Nak cari Kerja


Ya Allah.. permudahkan la aku nak cari kerja lain... hihihi..


Nak cari kerja yang tetap & menjamin masa depan... (Sekarang ni kontract ajer)

Nak cari kerja yang lebih dekat dengan rumah

Nak cari kerja yang gaji lebih berkat & mengcukupi (skg x berkat ker?

Nak cari kerja yang bos dia adil & professional (eh?)

Nak cari kerja yang kawan-kawan office semua baik-baik (ada ker?)

Nak cari kerja yang mana kena dengan jiwa & citarasa aku (Insyallah)


Allah dah kata... Yang kau sangka baik untuk ko belum tentu baik untuk ko.. 

Yang ko sangka tak baik untuk ko ...belum tentu tak baik untuk ko...


Perancangan Allah lebih hebat dari perangancangan kita..

Allah merancang untuk kita.... kita merancang untuk kita...tp Allah perancang yang Maha Hebat...




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Hidup biar beradab


Assalammualaikum... Salam penuh bahagia


Ya Allah.. aku redha dan aku terima setiap ujian yang kau kurniakan untuk aku. Aku tahu Ya Allah... apa yang kau berikan tak pernah sia-sia. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Aku Yakin Ya Allah

Terima kasih Ya Allah Ya Bari.... Allah yang Maha Mengurus. Kau uruskanlah kehidupan ku hari ini.... Kau uruskanlah Keluargaku.. Kau Uruskanlah kehidupaan suamiku...ibu bapaku.. anak3ku... Kau Uruskankan lah kewanganku dan Uruskanlah segala kerjabuat ku... AKu hambaMu yang lemah.. aku tak mampu menguruskan hidupku sendiri tanpa pertolongan dariMu Ya Allah. CUkup bagiku Engkau sebagai pembantu...tiada daya upaya lain selain dariMu Ya Allah

Hari ni 23 Oct 2019,


Ujian untukku bilamana diserang hebat oleh mereka-mereka yang tak puas hati 😁. Biasalah..bila ko jaga duit.. ko pulak bos.. memanglah orang tak suka kan..

Masalahnya... semua orang tak suka.. .kesian ko Ziela 👩 ... Tapi apa adahal.. orang x suka  x apa... yg penting aku mencari Keredhaan Allah.

Kesian kan dengan orang-orang muda sekarang... tak ada adab (termasuk aku la tu 😤... kesian.. .tak kenal tua muda.. .x sedar diri ko siapa.... eh... Ya Allah..berdosanya aku...tp aku kata kat diri sendiri tu

Tak per... hidup memang gitu.. itu semua ilmu yang sangat bermanfaat untuk aku belajar..Belajarlah untuk masa depan... yg dah lepas tu biarkan lepas.. dah jauh tinggalkan kita..dah 1/2 jam dia berlalu

Sekarang ni kita enjoy "present moment" kita kan.

Tengah enjoy menulis sekarang ni.... 

Sebenarnya ..nak share tu ajer...

KESIAN PADA ORANG YANG TAK ADA ADAB & TAK TAHU ADAB

Semoga Allah ampunkan aku dan mereka semua... Insyallah


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Jujur dengan Emosi sendiri

Jujur Dengan Emosi Sendiri

👉 Supaya Self Awareness dalam diri meningkat dan tidak memperdayakan diri sendiri.

📛 Bila sedih jujur bagitahu pasangan kita sedih

📛 Bila marah jujur explain kat pasangan kenapa marah

📛 Bila tak puas hati bagitahu puncanya

Ini adalah supaya kita jujur dengan emosi kita sendiri. Jika kita pendam dan kata,

"Aku ok, padahal tak ok"

Kita dah mengajar emosi untuk menipu !!

Makin kerap la kita akan hadapi masalah emosi kemudian hari. Makin susah kita nak mengawal emosi sendiri.

Ini la punca depressi..

Sarapan Pagi saya

Bowling time





 Alhamdullillah...Syukur Ya Allah

Dah lama mummy nak bawa anak anak menghabiskan masa bersama sepupu diaorang. Main & makan bersama sama..

Masa sekarang masa untuk korang bermesra... bermain sama... nanti bila masing masing dah besar ..korang akan rasa ada jurang antara korang.. akan rasa segan sesama sendiri.. akan rasa jauh ...

Mummy dah rasa semua tu...

Dulu dengan sepupu.. kami bebas bermain.. makan bersama... main bersama..tidur bersama.. pendek kata semua bersama...

tapi bila masing masing dah besar ... semuanya jadi janggal... rindu saat kita sama sama kecik

Tapi apa daya.. masa tu terlalu jauh tinggalkan kita....

 Anak saudara mummy x ramai.. anak maklong 4 perempuan.. anak paklang sepasang... anak mama ina 4 orang (3 lelaki 1 perempuan) anak makteh sorang perempuan... anak cu pun sorang perempuan... 

