Langgar


Sedihnya...keretaku kena langgar belakang..dah tak handsome dah..dah la nak dekat raya


 

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Keluarga kecil kami

Alhamdullilah...Ini lah family kecil kami. Mummy daddy Haziq Harith & Hafiey
Semoga Allah sentiasa rahmati dan lindungi keluarga kami. Insyallah



Kenangan bersama sempena menyambut 1st Birthday twin Harith & Hafiey. Alhamdullilah


Semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki. Doakan semoga saya dikurniakan anak perempuan plak lepas ni. Bertambah bersyukur kiranya dapat triplet





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Puasa ke 6


Sekejap ajer masa berlalu...Hari ini dah hari ke 6 kita umat islam berpuasa. Setakat ni mummy masih belum berjaya untuk memasak waktu berbuka...semuanya daddy beli kat Param ajer..Sahur ajer lah yg mummy masak.
 
 Alhamdullilah, setakat ni Baju raya 3H mummy dah siapkan. Cuma nak tambah lagi beberapa helai tshirt and jeans ajer.

Ni pun gaji dah masuk, bolehlah mummy shoping seluar untuk boy's mummy

Moga ada rezeki lebih untuk anak-anak mummy nanti



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
Last month 30 June 2012

Mummy daddy buat sedikit birthday party untuk our lovely twin yg pertama. Harith and Hafiey dah genap setahun pada 18.06.2012

Alhamdullilah...Allah permudahkan semuanya...syukur anak mummy daddy membesar dengan sihat dan sempurna...semoga anak anak mummy daddy akan menjadi anak anak yg berjasa & berguna untuk mummy daddy, agama dan negara...insyallah

 
Kenangan kami sekeluarga semasa menyambut birthday 2H

Jangan tanya kenapa banner tu ada gambar 3H... itu semua demi menjaga hati si Haziq ... .si handsome kami tu

Haziq sekarang memang bijak bercakap..so mummy tak mau Haziq terasa hati sebab x ada gambar and nama dia..so kita letakkan sekali. Actually, birthday Haziq bulan 3 hari tu..kita pun dah sambut kat rumah tok mi secara kecil kecilan untuk ahli keluarga ajer....

Memang best...Kiranya mummy memang puas hati dengan Majlis yg serba sederhana ni. Tema kami untuk tahun ni Merah + Hitam.

Next story nanti mummy sambung lagi yer...tak sempat nak bebel panjang-panjang buat masa sekarang ni yer...

Jumpa lagi.....



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Sepanjang birthday twin


 Jom kita cerita pasal birthday 2H plak

Mummy memang segaja memilih untuk masak sendiri. Dengan bantuan tok mi yg sudi datang membantu.

Menu kita hari tu, laksa, mee kuah, nasi lemak, kuih muih, ice cream malaysia, roti jala, tauhu sumbat ikan & jajan untuk budak-budak. Ringkas ajer makanan yang disediakan..


Nasib baik ada officemate mummy datang menolong. Kalau tak memang kelam kabut mummy sorang sorang nak buat. Itu pun dah kelam kabut. Tetamu dah datang, mummy tak siap lagi...masih dok kat atas...

Ini semasa upacara nak memotong kek...

Bukan senang nak kumpulkan anak. Si kecik asyik menagis ajer... si Haziq asyik hilang ajer ajer. Mentang mentanglah ramai kawan, asyik nak main ajer. Irdina pun mummy tangkap sekali. Meraikan sekali dengan 3H

Candid.... masa ni dah petang. Tinggal saudara mara aja yg ada. Mummy daddy baru nak makan. Memang letih betul masa ni

Haziq malu malu plak masa dok nak potong kek. Masa ni orang dok tengah nyanyi lagu happy birthday to you. Adik2 rilexs ajer... Harith macam tak ada perasaan. Hafiey plak sibuk nak tolong potong kek jugak...sampai sengek kepala dia.

Ini gambar Harith and Oni. Harith memang cucu kesayangan Oni selepas Abang Haziq. Oni pun sayang Hafiey. Harith memang manja sangat dengan oni. Sikit siki nak oni selepas mummy. Tengok lah Harith masa ni, sebiji muka aok kan? Rupa abang Haziq masa kecik pun ada... cuma tak gedebab & cerah macam abang Haziq ajer

Mood budak handsome memang kelaut. Asyik nagis ajer. Nak mummy dukong ajer. Dengan daddy pun tak nak. Letih memang letih sangat

Masa ni maksu dah pujuk pujuk nak tolong dukong Harith. muka masam ajer ... 

