Ciumlah anak kita



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar



kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak



perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana



takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah



akan api neraka ke atas tubuhnya.







Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu



darjat



syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah



sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang



menyukai kanak-kanak.







Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali



ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat



daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.



Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama







Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut



menanggung



tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa



membekalkan



anaknya



itu turut diperolehinya.







Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak



berkata;







"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah



aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula



akan



disayangi."







Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli



keluarganyadan



dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk



orang



yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada



anak



lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia



memerdekakan anak Nabi Ismail .







Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus



akuberbakti?



"



Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."



Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."



Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak



terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."







Wallahualam bissawab






 



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Suka ngan artikel ni..tq kak ziela kerna sudi berkongsi ;)