Kenduri Doa Selamat

Semalam selepas balik dari kerja kita terus pergi kenduri rumah uncle & mak yu kat Kajang.

Balik kerja mummy terus stay umah oni sementara nak tunggu daddy datang ambil kita. Sempat gaklah Haziq basahkan tekak :D

Lepas tu daddy datang dah siap berbaju melayu. Haziq pun oni dah siapkan dengan baju melayu merah. Tinggal mummy ajer belum siap...

So lepak-lepak kejap..lepas tu tok njang datang hantar vitamin untuk Oni..sementara tu mummy ambil kesempatan untuk bersiap...g mandi dulu..tukar baju & bersiap

Siang tadi mummy ada beli 3 helai tudung untuk dipakai sewaktu majlis doa selamat & potong jambul Haziq nanti. So sebab nak g kenduri doa selamat malam ni..mummy pun terus pakailah....

BUkan main suka lagi Oni dengan Atok tengok mummy pakai tudung. Atok kata mummy comel bila bertudung. Oni plak dah bagi amaran..lepas ni oni akan dapat lagi 2 orang menantu. Kedua-duanya bertudung..so lepas ni mummy pun kena bertudung macam diaorang...tapi apa yg mummy mampu buat? Senyum ajerlah




Mummy dengan Haziq...Ayu tak?

Haziq pun pelik tengok mummy bertudung. Tapi nasib baik dia nak lagi kat mummy...cuma muka dia nampak pelik ajer tengok mummy dah bertukar imej.


Sayang anak mummy...

Haziq sekarang ni pandai benar ikut aksi yg kita buat...tengok tu..bila mummy muncungkan bibir...Haziq pun ikut sama...sangat nice betul anak bujang sorang ni. Dah nak setahunkan...mestilah cerdikan sayang...lepas tu nak melekap ajer kat mummy. Mungkin Haziq tau kot mummy nak g jalan-jalan bila dah cantik


Heran

Bila mummy tersenyum nak bergambar...Haziq masih heran. Tengoklah tu...tengok muka mummy macam orang tak pernah jumpa. Apalah yg Haziq dok pikirkan pasal mummy ek?

Lepas maghrib baru kita bertolak pergi ke rumah uncle kat Kajang. Pergi dua kereta. Senang nak balik nanti sebab rumah uncle dah dekat sangat dengan rumah kita.

Masa sampai tu tak ramai orang lagi. Ok lah..boleh dok menyembang-yembang lagi dengan tetamu yg ada. Semuanya ramah tamah walaupun mummy tak pernah jumpa. Bagus betullah.. Haziq apa lagi...Agak aktif plak. Kesana sini...Dok dalam bilik kak long dia sibuk dok belek buku-buku yg banyak

Kak long ni cikgu. PUnyalah banyak buku novel dia. Tersusun rapi ajer..Jeles mummy tau. Port yg paling Haziq suka port tempat buku tu lah. Berusaha keras dia nak ambil buku-buku tu. Tapi buku-buku tu dah tersusun rapi..mana boleh tarik...tak berjaya



Macam mana nak ambil ni?


Masih cari jalan lagi


Lepas doa selamat kita makan.Daddy ambil tempat pertama untuk makan dulu...Mummy handle Haziq yang sibuk nak jelajah satu rumah. Ke depan...ke belakang dia heret tangna mummy. Ramai yg sibuk nak ambik..Haziq langsung tak layan. Tak mau langsung kat orang yg dia tak kenal. Terpaksalah mummy yg ikut bontot Haziq.

Dah 10.30pm pun masih belum tido. Asyik nak main ajer. Tapi masuk kereta dapat susu terus lena. Sampai rumah mummy angkat pun dah tak sedar. Angkat terus naik atas katil. Memang surprise la sebab Haziq langsung tak jaga sampai ke pagi. Penat sangatlah tu sebab berjalan aja kat rumah uncle tadi.

Mummy pun terasa penat..mcm malas ajer nak datang kerja. Tapi nak buat macam mana...kena kerja gak nak cari duit nak buat banglo kat Haziq....






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

2 comments:

Zaleha bt Mohd Hasan said...

kejap je dah setahun kan.... comel la si haziq ni masa baby... geram je tgk dia tau...

Rizziela said...

tu la...cepat sungguh masa berlalu....

Terasa mcm baru semalam bersalin.Tapi rupanya esok setahun dah Haziq di lahirkan