Ini mak teh Hafiey. Hafiey tak ada masalah dengan sapa pun dia ok. Tengok tu..muka dia pun muka ala ala mengantuk ajer tu...letih. Tambahan plak Hafiey belum makan lagi. Sure perut lapar kan? Sian anak mummy


Nasib baik adik adik mummy banyak menolong..kalau tak memang letih mummy nak mendobi rumah sorang- sorang.

Ok. Next.......................



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Kalau dah cucu askar tu ...memang x lari lah

Selamat Pagi semua

Senyuman Haziq untuk semua di pagi hari
 

Haziq ni cucu kepada askar tau. Atuk Haziq dulu Askar. Sekarang pencen askarlah kan?

Orang kata, mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi yg dalam pingan kan?

Cuba tengok Haziq....sebesar besar senapang pun dia boleh jadikan pistol and selit kat pinggang dia..konon2nya macam askar la...padahal mana pernah tengok askar pun Haziq ni. Dah darah pahlawan mengalir dalam badan Haziq...tetap pandai nak selit kat mana....

Memang kelakar betul...bila suruh buka, dia tak nak..nak gak selitkan pistol tu kat pinggang sambil main basikal..nasib baik senapang mainan..kalau senapang betul..mau pecah telur Haziq tu..hahahahah

Memang best sekarang ni...aktiviti diluar rumah setiap minggu telah berjaya dikurangkan terus..so memang kami ada masa untk berjimba di rumah sahaja...petang petang biarkan anak2 main depan porch car...so diaorang pun sangat happy..mummy daddy pun happy disamping dapat menjimatkan RM....sebab x payah bayar duit minya, duit tol, duit parking and makan2...semua free bila duduk rumah...

Nanti bila senang and ada rezeki baru kita jalan2 yer..

Nanti mummy nak bawa Haziq tengok askar yg betul2 tu...nak tengok macam mana perasaan Haziq waktu tu kan?










***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Berlibur bersama anak anak

Rasanya ni 1st time mummy bawa 3H g playground. 

Kalau sebelum ni, sebelum ada 2H memang selalu lah bawa abang Haziq, tapi sejak ada adik adik, mummy daddy tak pernah bawa, bukan apa...susah nak control...tapi yer ker tak pernah bawa? rasa macam pernah bawa aja...hahaha...abaikan ajerlah


Tengok tu anak anak kembar mummy. Bukan main lagi

Yang paling penting tengok gaya Hafiey..Macam budak dah besar ajer gayanya duduk atas basikal abang Haziq. Tapi Hafiey memang tak suka main mainan budak yg baya dia...dia lebih adventure dari usia sebenar. Semua dia berani. Memang berbeza sangat dengan Harith yang serba serbi takut. Tu pun jenuh mummy paksa nak letak atas tu...kalau tak..jangan haraplah..sure nagis punya

Abang Haziq apa lagi. Bukan main sukalah dapat datang playground yang dah lama tak datang ni. Berlari ke sana sini. Sibuk dok cari kawan nak buat main. Masalahnya dah panas, budak tak ramai. SO kenalah daddy layankan Haziq. Seronok tengok telatah Haziq yang sekarang ni suka sangat cuba semua mainan. ok lah...tak macam dulu, semuanya takut


Ha, budak ni baru setahun yer...tapi ada hati nak main slide orang besar... nasiblah Hafiey. .... kalau mummy memang tak terlayan sorang sorang...daddy lah yg layan panjat sana sini..mummy lepak ajer dengan tokmi sambil layan Harith


Tengok Haziq, pandai dia panjat besi tu...kasut dah siap siap letak kat bawah...susah nak panjat katanya...

Ok lah...kalau tak memanjat bukan anak lelaki kan? Nasib baiklah anak anak saya tak melasak sangat...kalau tak,,... jenuhlah mummy nak terjerit jerit kat 3 Hero mummy ni

Next time, kalau tak hujan dan keadaan mengizinkan...mummy nak ajak dadddy bawa g playground kat Bangi plak




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***