Trend di Malaysia


Lagi angkara ayam masak merah

Nibong Tebal: “Tiba-tiba saya berasa sakit perut dan pening sebelum muntah,” kata Nur Arisya Azrin Mohd Nazri, 10.
Nur Arisya antara 36 murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat, di sini, yang dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB), selepas mengadu sakit perut, pening dan muntah pada jam 9 malam kelmarin. 
Menurutnya, apabila kelas tambahan intensif bermula, perutnya memulas dan kepala pening hingga menyebabkannya berpeluh. 

“Saya berasa seperti berpusing-pusing dan berlari keluar kelas kerana berasa mahu muntah.
Foto
SEBAHAGIAN daripada 36 murid SK Seri Tasek yang dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan.

“Saya lihat ada rakan lari ke longkang berhampiran untuk muntah. Ada juga yang menangis dalam kelas,” katanya.

Mereka antara 106 murid sekolah berkenaan yang mengikuti Program Intensif Tahun Empat yang diadakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu depan. 

Program itu diadakan dari jam 8 pagi hingga 10 malam bermula sejak Isnin lalu dan dijadualkan berakhir hari ini. 

Difahamkan, sepanjang berada di sekolah, murid terbabit dibekalkan makanan dan minuman empat kali sehari oleh pihak kantin sekolah. 

Ada pelajar mendakwa, mereka mengalami keadaan itu selepas menjamah makan malam nasi berlauk ayam masak merah yang diberikan pada jam 6.30 petang. 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Mutiara Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, menyedari masalah yang dihadapi murid terbabit, pihak sekolah terpaksa mendapatkan bantuan ambulans daripada hospital. 

Menurutnya, semua murid terbabit mendapat rawatan di Unit Kecemasan dan pihaknya difahamkan ada di antara mereka terpaksa diambil sampel darah. 

“Berikutan kejadian ini, pihak PIBG dan sekolah mengambil keputusan menghentikan program itu serta-merta. 

“Pihak kami dan sekolah akan mengadakan siasatan bersama mengenai bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital,” katanya. 

Difahamkan, anggota Jabatan Kesihatan Daerah bergegas ke sekolah berkenaan sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu dipercayai untuk mengambil sampel makanan yang disediakan kepada murid berkenaan. 

*** Menjadi trend di Malaysia.. lepas satu kes...pasti ada kes yang akan ikut serta.. adoilah..baru semalam makan ayam masak merah ni....semoga dilindungi



**SUmber dari Harian Metro Onlin***





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

xdelah trend
benda ni dianggap normal tu sbb la tak betul2 naik kes mc ni
seme buat bodo
terang2 klu program mcm ni amik dari catering
catering entah mana plak tu
ayam tu
full of salmonella
even dah msk tpi disejukkan balik
bakteria bersepah2
nowadays pun food preparation by catering or food company pun byk yg tak proper.kena hinggap lalat sikit pun dh consider contamination
yg kena ni budak2 kecik tau.kita yg tua2 ni struggle to death klu kena diarrhea
ni kan budak2
alahai..
get well soon anak - anak.
semoga jadi ikhtibar

Mohamad Fathi said...

Kadang2 rasa takut n truma pulak nk g kenduri.. hohoo

nuyui a.k.a miss YUI said...

mgkin dari pmbekal yg bermslh..

atau ayam terlbh cucuk.sakit..mgkin.