Korang x ramai

Tapi mummy harap sangat...sangat sangat berharap korang dapat bersama... dapat membesar & men"tua"kan diri bersama

Insyallah...Allah Ya Bari.. Allah yang maha Mengurus / Mengatur





 Kenangan

Kakak Balqis - 11 tahun
Haziq  - 10 tahun
Harith Hafiey  - 8 tahun
Aniq  - 7 tahun
Mawar - 1 tahun

Qaseh x dapat ikut kita hari ni.. Insyallah.. next time kita main lg beramai2 

Lepas main... masing2 dah lapar ... so kita g cari makanan dulu yer

 
Mawar yang kecik tu pun sama ajer naiknya kan..
padahal mata tu dah ngantuk sangat dah tu .. letih seharian main bowling

tapi demi abg2nya... sanggup bertahan mata

lagipun.. perut pun dah lapar kan mawar


Ragam si Bongsu

Ragam si Bongsu mummy

Budak ni sorang memang lain sikit perangainya kalau nak compare dengan Abang2nya ...

Berani dia... manja dia...skill memujuk dia & keletah dia.. mmg lain sangat

Kat rumah pun .. kalau x ada dia..memang sunyilah rumah..dia sorang ajer yg byk bercakap..byk benda dia nak buat... tp kalau bagi dia kerja.. memang teliti dia buat

Akal budak ni


Asalnya nak marah..tapi x jadi nak marah tgk muka dia mcm tu

Memang budak ni penghibur hati mummy daddy 

Sayang adik dunia Akhirat kerana Allah

Minggu Exam





Minggu Exam

Mummy stress bila tiba minggu exam. Anak relax ajer ..mak dia yg pening

 Suruh study.. malam dia dah letih.. dah mengantuk... so dia ajak study awal pagi

Masalahnya...bukan senang nak bangun awal pagi tu...





 Bersyarat pulak dia nak study

Dia nak study dekat Mcd.. .Adoi la anak

Mummy ni ikutkan ajerlah..janji dia nak belajar..

Belajar kerana Allah yer Haziq...

Insyallah ...Allah permudahkan segala urusan Haziq

Kita usaha.. yang lain2 .pasti Allah lebih mengetahuinya

Doa mummy...semoga Haziq menjadi anak yg soleh.. anak yg dapat memberi manfaat kepada orang lain...anak yang berjaya dunia akhirat.... Mummy menyokong apa jua yang Haziq minat & suka .. selagi ia x terpesong dari Islam

Mummy yakin.. Anak mummy faham apa yang mummy madsudkan


 

Mangsa Kehidupan

Tanpa kita sedar...

Kita sering menjadi mangsa kehidupan kita sendiri


Terdapat 4M  dalam mentafsir Mangsa Kehidupan


1) Mengeluh
2) Merungut
3) Mengumpat
4) Menyesal


Jom kita check dalam hidup kita seharian... ada tak kita buat perkara-perkara ini..

Kalau ada ..jom kita sama-sama berubah ke arah yg lebih baik


Kupasan akan dibuat selepas ini


Hidup bersandarkan Allah


Hidup kita kerana Allah

Siapa kita?
Siapa yg cipta kita?
Untuk apa kita dicipta?
Kemana akhirnya kita?


Ada pernah x soalan seperti ini di dalam hidup kita?

Yer ..

Kadang-kadang kita leka dalam dunia kita sendiri.. Kita leka dalam mengejar kekayaan dunia... kita alpa dengan apa yg kita ada...Masyallah..

Aku dulu pun sama ...sama seperti itu

Hidayah Milik Allah.

Syukur ...Allah masih sayangkan aku
Allah masih mahu aku berubah
Allah masih bagi aku peluang
Allah nak aku berubah

DAN

Aku kena berubah kerana ALLAH.

Sejak aku kenal Islam dgn lebih dekat... sejak aku amalkan Islam dengan lebih baik...Allah hadirkan mcm2 nikmat yg tak pernah aku sangat...tak pernah aku terfikir aku akan dapat

Nikmat & rezeki bukan dari segi wang ringgat & kemewahan hidup sahaja


Nikmat yang paling mahal.... 

NIKMAT KESYUKURAN ... 
NIKMAT KETENANGAN ....

Aku sentiasa berdoa ...semoga Allah akan mengampunkan segala dosa2ku... Allah tidak akan palingkan hati aku setelah allah bagi aku petunjuknya... Insyallah


Nanti...
Bila ada masa...
kita share lagi

bukan untuk menunjuk...jauh sekali utk riak bangga..
tapi lebih kepada perkongsian

Aku belum berjaya ubah sepenuhnya diri aku..tp aku dah dapat rasa betapa baiknya Allah pada hamba2nya





Memberi kepada yang memerlukan


MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA


Setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti bersebab kan?

