Memang segaja nak cari pasal kan

.

Laporan fitnah media asing

Kuala Lumpur: “Penipu besar! Saya tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana wartawan dari Daily Mail.” Demikian tegas Presiden Persekutuan Juruterbang Malaysia (MPA) Kapten Abdul Manan Mansor.
Beliau berang apabila portal berita berpangkalan di United Kingdom itu menyiarkan laporan berita memetik dia mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mungkin membunuh diri. 
Daily Mail itu juga memetik Abdul Manan sebagai berkata, Zaharie berada dalam keadaan psikologi tidak stabil akibat masalah rumah tangga. 

Abdul Manan berkata, semua berita 10 perenggan itu rekaan Daily Mail semata-mata dan dia langsung tidak tahu bagaimana mereka boleh berbuat begitu.

Foto
KERATAN laporan berita Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie mungkin membunuh diri.

“Saya berpendapat wartawan terbabit tiada cerita lagi. Semua orang mencari jawapan kehilangan MH370, semua tanya kenapa kerana operasi dan menyelamat sudah memasuki hari ke-24.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sumber : Harian Metro Online


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

4 comments:

Kesuma Angsana said...

tak larat dah nak layan spekulasi & cerita2 yg x betul ni !

Amanda Suria said...

dah malas nak tgok berita..dah malas nak baca suratkhabar...banyak sangat fitnah...

Cho Zila said...

macam2ler kan.. memang tak patut...

ayut said...

Mcm2x skrg ni. ..tu boikot je..