***Pengarang Jantung yg masih belum boleh bagi kerjasama yg baik ***


Walaupun dah berusia 3 bulan...twin mummy masih belum boleh biasakan diri lagi dengan stroller....diaorang akan menagis bila diletakkan dalam stroller...walaupun dah disumbat dengan botol susu..masih nak nagis..memang agak tension bila nak berjalan...malulah kat orang dok tengok anak menagis dalam stroller...

Tapi kalau dalam carrier...bagus plak..siap tertido lagi kat dalam tu..mungkin ada rasa panas & haba badan orang kot...daddy oklah..dia suka pakai carier..tapi mummy tak berapa nak suka coz tak larat nak bawa...walaupun mummy biasanya akan bawa Hafiey..tp still terasa tau...maklumlah..budak dah 4.9kg.. dah nak sama dengan beras kampit kecik tu :D


 Tengok tu..botol susu sentiasa kat sebelah tepi...time ni ok lagi..coz baru letak selepas dah salin pampers...tak sampai 5 minit dah nagis balik minta angkat...tak larat looo

 Adik Hafiey dah buat muka..tu tanda tanda radio nak bunyi tu....jangan harap Hafiey boleh duduk lama dalam stroller...ish! penat tau mummy dok mencari stroller twin yg sesuai untuk anak anak mummy..tapi anak anak mummy plak macam tak suka nak duduk dalam ni..abang Haziq plak yg gian nak duduk dalam stroller twin plak...

Tengok lah muka budak budak yg tak puas hati bila diletakkan dalam stroller

Kalau tak letak dalam stroller macam mana mummy daddy nak makan? dah la kitaorang kalau makan tak reti makan sorang sorang..mesti nak makan bersama..so kena la letak dalam stroller dulu....

Kadang kadang muka Harith Hafiey berbeza..tapi kadang kadang mummy daddy nampak macam sama ajer..tp yg pasti..muka Hafiey lagi bolat dari Harith :D


Mummy tetap sayangkan anak anak mummy walaupun macam mana sekali rupanya..yg penting sihat sempurna kejadian ALLAH.....syukur

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

5 comments:

♥SyilaSyira♥ said...

alolo...comelnya twin ye...diorg rasa xselesa dalam stroller, pakai carrier kan ke dok menepek ngan badan kita..cuba belikan kipas yg letak kat stroller tu..kipas tu ada yg berlampu klo berpusing, mesti twin leh ralik sikit

broe_ayla said...

COMELNYERR....SEMANGAT!...

Kerikil Kehidupan said...

ziela...comelnya...skjp jer bulat...hari tu rasa kecik lagi...geram tgk pipi hafiey tu....

Ietams said...

bila dorang tak selesa lg dlm stroller, problem juga kalau nak bawak jenjalan kan.
nak kene cari alternatif utk bagi dorang rasa suka dok dlm stroller la gitu. kene try & error

Anonymous said...

sama mcm anak saya hehehe..nak dukung je..kalau tak nangis..kdg2 malas nak bawak jln2