Apa hal tu


Isnin semalam mummy x sihat...

Dengan batuk selsema ....sakit belakang dah 4 hari x blh baring..x taulah kenapa...

Kebetulan plak ... anak2 semua x sekolah..so kita teman mummy g klinik jap yer

Klinik kerajaan ajer..jimat

Biasalah kalau dah bawa anak2...bujang plak tu

Mana tau dok senyap ...walau 5 minit pun


Hafiey buat apa tu

mendongak sangat tu dik..

Langsung x peduli orang dok tengok dia

Oooo..

Tengok katun rupanya dia

budak ni kalau tengok tv mmg macam tu

x peduli dah artis lalu sebelah...

Kat rumah pun mcm tu

Kayal sangat

Lama gak dia gitu

Lepas mummy panggil..baru tersenyum2 malu

budak ni memang..kira itu dah tahap dia bosan..jadi gitulah

lari sana sini..kena marah..langgok ajer kat depan tv tu


Pantai Remis

Last Saturday kita ikut wanja (mak saudara suami) gi Pantai Remis..

Diaorang ni memang selalu ke Pantai Remis untuk beli ikan...ikan segar2 katanya...

1st time ikut ni

Kita naik keta wanja ajer

Banyak gak mummy borong ikan..lala...siput sedut...telur ikan lah..sayuran kampung lagi...segar2 la..tp harga sama ajer kat sini..ada yg boleh dpt lg murah kat Fresh Mart kat kajang tu.

Pergi dah petang..kejap ajer lepas pilih ikan..dah malam..so wanja belanja kita makan ikan bakar kat sini


Siakap bakar & kembung bakar

Sini semua main bakar2..tak ada yg stim..3 rasa..semua bakar ajer yer

Tapi siakap tu memang sedap...sampai meratah ke tulang lah..tinggal kulit ajer x makan


Tu antara menunya.... Udang bakar pun ada..

Besar2 udang dia... 9 ekor semuanya

Air asam ni memang mabeles habis

Sedap sangat ...rasa mcm nak bungkus bawa balik ajer

Sedap la..melelh dah air liur ni dok bayangkan kesedapannya

Kerang bakar

Ini kejap ajer lincin...sebab kerang yg sampai dulu

Kerang memang besar2 ...puas makan..

Sepinggan RM15


Udang bakar... 9 ekor


Nasi untuk 5 orang makan... 3 air limas ais.. 1 air kosong...total RM91.00

Tak tau nak kata mahal ker murah

Biasanya kalau kat Melaka.. lg banyak menu dia x sampailah harga ni

Baru2 ni g makan pun baru 85++ ajer..ada ikan 3 jenis.. nasi 4 orang makan...sotong goreng tepung.. ikan pari..ikan jacket...sotong goreng tepung.. air tebu 1 jug lagi

Tapi ok lah..memang sedap


Mandi peluh dengan badminton

Bila ada masa terluang

Bestnya dapat bersama anak2 beraktiviti

Kali ni kita berbadminton plak

Daddy sewa dewan kat area Kajang aja


Haziq mcm bersungguh sungguh ajer

Tapi budak2 memang senang nak ajar..kejap aja dia dah boleh main

Bersungguh plak tu

Cayalah Haziq


Lepas penat...dok tengok daddy plak main

Lepak tepi tu....Daddy jumpa geng office dia..sambung plak main dengan kawan2 dia..

Memang syok sekali sekali mandi peluh..puas

Lepas ni boleh main lagi la


Tips Memakai Blouse Murah



Tips Memakai Blouse Murah


Jom kita tengok tips mcm mana nak bergaya dengan budget yang rendah…
Sapa kata nak cantik kena guna duit yang banyak? Kalau pandai match & maching tu… yg beli RM10 pun cantik dan Nampak elegant mcm beli RM99.90 kan.
Saya kalau ke kerja memang suka pakai blouse or kameja… Kalau nak g tempat2 yg agak2 official pun suka pakai blouse..senang nak mengayakan & cantik berbanding kalau kita pakai t-shirt

Berbanding t-shirt, blouse merupakan jenis pakaian wanita yang paling versatile dan boleh dipakai untuk ke mana sahaja sama ada untuk santai or bekerja. Ia boleh dipadankan bersama jeans sebagai pakaian kasual di hujung minggu bersama keluarga or kawan, atau boleh juga dipakai sebagai pakaian ke pejabat apabila digayakan bersama sepasang seluar slack atau skirts labuh. Pendek kata, blouse merupakan jenis pakaian yang wajib ada bagi setiap wanita bagi mereka yang suka bergaya dan kelihatan menarik sentiasa.


Sebenarnya, untuk tampil bergaya kita tidak perlu untuk memakai pakaian yang berjenama mahal dan dibeli dibutik butik mewah. Apa yang penting adalah, anda harus tahu bergaya dan berani bereksperimen dengan gaya terkini. Misalnya, anda boleh mencapai gaya yang sempurna dengan memakai koleksi blouse murah online seperti berikut;





Ringkas tetapi classy! Gayakan blouse murah tersebut dengan padanan seluar slack khaki seperti di atas untuk ke pejabat mahupun keluar bersiar-siar bersama rakan anda. Nampak sangat exclusive and elegant kan?






