Peringatan Besama... Nyawa anak lebih penting dari segala-galanya

Peringatan untuk kita bersama.....Saya pun kadang2 ada tinggal anak dalam kereta sewaktu mengisi minyak...tapi x la sampai 1/2 jam...tapi merbahaya juga walaupun hanya 5 minit dalam kereta....Next time...sumpah tak akan tinggal lagi Haziq Harith Hafiey dalam kereta walau apa pun keadaan.. nak dapat anak bukannya senang....

*******************************************************************************************************


Kuala Lumpur: Suhu di dalam kenderaan yang dibiarkan di bawah panas terik boleh meningkat kepada 50 darjah Celcius dalam masa 20 minit dan menyebabkan kepanasan melampau kepada yang terperangkap di dalamnya.
“Bayangkan pula keadaan kanak-kanak yang suhu badannya boleh meningkat tiga kali ganda lebih pantas berbanding orang dewasa jika mereka yang terperangkap di dalam kenderaan itu,” kata seorang doktor pakar Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Beliau berkata, peningkatan suhu secara drastik dalam masa singkat menyebabkan suhu dalaman badan bayi atau kanak-kanak meningkat sehingga 41 darjah Celcius berbanding suhu normal pada 37 darjah.


“Kepanasan ini menyebabkan proses perpeluhan berlaku yang seterusnya berlaku kekurangan air di dalam badan, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ di dalam badan dan seterusnya kematian.

“Ini dikenali sebagai ‘heat stroke’ (strok haba), kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) akibat kekurangan udara kerana tingkap ditutup rapat,” katanya menerusi blog miliknya drmahyuddin.blogspot.com. Beliau menjelaskan tingkap yang dibuka sedikit bukan jaminan perkara itu tidak berlaku.


Mengulas lanjut perkara itu, Dr Ahmad Mahyuddin berkata, kanak-kanak lebih cepat menerima kesan berbanding orang dewasa kerana saiz tubuh yang kecil.


“Jumlah cecair di dalam badan manusia berkadar dengan berat badan kita. Berat badan kanak-kanak jauh lebih sedikit, jadi suhu lebih cepat naik kerana jumlah air yang sedikit. Air diperlukan untuk ‘regulate’ suhu badan manusia,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga jangan sekali-kali meninggalkan anak keseorangan di dalam kenderaan walau seminit, nasihatnya menerusi entri bertajuk ‘Heat Stroke: Kematian kanak-kanak di dalam kereta yang ditinggalkan’.


Jadikan memeriksa kereta perkara rutin sebagaimana kita memeriksa keadaan rumah ketika hendak keluar, katanya yang turut menyarankan ibu bapa memastikan kunci kereta diletak di tempat yang sukar dicapai oleh anak kecil bagi mengelakkan kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta tanpa disedari.

Menurut pakar ortopedik dan traumalogi itu lagi, strok haba berlaku di seluruh dunia, malah di Amerika Syarikat berlaku 22 kematian tahun ini.



Khamis lalu, seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut selepas ditinggalkan tanpa sengaja lebih lima jam di dalam kereta yang diparkir ibunya di tempat letak kereta sekolah di Subang Jaya di sini. - BERNAMA


Sumber dari Harian Metro Online
22.07.2013



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

No comments: