Haziq Lagi

Seronoklah mummy....Haziq sekarang dah pandai buat mcm2 aksi...tambah2 lagi kalau waktu petang waktu kita balik keje...mummy suka sangat...tp kalau tiba time angin monsun tiba...berpeluh mummy dibuatnya
Takutnya tengok muka Haziq..Garangnyer...
Ish! mummy ni...gambar haziq lagi...







Senyum..Hati tengah riang tu




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Hayal

Tengah cakap sorang2..tp mata dah pejam tu..ngantuk la tu


Sekarang ni Haziq suka sangat berkhayal bila mummy bawa keta...suka cakap2 sambil tengok2 keta kat luar...lepas tu terus terlelap

















***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Bahagiakah Kita?

1. Dalam perkahwinan yang sihat, setiap pasangan harus menyukai dirinya sendiri seperti mereka menyukai orang lain. Hal ini berkaitan dengan harga diri. Harga diri mempengaruhi setiap bentuk kehidupan dan merupakan titik terpenting dalam perkahwinan. Jika anda mempunyai harga diri, anda akan merasa aman untuk menjadi diri anda sendiri dan untuk memperlihatkan bahawa anda boleh menerima kritikan daripada pasangan.

2. Pasangan yang bahagia akan saling suka menyukai, tidak hanya saling mencintai. Bayangkan jika pasangan anda bukan suami/isteri anda.Adakah anda masih memilihnya sebagai teman? Saling menikmati kebersamaan merupakan tanda yang baik.

3. Pasangan yang bahagia saling berdebat. Barangkali anda berpendapat sebaliknya, bahawa pasangan yang bahagia tidak pernah berdebat.Tetapi cuba fikirkan, tidak mahu berdebat bererti anda takut menyakiti pasangan anda atau takut kehilangan cintanya. Anda terpaksa menurut sahaja kehendak pasangan atau anda tidak berani menentangnya.Berani menyatakan bahawa anda tidak setuju dengan pendapatnya merupakan tanda hubungan yang sihat. Menyatakan kemarahan, juga merupakan saluran untuk memperbaiki hubungan. Ini lebih baik daripada anda berbuat sesuatu yang menunjukkan kemarahan anda kerana anda tidak berdaya atau tidak berani menyatakan kemarahan anda.

4. Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang berani meluahkan perasaan masing-masing. Tidak berpura-pura atau memendam sesuatu yang tidak disenanginya.

5. Pasangan yang bahagia, biasanya saling bertolak ansur dan boleh menyesuaikan perubahan - perubahan. Dalam hidup ini, ada perubahan-perubahan yang perlu diduga seperti menikah,melahirkan anak dan anak-anak yang dewasa meninggalkan rumah. Ada juga perubahan yang tidak terduga, misalnya bertukar kerja,kemalangan dan kematian anggota keluarga.Hubungan yang sihat boleh menyedari suatu perubahan dan mampu menangani masalah tersebut.

6. Pasangan yang bahagia biasanya saling mempercayai. Jika anda percaya pada pasangan, anda tidak perlu bersusah payah menyelidik atau mengintipnya. Anda yakin bahawa pasangan anda tidak akan berbuat sesuatu yang akan menyakiti hati anda.

7. Pasangan yang bahagia mempunyai hubungan seksual yang baik.Tetapi yang baik bagi anda belum tentu sesuai bagi pasangan. Hubungan seksual yang baik tidak bergantung kepada sering melakukan hubungan kelamin, tetapi hubungan kelamin yang membuat anda bahagia. Jika seks membuat anda berdua merasa intim, puas dan senang, itu merupakan tanda yang baik.

8. Pasangan yang bahagia saling bergantung di antara satu sama lain.Maksudnya mereka boleh menyesuaikan diri untuk bebas atau tergantung pada pasangannya, sesuai dengan situasi. Malah dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa pasangan yang berjaya selalu merasa gembira dalam hubungan mereka dan tetap mempertahankan identiti masing-masing.



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

15.07.2009

Lagi CD baru utk Haziq Irsyad...mcm mana boleh ada pink colour? mummy x order pun....sapa nak jawap ni??

Muka budak yg keboringan dalam car seat...Bagi mummy & daddy makan dulu.....haziq main buih dlm mulut dulu yer......


boringnyer asyik baring ajer dlm carrier ajer kan mummy? bila Haziq boleh duduk atas kerusi mcm mummy & daddy?


