Terkini


Berat twin mummy dah 6.5kg ....

semoga semakin besar & sihat selalu hendaknya...amin




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

kejapnya masa berlalu

Kejapnya masa berlalu. Esik dah genap twin mummy 5 bulan. Syukur alhamdullilah dgn kurnaiaan dari ALLAH dgn kehadiran si comel mummy. Semoga terus membesar menjadi anak yg sileh serta berjaya dalam hidup di dubnia dan akhirat.








***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

kemalasan

Sejak kat office ni dah kena block blogsport, mummy pun dah jadi malas nak update blog.

Balik rumah memang x sempat on update, terkejar kejar segalnya.

Kalau nak guna desktop kat bawwh sure berebut dgn HAziq yg sibuk dgn ultramn dia tu. Dah jadi harta perendirian Haziq dah tu.

Ni pun mumy curi curi update kat office guna galaxy.

Kalau rajin, malam ni mummy on lappy update perkembangan terkini anak anak tercinta






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Chicken Chop

Terasa benar nak makan chicken chop. Nak makan di mana?



D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Di Petang

Inilah waktu lapang twin. Melepak dan terus melepak




Tapi x lama. Lepas tu Hafiey akan menangis minta di dukong. Harith kalau dah tengok adik nagis, jap g dia pun sama joint la. Tapi atleast dapat gak mummy lelapkan mata sebarang dua. Letih oo seminggu keje, sabtu ahad aja baru ada masa nak lepak dengan family.





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Kejadian yg tak disangka kan

Semalam 7hb November 2011 1st time mummy di uji dengan tangisan yg tak disangka oleh Harith. Segalanya bermula bilamana :-

Petang tu ada orang datang rumah nak mengurut mummy yg sakit badan. Kebetulan masa dia datang tu dalam pukul 6 lebih, mungkin dah dekat dengan magrib kot


lagipun kakak tu baru balik dari kerja dan terus datang rumah kita, tambahan plak dia naik motor, mungkin ada yg menumpang kot. Masa dok mengurut tu dah mengaruk dah si twin mummy. Abg Haziq plak keulan tido. Elok aja kakaktu keluar dr rumah kita , Harith bukan main lagi menangis. Mula mula ingatkan nagis biasa aja, tapi makin lama makin kuat plak. Siap jerit lagi tu yg tak tahan

dah puas mummy baca ayat kursi, surah 4 kul, tapi x mau hilang gak, last sekali suruh daddy azan kat telinga Harith. Tak mau gak diam, mummy letak bawang putih bakar, tenyih muka Harith dengan rambut mummy, tapi masih x mau diam. Aduhai, bergilir mummy daddy dukung Harith sambil pujuk.


Setelah bertarung sejam lebih, akhirnya Harith dah penat, terlena dalam dakapan daddy setelah daddy azan dengan suara yg kuat. Bila dah lena daddy terus pasang ayat yassin kat hp dan letak kat sebelah Harith.


Mummy daddy berdoa semoga malam nanti anak anak kami dapat tido dengan nyenyak dan alhamdullilah. Semua kepenatan dan lena tido sehingga ke pagi


pengajaran untuk mummy daddy supaya bila waktu maghrib x elok ajak orang datang rumah sebab anak anak masih kecil algi. Dan mummy tak salahkan kakak tu sebab mummy yg minta dia datang kat rumah dan tak sangka plak benda macam ni boleh jadi. Lain kali kena lebih beringat lagi







***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Atas Bawah

Semua benda pun kena share. dah nama pun twin, sure keperluan perlu double kan? tapi mummy x beli pun, just guna mana yg ada, kalau x ada, kita buat cara x ada. cari alternative lain bagi sama or bertukar ganti aja.






Kita bagi peluang abang dulu






Adik Hafiey happy aja dok kat bawah. x kisah pun. janji perut kenyang dan pampers x basah. itu yg pentingkan.


 Harap harap lepas ni, adik beradik akan mengamalkan sikat sharing is caring.Jangan membazir





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Berehat santai

Selalunya setiap weekand mana pernah kita ada di rumah. berjalan aja kejenya.

So this week mummy decide untuk stay at home sweet home aja.