Ya Allah... tak sangka sangat ... Niat mummy untuk menuntut ilmu.. membawa kepada pertemua dengan sahabat-sahabat yang hebat... Sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik... Alhamdullillah

Yang tu nanti kita cerita kemudian yer...

Sebenarnya.... mummy ada perancangan dengan sahabat mummy... kami nak buat kerja-kerja amal... Kerja-kerja membantu bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Alhamdullillah...Ahad lepas 12 October 2019, Hajat pertama kami dah Allah bantu untuk kami laksanakan. Kunjungan pertama untuk salah seorang pelajar yang kami pilih...

Ya Allah...kesian keluarga Hamba Allah ini, Anak 4 orang... yang sulong umur 15 tahun dan yg kecik 1 tahun 3 bulan... Ayahnya ada penyakit kronik.. yang mana terpaksa berhenti kerja atas saranan doktor. (Kencing Manis, Darah Tinggi, jantung, buah pinggang, batu karang dll) Ya Allah..besar sungguh ujian untuk keluarga ini

Anak2nya kadang2 pergi sekolah...kadang-kadang tak  pergi sekolah.. kalau pergi sekolah pun..naik bas awam (bas free selangor) dengan ditemani abang yg sulong... Ya Allah..memang rasa x selamat dengna keadaan sekarang ni yang byk sangat dah kes-kes penculikan & kes kes cabul..tapi apa lagi yg diaorang boleh buat???

Kami mensantuni keluarga ni..bawa sedikit sumbangan dari dana yg kami kumpul...dapatlah meringankan bebanan keluarga ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bantuan ini tidak banyak...tp amat berharga untuk mereka yang sangat sangat memerlukannya.

Kami akan usaha untuk dapatkan dana untuk membeli keperluan khas keluarga ini untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka

Keluarga ini memohon agar kami dapat sediakan Oven & pengisar roti untuk suaminya bekerja (ada kemahiran & pengalaman dalam pembuatan roti). Insyallah..kami akan usahakan nanti

So ... dekat sini... kami memerlukan dana..tapi kami bukan pertubuhan & NGO yg berdaftar... kami menolong setakat yg kami mampu. Dan harap sangat agar dapat memanjangkan perkara ini kepada mereka yang ingin memberi

Semoga ada kawan-kawan yang sudi membantu & sama-sama mencari saham Akhirat. Insyallah




Journal Kesyukuran 15 Oct 2019

Hidup di dunia ni kena selalu bersyukur

Allah sendiri telah menyatakan dalam Al Quran, setiap manusia yang bersyukur akan ditambah nikmat kepada mereka.

Jom kita buat Journal Kesyukuran... Sekurang-kurangnya 3 Kesyukuran setiap hari


  • Hari ni Alhamdullillah...Allah kejutkan untuk bangun seawal 2.45am untuk solat Isyak (semalam balik dari makan... mengantuk yg amat sangat..x boleh nak buka mata dah waktu tu...mmg dah pasang niat nak solat lepas lelapkan mata kejap)
  • Selepas isyak...Alhamdullillah..dapat solat Taubat, Tahajjud & Witir... Eh... Ya Allah...mudahnya Allah bagi perjalanan untuk mengerjakan solat Sunat hari ni...dalam masa 1/2 jam dah settle..Syukur sangat
  • Sambung tidur sampai 530am... Alhamdullillah...dapat bangun sebelum azan subuh untk mandi & bersiap ke tempat kerja
  • Dapatkan kejutkan anak anak bangun awal. Alhamdullillah..diaorang semua x meragam hari ni
  • Syukur dapat tunaikan janji dengan Haziq Irsyad untuk sama-sama buat revision untuk exam dia next week dekat McD. 
  • Syukur anak3 dapat pergi sekolah awal waktu
  • Alhamdullillah... mummy selamat sampai office ... walaupun agak lambat sikit dlm 9.15am tp yang penting..selamat sampai
  • Alhamdullillah...kerja-kerja office dapat diselesaikan dengan smooth & siap dalam tempoh waktunya
  • Yang paling bersyukur..Hari ni dapat ambil anak2 kembar awal. Walaupun hujan & jalan Jem..tp mummy dapat ambil anak2 dengan selamat

Sekarang ni mummy ada dekat Kedai mamak...tunggu Haziq Irsyad Tuisyen. Sambil sambil mummy layan kerja sikit - sikit sambil update apa yang patut...dah lama rasanya x update blog. Teringin sangat nak aktive mcm dulu..

Tapi sekarang ni mummy berazam untuk konsisten menulis...

Untunk mencari bakat yang dah lama terpendam...gara gara masa yang sangat mencemburi ...






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tip 11



If you ask depressing questions, you will 100% get depressing answers




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***