Hidup
Hidup
Banyak benda dalam hidup kita...yg kita terlepas pandang
Apa tujuan kita hidup di dunia ini?
Ke mana kita selepas di dunia ini
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.
CARA MENGAMALKANNYA :
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...
1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali
3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :
" ALHAMDULILLAH "
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.
Lalu baca surah" Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin
Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin 🤲🏻
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
Solat Asar
Renungan Sebelum Tidur
RENUNGAN SEBELUM LENA
Checklist Aktiviti Harian, Ayuh Muhasabah Diri Dan Lakukan Mengikut Kemampuan:
1. Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dini dan sunyi.
2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.
3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara maghrib dan Isya'
4. Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.
5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.
6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.
7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. 100 -150 buah buku setahun.
8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun rm1.
9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.
10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.
11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.
12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.
13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk Isteri, sayangi suami.
14. Solat awal waktu. Belajar agama berguru.
15. Puasa isnin khamis. Banyakkan istighfar.
16. Belajar melalui youtube -1 jam sehari.
17. Bina perbualan agung dengan orang hebat.
Melabur dalam networking mahal.
18. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi.
Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.
19. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.
20. Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.
21. Tidur selepas Isya' dalam keadaan lapar.
Tidur "relatif masa" 8 jam. Ada "25 jam" sehari.
22. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.
#quotephotovideo
Subscribe untuk Ilmu_Free:
▶️ T.me/RahsiaMemanggilRezeki
Jujur Dengan Emosi Sendiri
Jujur Dengan Emosi Sendiri
👉 Supaya Self Awareness dalam diri meningkat dan tidak memperdayakan diri sendiri.
📛 Bila sedih jujur bagitahu pasangan kita sedih
📛 Bila marah jujur explain kat pasangan kenapa marah
📛 Bila tak puas hati bagitahu puncanya
Ini adalah supaya kita jujur dengan emosi kita sendiri. Jika kita pendam dan kata,
"Aku ok, padahal tak ok"
Kita dah mengajar emosi untuk menipu !!
Makin kerap la kita akan hadapi masalah emosi kemudian hari. Makin susah kita nak mengawal emosi sendiri.
Ini la punca depressi..
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
Bila Kebuntuan
Bila buntu tak tahu nak buat apa. Usah fikir sampai macam nak pecah kepala. Baca ni "Lailahaila anta subhanaka iini kuntu minal zalimin."
Bila kita baca ayat tu Allah akan keluarkan kita dari kebuntuan, kesakitan, kemiskinan, fitnah, musibah, kesedihan dan Allah beri jalan keluar dari segalanya.
Sebelum nak buat apa-apa sama ada nak cari calon pasangan, nak cari kerja atau nak buat apa-apa pekerjaan baca ayat tu dulu.
-Ustaz Ebit Lew-
Jalan berubah yang lebih baik....dengan izin Allah
Alhamdullillah...
Bersyujur sangat bersahabat dgn circle yang betul
Untuk bahagia dan kaya....kita kena bahagiakan orang lain dulu...kayakan orang lain dulu..... Kebahagian kita...kekayaan kita... biar Allah yang tentukan.
Allah Ya Ghani Ya Mughni...Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Memberi Kekayaan
Hidup dalam rasa kaya... Allah dah berikan kekayaan dan kecukupan untuk setiap manusia... Allag Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Syukur...ditemukan dengan sahabat yang sudi membawa dan membimbing ke jalan Allah.
Juanita Sani... terima kasih kerana sudi bawa aku bersama...
***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***