Renungan Sebelum Tidur

RENUNGAN SEBELUM LENA

Checklist Aktiviti Harian, Ayuh Muhasabah Diri Dan Lakukan Mengikut Kemampuan:

1. Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dini dan sunyi.

2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.

3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara maghrib dan Isya'

4.  Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.

5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.

6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.

7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. 100 -150 buah buku setahun.

8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun rm1.

9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.

10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.

11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.

12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.

13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk Isteri, sayangi suami.

14. Solat awal waktu. Belajar agama berguru.

15. Puasa isnin khamis. Banyakkan istighfar.

16. Belajar melalui youtube -1 jam sehari.

17. Bina perbualan agung dengan orang hebat.
Melabur dalam networking mahal.

18. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi.
Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.

19. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.

20.  Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.

21. Tidur selepas Isya' dalam keadaan lapar. 
Tidur "relatif masa" 8 jam. Ada "25 jam" sehari.

22. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.

#quotephotovideo

Subscribe untuk Ilmu_Free:
▶️ T.me/RahsiaMemanggilRezeki

No comments: