Gambar twin terbaru bersama mummy. Dah besar kan anak anak mummy?
Dulu mummy ingatkan anak susu ibu ajer yg manja..tapi rupanya salah...Harith yg menyusu 7 bulan ajer pun manja yg amat..kesian kat adik Hafiey..selalu kena mengalah dengan abang Harith yg sangat manja
Anak nak mummy juga semakin lasak sekarang ni. Boleh kurus mummy nak kejar tapi tak kurus kurus gak.. sejak berhenti bf ni...badan mummy naik mendadak...tak perlah...untuk anak anak gak kan?
Ini si sulong saya, Haziq Irsyad
Semakin besar semakin bijak anak mummy sorang ni. amat rajin dalam menolong mummy buat kerja. Tak kira kerja apa pun, semua dia nak tolong. Beruntung mummy rasa
Sekarang Haziq dah 3 Tahun 4 bulan, mummy tengah servey sekolah yg sesuai untuk Haziq. Mummy tak nak Haziq ketinggalan dalam pelajaran..Sekarang ni ABC setakat KH tu bolehlah...123 dah sampai 10 in english & bm.....kenal anggota badan.
Harap 2H pun dapat ikut jejak abang Haziq yg bijak. Mulut macam bertih jagung..
Nanti mummy akan update perkembangan terbaru 3H. Mummy pun nak update birthday party twin. Sekarang masa tak berapa nak mengizinkan kali.
2 comments:
sekejap je kan...sonok bila tgk ank membesar dpn mata.... :)
my niece pun dah membesar..heheheh
Post a Comment