Jangan ada yg berperangai yer sebab bosan dirumah



Hafiey yg syok melepak dalam car seat cum carrier ni. agak nagis aja, daddy enjut bagi diam. sekarang ni, twin suka bebenor main kain. macam ralit ajer


Harith duduk dalam rocker ajerlah. sama gak, boleh enjut gak kan? x kan mummy nak g beli lagi kan barang barang macam ni. Mummy rasa rugi sangat coz pakainya sekejap aja, so kita guna apa yg ada aja. lLagi pun barang2 abang Haziq semua masih elok sebab simpan dalam kotak, guna pun setakat sekali dua aja


Terlena hHafiey dalam tu sementara dok tunggu mummy siapkan keje rumah. lLagipun adik Hafiey tak berapa sihat, selsema



Petang baru daddy bawa kita jalan jalan. bukan main suka lagi anak anak dapat keluar rumahm

Best gak sesekali lepak kat rumah




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Terlentang menunggu kepulangan yg tersayang


Umur dah masuk 4 bulan 1 minggu...tapi masih belum boleh meniarap lagi...berpusing pun belum....sedap ajer dok terlentang macam tu...ish!!! malas ek boboboy mummy ni


Tak tau kenapa...lambat sikit adik adik ni berbanding dengan abangnya



Adik Hafiey yg suka bila nampak mummy balik.....tengok tu..terlentang ajer dia macam tu..

Berat perut kot kan?


Harith plak...dah sama besar dengan adik Hafiey dah sekarang..

Syukur..dua dua semakin besar & sihat....

Nilah dua beradik yg sentiasa bersama tunggu kepulangan mummy.....
bila dah nampak mummy..menjerit jerit suka...tak sabar sabar nak balik rumah...rindu ek?





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Berduka dalam kegembiraan

Walaupun sepatutnya aku perlu merasa gembira dengan berita yg baru aku terima
, tetapi aku terasa sedih, sedih kerna bukan aku yg berada ditempatnya,

Tapi setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan aku perlu terima itu semua. Semoga selepas ini ada rezeki untuk kami sekeluarga.

Syukur setakat ini walaupun tidak mewah tapi kami masih mampu hidup seperti orang lain. Ada segala keperluan asas walaupun tidak semewah mana.

Kini aku dalam proses nak beralih angin. Setelah hampir 7 tahun berkhidmat, tiada apa yg dapat aku banggakan. Tetap syukur,banyak benda baru yg aku pelajari. Semoga rezeki aku di luar sana lebih baik dan mendapat orang yg lebih memahami aku. Tak guna masih di sini kalau hati sudah tidak segembira dulu, hilang sudah seri yg ada selama ini. Hati aku sudah tercalar, biarpun boleh diubati, tapi parutnya tetap melekat di hati.

Pada yg berkenaan, fahamilah, berdiam diri bukan bermakna aku suka dan boleh terima tetapi aku cuba untuk menerima. Tapi bila terlalu lama, aku rasa dahpenuh kuaa yg ada dan aku perlu tukar yg baru. Segala kebaikanmu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Terima kasih.

*** emosi plak aku di petang hari ni***





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Sakit hati

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Kalau dah anak daddy






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Anak yg malu malu kucing...\

Patutnya dukong anak yg kecik..tapi terbalik...balik balik terus cari anak yg sulong ni..manjalah sesangat dia dengan daddy..maklumlah..mummynya garang macam singa..



Sama..tapi tak serupa...

Baju yg tak dirancang...tiba2 balik ajer dah sama..memanglah betul sehati sejiwa anak daddy ni....mummy gak tak setema

Kalau dah memang anak daddy tu...tetaplah anak daddy...

Senang kerja daddy..kecik kecik mummy yg kena jaga..dah besar sikit..semua daddy..sikit sikit daddy..sikit sikit daddy..cari mummy sebab nak susu ajer...sedih tau



Mentang mentanglah mummy tak ada gengn..selalu ajer tersisih

Berselerak


Macam ni la gaya anak anak kembar saya bila tiba dirumah....memang tak sempat mummy nak layan anak anak...

Sampai rumah abang Haziq akan main permainannya or naik basikal keliling ruang tamu...twin campakkan ajer dlm katil ni....daddy sibuk dok kemas barang anak2 yg dari dalam kereta...sementara mummy sibuk kat dapur..bersilat dok sediakan makan malam....
Ni la acara setiap hari twin mummy...kadang kadang abang Harith ok..tapi selalunya Hafiey la yg x ok...tapi entah kenapa plak..hari tu terbalik..mungkin sebab Hafiey minum susu sampai habis...Harith minum tak habis..dah terpelanting botol susu..tu yg muka macam tak seronok ajer...
sibuk dok tengok mainan...terpaksa letak tengah tengah rumah sebab panas...sian diaorang

Kadang kadang bertahan sampai mummy sudah masak...dan selalunya mummy akan dengar suara daddy kat depan..marahkan Hafiey lah..marah Harith la..kadang kadang Haziq pun ken sekali....

Yerlah..daddy dah la penat baru balik kerja.kena punggah barang plak..lepas tu anak anak dok menagis..sure tension kan?

Tapi itulah cabaran kita beranak kecik & rapat rapat plak tu...bertabah yer daddy....


 
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***