Atau sebaliknya, anda boleh jadikan blouse tersebut sebagai outerwear untuk digayakan bersama baju-t atau singlet yang selesa di bahagian dalam.

Cantikkan? Mesti lagi cantik kalau kita yang pakai ni.... 



Untuk tidak kelihatan terlalu ‘dull’, anda boleh memakai aksesori seperti rantai sebagai pelengkap gaya anda. Tidak perlu terlalu sarat, sebaliknya cukup dengan pemakaian aksesori yang ringkas. Less is more!





Selain aksesori seperti rantai, anda juga boleh menyerlahkan lagi penampilan anda dengan pemakain outerwear seperti blazer atau cardigan seperti berikut. Untuk gaya yang ranggi, blouse tersebut juga boleh dipadankan dengan pemakaian jaket kulit atau jaket denim.

Cantik kan? Amat sesuai kalau yang jenis berbadan sederhana & langsing..tapi sekarang ni blouse pun dah boleh  didapati dalam size besar …

Lepas ni bolehlah kita shoping dekat blouse murah online untuk kelihatan lebih bergaya bila ke pejabat & bersantai dengan anak anak…

Baru boleh Nampak muda sentiasa walaupun dah agak tidak muda…





Bila ke Zoo Melaka

Tak habis lagi cerita 2 week dulu tu

Kami ke Zo Melaka memenuhi permintaan anak anak nak g Zoo..

Asalnya diaorang nak g Zoo negara..tapi malaslah nak ke sana..baik kita g ke Zoo Melaka

Sebelum ni pernah dah sampai..tp masa tu ..twin kecik lg...dlm setahun lebih rasanya

Tempat wajib bergambar kalau sampai

Sementara nak tunggu daddy g toilet...

Berebut dlm stroller.. malas nak jalan si kembar ni


Nak tengok persembahan burung plak

Apasal plak dgn mata daddy tu

Harith dah kenapa?

Masa ni blm start lagi..orang baru nak ambil tempat duduk masing2

Kami dok kat tengah2..senang nak keluar nanti

Zebra

Haziq yg teruja sangat nak tengok Zebra...tp takut nak bergambar..tkt zebra tu datang dekat...

Alahai.. Ustaz Harith..keciknya dlm stroller tu

Adik abang...

Haziq nak bergambar.tp malu2 ...gitu pun boleh kan

Nostalgia 2 thn sudah rasanya..

Tapi salah susunan plak..patutnya Harith depat...Hafiey kat tengah kan

Harith muka masam sebab takut nak naik...apalah...


Nah...

Sampai mcm tu sekali penat

Memang bawa bantal banyak2 dalam kereta..senang diaorang nak baring2.. tu pun berebut gak..

Harith harus ada bantal busuk dia..kalau x..memang bising dia nak tido nanti


Tiket masuk sekarang dah mahal sikit..

Dewasa RM17.40 (kalau x silap)
Kanak-Kanak RM7.10
Bawah 4 tahun aja free


Puaslah diaorang berjalan jalan dalam tu

Tapi bising plak..sebab Panda x ada plak



Coconut Shake Klebang

Orang kata kalau dah pergi Klebang x singgah menikmati coconut shake x best kan...

So kami dari Muar sanggup patah balik ke Klebang semata2 nak beli coconut Shake ajer....



Kat kedai coconut shake..

Punyalah banyak gerai yg jual...tak tau mana satu nak pilih

Yang syoknya..kedai2 diaorang semua dalam bas kan

before this tau dlm fb ajer..kali ni dapat tengok sendiri gerai dalam bas

Teruja gitu


Tengok daddy...

Dua2 tangan penuh pegang coconut shake ...

Beli 2 ajer... share2 ..takut tak x habis kan

Anak2 lebih teruja nak main pantai dari nak minum...seronok terlepas nak main pasir tu


Sedap gak..

1 bekas ni RM2.50 aja... ok lah..sebab ada ice cream kan

Hafiey muka bosan sementera nak tunggu air sampai

Monyok ajer..sebab baru bangun tido..

Sementara nak tunggu mood sampai....mcm tu la


Bila kami bergambar


Last week daddy cuti panjang..

Kita jalan2 melaka....malam singgah tido Muar...rumah toknjang

Singgah utk tido..lepas tu kita gerak balik ke Melaka..saja jalan2

Nak lepak kat Pantai Klebang katanya

Bila Haziq berselfie

Belakang tu ada oni dengan toknjang

Haziq nampak sikit ajer..hidung pun separuh ajer


Ha..baru penuh muka handsome tu

Bila Hafiey buat perangai

Haziq suka sangat berselfie

Mummy tumpang kat belakang aja

Tengok si kembar ni

Sorang merajuk..yg sorang lagi mcm nak sentap ajer

Gambar wajib kat rumah tok Njang

Berlatarbelakangkan gambar..

Semua yg datang semua bergambar kat sini

Hafiey masih mood x ok

Haziq plak berdukong plak

Dah mengelusur dah si Hafiey

Harith plak berselfie

Mana Harithnya...nampak sikit ajer kepalanya tu..

Penat dah mummy nak bercontrol  ayu ni


X dapat gak gambar penuh

Gambar yg 1 family tu pun pakngah yg tolong tangkapkan..harap nak berselfie dengan depa.. mmg x blh la..ada ajer gambar yg x sempurna..

Berebut nak pegang batang tu ajer semua