Aktiviti di Malam Ramadhan


Malam tadi kan malam 1 ramadhan...so kena stand by everything by mlm tu gak..coz tak nak esok pagi kelam kabut...so mummy harus mengemas segala yg belum berkemaslah jawapnyakan..

Dah siap masak..makan..lepas makan..kemas dapur dengan sediakan bahan untuk memasak pagi esok (sahur) lepas tu..sediakan baju untuk Haziq esok..lepas tu kemas meja makan..lepas tu lipat baju....kemas tempat nak beradu..lepas tu bawa Haziq naik atas katil...


Sementara mummy bz..bolehlah Haziq main dengan bakul ni. Punyalah banyak mainan yg ada..bakul gak yg menarik perhatian Haziq...bukan ada benda pun dalam bakul tu....kosong ajer lepas mummy dah siap kemaskan baju-baju yg baru dikutip..tapi menarik gak utk Haziq nak main kan?



Ni bila dah naik atas...mula-mula tak mau langsung ditukarkan bajunya..mana boleh tido sayang..dah berpeluh tu..jom kita salin baju & CD..lepas tu baru tido ok?

Dah boleh diharap tau anak bujang ni..Dah buka baju..suruh Haziq g letak kat dalam bakul bajunya...pandai plak dia g letak..siap pastikan masuk dalam bakul tu betul2...lepas tu bila nak buka seluar..jenuh plak berkejar satu bilik...lari la plak

Lepas tu...nak pakaikan baju plak..jenuh plaklah bersilat..memang tabiat kot..bila dengan mummy dia memang suka tak berbaju..tapi tak boleh..sejuk..nanti takut kena athma plak mcm mummy ni

Lepas tu kita tido..esok nak bangun awal kan? nak bersahur....


 



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

No comments: