Yang mana lebih berharga???

Ingathlah...marah macam mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan...


Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota besar meninggalkan anak mereka di asuh oleh pembantu rumah semasa keluar bekerja....

anak tunggal pasangan ini, perempauan berusia tiga tahun setengah

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci....bermainlah dia...sama ada berbuai-buai di atas buaian yg dibeli bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain dilaman rumahnya

suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat..dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat dari marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahyan...
Ya...
kerana kereta itu berwarna gelap, lakaranya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarkalh melahirkan kreativitnya. Hari itu plak bapa dan ibunya ke tempat keje bermotosikal kerana kesesakan lalulintas.

Penuh sebelah kanan dia beredar sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dah ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yg baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjeri, "siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dnegan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah lagi melihat wajah bengis tuannyer. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras padanya, dia terus mengatakan."tak tahu..." "duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa yg kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yg mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik..

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahh..cantik kan?" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. SI anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si Ibu cuma mendiakan diri, mungkin bersetuju dan berasa puas dengna hukuman yang dikenakan..

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah mengendong anak kecil itu membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air...sambil dia menangis..ANak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah

Keesokkan harinya, kedua-dea belah tangan si anak membengkak..Pembantu rumah mengadu " Sapukan minyak gamat tu!" balas tuanya, bapa si anak

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yg menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si i bu juga begitu tapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam..." jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu" balas si ibu

Sebelum si ibu masuk bilik tido..dia mengenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu..


Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yg longlai dibawa ke klinik. Doctor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu..

"Tiada pilihan..." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan anak itu dipotong kerana gnagren yg terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yg dikenakan habis, si anak menagis kesakitan. DIa juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis...

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yg keletah bersuara dalam linangan air mata....

"Abah...mama...Ita tak buat lagi.. Ita tak mau ayah pukul...Ita tak mau jahat..Ita sayang abah..sayang mama.." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa..

"Ita juga sayang kak Narti..." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah ..... bagilah balik tangan ita..Buat apa ambil....Ita janji tak buat lagi!..... Ita nak makan macam mana? nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi." katanya bertalu-talu..Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya...

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi...tiada sapa apat menahannya......

ANTARA ANAK DAN KERETA .........YANG MANA LEBIH BERHARGA???


Jawapanya.... pastilah MUHAMMAD HAZIQ IRSYAD.....





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Elyn said...

sedih nyer.......