Tips Memakai Blouse Murah



Tips Memakai Blouse Murah


Jom kita tengok tips mcm mana nak bergaya dengan budget yang rendah…
Sapa kata nak cantik kena guna duit yang banyak? Kalau pandai match & maching tu… yg beli RM10 pun cantik dan Nampak elegant mcm beli RM99.90 kan.
Saya kalau ke kerja memang suka pakai blouse or kameja… Kalau nak g tempat2 yg agak2 official pun suka pakai blouse..senang nak mengayakan & cantik berbanding kalau kita pakai t-shirt

Berbanding t-shirt, blouse merupakan jenis pakaian wanita yang paling versatile dan boleh dipakai untuk ke mana sahaja sama ada untuk santai or bekerja. Ia boleh dipadankan bersama jeans sebagai pakaian kasual di hujung minggu bersama keluarga or kawan, atau boleh juga dipakai sebagai pakaian ke pejabat apabila digayakan bersama sepasang seluar slack atau skirts labuh. Pendek kata, blouse merupakan jenis pakaian yang wajib ada bagi setiap wanita bagi mereka yang suka bergaya dan kelihatan menarik sentiasa.


Sebenarnya, untuk tampil bergaya kita tidak perlu untuk memakai pakaian yang berjenama mahal dan dibeli dibutik butik mewah. Apa yang penting adalah, anda harus tahu bergaya dan berani bereksperimen dengan gaya terkini. Misalnya, anda boleh mencapai gaya yang sempurna dengan memakai koleksi blouse murah online seperti berikut;





Ringkas tetapi classy! Gayakan blouse murah tersebut dengan padanan seluar slack khaki seperti di atas untuk ke pejabat mahupun keluar bersiar-siar bersama rakan anda. Nampak sangat exclusive and elegant kan?






Atau sebaliknya, anda boleh jadikan blouse tersebut sebagai outerwear untuk digayakan bersama baju-t atau singlet yang selesa di bahagian dalam.

Cantikkan? Mesti lagi cantik kalau kita yang pakai ni.... 



Untuk tidak kelihatan terlalu ‘dull’, anda boleh memakai aksesori seperti rantai sebagai pelengkap gaya anda. Tidak perlu terlalu sarat, sebaliknya cukup dengan pemakaian aksesori yang ringkas. Less is more!





Selain aksesori seperti rantai, anda juga boleh menyerlahkan lagi penampilan anda dengan pemakain outerwear seperti blazer atau cardigan seperti berikut. Untuk gaya yang ranggi, blouse tersebut juga boleh dipadankan dengan pemakaian jaket kulit atau jaket denim.

Cantik kan? Amat sesuai kalau yang jenis berbadan sederhana & langsing..tapi sekarang ni blouse pun dah boleh  didapati dalam size besar …

Lepas ni bolehlah kita shoping dekat blouse murah online untuk kelihatan lebih bergaya bila ke pejabat & bersantai dengan anak anak…

Baru boleh Nampak muda sentiasa walaupun dah agak tidak muda…





No comments: