HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI


HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI

Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Jawapannya:

HALAL : Jika isteri HALALKAN. Tapi Ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit.
Contoh: Isteri berniaga RM20k sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, yang, ini awak bayar'. Hukumnya HARAM

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan isteri kata "Oleh kerana tak ada duit, biar saya yang bayar'

Ini baru boleh. 

Ramai suami2 yg memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini.. Yang ini awak bayar, yang itu saya bayar. Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macam mana duit isteri yang suami gunakan selama ini?Jawabnya, duit isteri yang telah suami gunakan untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang WAJIB suami bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KEMANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.

Ada plak suami atau bakal suami yang kata ; Oooo.. kalau macam tu teruklah...Mana boleh... 

Jawapannyer senang... Kalau dah tau tak boleh...jangan kawin...


Sharing is Caring...

Petikan dari FB


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Unknown said...

huhuhu...duit dia duit saya...duit saya,duit saya..hahaha