA) said...

SERONOKNYA. BILIK NI UNTUK BILIK TIDO SKALI X