Nasib baik mood haziq Irsyad baik...x nagis langsung dlm kereta..kalau tak...sure mummy kena panggil oni lagi hantar Haziq..good boy for today yer Haziq..

disebabkan mummy ada appointment dgn susuibu.com..mumy kena balik awal.Puan Rita dah hantar S3 mummy kat Bangi..so mummy dah boleh collect kat sana..lepas g Bangi..Haziq nak g ambil CD baru Haziq kat umah anti Ita kat Alam Damai...Nampaknyer Haziq bz la for today...

Selepas balik dari Bangi sebelum ke Alam Damai...mummy singgah tempat biasa dulu utk mengalas perut..hari ini oni x bekalkan makanan utk mummy & daddy sebab mummy ada hal kat luar..x sempat nak makan kat rumah...so ...kat mana lagi tempat mummy & daddy melepak kalau x kat Sup gear box dusun kat bangi tu....

Mummy & daddy dapat menghayati dengan penuh selera hidangan yg disediakan..sebab Haziq langsung x pedulikan mummy & daddy..asyik dengan xtvt sendiri..good boy anak mummy sayang..love u forever....









***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Mengamuk!!!

Apatah angin yg x kena dengan Haziq irsyad petang semalam...
masa mummy balik dr keje...Haziq tengah tido..oni kata baru ajer tido...so mummy kemas2 semua barang masuk keta...last sekali baru oni angkat Haziq masuk keta...masa angkat tu Haziq dah jaga dah...so masih boleh senyum2 lagi kat mummy...mummy pun ok ajer..

Minyak & gas keta dah habis..mummy x berani nak gambel ajer..so decide isi gas dulu kat batu 9...waktu nak ambil duit kat atm..Haziq dah tertido..mummy x sampai hati nak biarkan anak mummy sorang2 dlm keta..mcm2 benda yg x baik bermain2 dlm pikiran mummy..so angkut Haziq sekali masuk dlm kedai...lepas tu Haziq dah macam nak berangin dah...bila isi gas pun mcm tu gak..jerit2 nagis..mummy dah x tentu arah dah masa tu...tp boleh kawal lagi...

bila keta gerak ajer..Haziq lagi kuat meraungnyer..siap jerit2 lagi...mummy dah panik..x blh nak control langsung..so berhenti dulu..tenangkan Haziq..tp Haziq tetap menagis sekuat hati..last2 mummy bawa Haziq kuar dr keta..terus diam...mummy ingat dah ok dah..bila masuk keta balik..nagis lagi...wah! ini sudah lebih ni..mummy pujuk bagi susu pun x jln dah..naper ek?
dekat 1/2jam mummy pujuk Haziq..tp Haziq tetap x mau diam..nak dok luar keta..mummy pun panik..dah puas pujuk rayu..siap azan kat tinga lagi..x mau gak masuk keta..last2 call oni..uncle cik hantar oni kat mummy..so Haziq baliklah dengan oni naik keta uncle cik..nak plak diam & tido..mummy terpaksa balik sorang2..sedih tau...




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Family


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar,

bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci"

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur"

Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu

dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu

kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu

pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali

airmataku mencurah ibarat air di kal

senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil

Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil

Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum

Adik terjumpanya belakang rumah di semak

Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu

ibu tentu suka terutama yang unggu

Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini

Ibu tak harus menjerkah kamu sebegini

Katanya Oh ibu itu tak mengapa Saya tetap sayang ibu melebihi segala

Bisikku "Anakku, ibu pun sayang kamu dan ibu suka bunga itu terutama yang unggu,


FAMILY


Adakah kamu sedar sekiranya kita mati hari ini syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?


FAMILY


(F)ATHER

(A)ND

(M)OTHER

(I)

(L)OVE

(Y)OU






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Weekend Haziq

Tertido kepenantan selepas tunggu lama sangat daddy balik dr beli burger..cuba tengok kat pipi area mulut haziq..tu la tempat semut cium haziq..habis merah muka Haziq
Muka orang keboringan sesangat

Nasib baik mummy layan haziq...



Wah! dunia...lihatlah Haziq yg bosan sesangat...nasib baik ada Upin & Ipin



Kepenatan sangat..



Haziq tengah main sorang2



Weekend kali ni x best tau....

this weekend we all kat umah ajer..mumy sibuk dok basuh baju yg seminggu x cuci tu.. Daddy sibuk dok tengok tv..so haziq x ada xtiviti nak buat..boring sangat2....dah la mummy dgn daddy baik hati...bagi semut2 semua gigit kaki dengan muka haziq...habis merah2 muka haziq..sian kat haziq...


tp haziq x bagi mummy ambil gambar haziq..sebab haziq x handsome..semut tu dah cium haziq..haziq main ajer sorang2 kat tilam haziq..sampai la petang...




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***