Kalau ada masa terluang, insyallah...mummy daddy akan bawa anak anak berjalan. Kita pun memang dah lama tak berjalan since asyik masuk keluar hospital ajer masa awal tahun hari tu.
So, minggu lepas kita nak cari seluar raya untuk twin, singgah ke JJ Maluri. Asalnya nak pergi Jusco Cheras Selatan, tapi oni plak minta tolong hantar g HUKM, so terpaksalah kita g Jusco Maluri ajer...sebab dah dekat kan
tapi sayangnya....tak ada yg berkenan dihati mummy. Setakat ni Twins hanya ada sehelai ajer seluar jeans. Kena tambah lagi sehelai dua.. kalau tak macam mana nak pakai tshir yg banyak tu... huhuhu
Abang Haziq yg sangat teruja bila nampak permainan. sibuk sangat dok ajak daddy mummy main. Kesiankan punya pasal....daddy bawa juga Haziq main. Tapi syarat RM5 sahaja yer...tak boleh banyak2
Permainan wajib Haziq mestilah bowling. Sibuk sangat nak main bowling. Tapi bila baling bola masuk longkang. Tak concentrate langsung. Siap masuk dalam tu lagi sebab tak sampai nak baling bola
Daddy plak dok sibuk ajar anak mcm mana nak strike. Hahahaha.. elok lah..esok esok anak dengan bapak hilang sebab g bowling. Tinggallah mummy kat rumah sorang sorang
Harith yg teruja nak joint sekali. Tu la... mummy suruh berjalan tak nak...sekarang ni sapa yg susah?
Sampai bangun lagi Harith nak tengok bola boling tu. sian dia.... tunggu lah Harith besar sikit nanti boleh joint abang Haziq and daddy yer
Muka tak puas hati sebab tak dapat joint. Macam nak marah daddy ajer . Hafiey relax ajer dalam tu. Siap tepuk tangan lagi. Agaknya dia tak minat kot dengan bowling
Haziq memang banyak persamaan dengan daddy. Minat yg sama. Badminton and bowling.
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***