Harith Iffat yg dah pandai makan drumstick


Cepat sungguh masa berlalu.. Sekejap aja anak anak saya dah setahun. Dari baby yg kecik ajer...tapi sekarang dah besar. Si Twin abang Harith Iffat sekarang pun dah pandai makan drumstick tau. Surprise mummy tengok. Selama ni semuanya nak bersuap eventho nak minum susu pun. Tapi sejak dah sambut birthday ni, Harith nampak dah mula pandai berdikari Syukur alhamdullilah..

Actually, mummy daddy saja bawa tok mi g makan daging salai kat Nilai. So sambil sambil makan tu mummy suapkan lah Harith Ayam. Rupanya dia nak pegang sendiri..tu yg jadinya mummy tengok..Wah!! anak mummy dah besar

Harith yg sungguh concentrate makan ayam. Langsung tak peduli kat orang lain. Habis seketul. Minta nak lagi..wah...memang sudah bagus anak mummy ni. Lepas ni kita boleh buat kat rumah sendiri plak kan?

Dari budak yg susah nak makan, sekarang ni, alhamdullilah...nampak ada kemajuan dalam selera Harith. Ini pun sebab Doc kat Serdang bagi multivitamin. Kalau tak, mummy memang sangat susah hati..

Tapi pada mummy, yang penting, anak anak sihat dan membesar dengan sempurna pun dah cukup bagus kan?

Semoga ALLAH sentiasa pelihara anak anak mummy... Amin




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

3 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya drumstick harith...pandai dia pegang.....

Amiizaa2001 said...

salams zila

alahai dah besar twins....lama kmieja tak bw.....cepat betul mereka membesar:)

Rizziela said...

Qhaifa Nur,
Tu la...pandai dia pegang

Kakmieja.. saya pun dah lama x update. tak sempat nak upload