Jom kita cerita pasal birthday 2H plak
Mummy memang segaja memilih untuk masak sendiri. Dengan bantuan tok mi yg sudi datang membantu.
Menu kita hari tu, laksa, mee kuah, nasi lemak, kuih muih, ice cream malaysia, roti jala, tauhu sumbat ikan & jajan untuk budak-budak. Ringkas ajer makanan yang disediakan..
Nasib baik ada officemate mummy datang menolong. Kalau tak memang kelam kabut mummy sorang sorang nak buat. Itu pun dah kelam kabut. Tetamu dah datang, mummy tak siap lagi...masih dok kat atas...
Ini semasa upacara nak memotong kek...
Bukan senang nak kumpulkan anak. Si kecik asyik menagis ajer... si Haziq asyik hilang ajer ajer. Mentang mentanglah ramai kawan, asyik nak main ajer. Irdina pun mummy tangkap sekali. Meraikan sekali dengan 3H
Candid.... masa ni dah petang. Tinggal saudara mara aja yg ada. Mummy daddy baru nak makan. Memang letih betul masa ni
Haziq malu malu plak masa dok nak potong kek. Masa ni orang dok tengah nyanyi lagu happy birthday to you. Adik2 rilexs ajer... Harith macam tak ada perasaan. Hafiey plak sibuk nak tolong potong kek jugak...sampai sengek kepala dia.
Ini gambar Harith and Oni. Harith memang cucu kesayangan Oni selepas Abang Haziq. Oni pun sayang Hafiey. Harith memang manja sangat dengan oni. Sikit siki nak oni selepas mummy. Tengok lah Harith masa ni, sebiji muka aok kan? Rupa abang Haziq masa kecik pun ada... cuma tak gedebab & cerah macam abang Haziq ajer
Mood budak handsome memang kelaut. Asyik nagis ajer. Nak mummy dukong ajer. Dengan daddy pun tak nak. Letih memang letih sangat
Masa ni maksu dah pujuk pujuk nak tolong dukong Harith. muka masam ajer ...
Ini mak teh Hafiey. Hafiey tak ada masalah dengan sapa pun dia ok. Tengok tu..muka dia pun muka ala ala mengantuk ajer tu...letih. Tambahan plak Hafiey belum makan lagi. Sure perut lapar kan? Sian anak mummy
Nasib baik adik adik mummy banyak menolong..kalau tak memang letih mummy nak mendobi rumah sorang- sorang.
Ok. Next.......................
No comments:
Post a Comment