Hafiey bersama peminatnya


Sejak anak anak sering masuk keluar wad, mummy daddy dah jarang sangat keluar berjalan eventho nak ke shopping mall. Bukan apa, kesihatan anak anak lagi pentingkan?

Lagipun macam mana nak keluar kalau asyik keluar masuk wad ajer setiap minggu. So, since tengok anak anak semakin sihat dan cuaca pun cantik, mummy ajak daddy bawa anak anak g main kat permainan Stadium Kajang

So last weekend, kita ke sana. Penuh kereta sebab dok angkut barang barang mainan anak anak ajer. Haziq dengan basikalnya, Harith dengan kereta bombanya, Hafiey dengan push carnya...

Lepas ni kena tukar kereta lagi besarlah nampaknya. Penuh kereta sebab barang mainan ajer..macam manalah gayanya nanti kalau balik kampung kan?



Nampak tak Hafiey?

Ni lah peminat Hafiey yg mummy katakan tu. Sebenarnya nenek ni dah nak balik, tiba tiba dia terperasan 2H, terus dia minta izin mummy nak dukong and pinjam sekejap. Nak main main katanya.

So mummy bagilah peluang kan. Tak kan tak boleh kot kan? Lagipun bukan dia bawa g main tempat lain, main kat tempat yg sama ajer...mata mummy memang tak lepas dok perati anak mummy ajer..Yerlah..bukan senang nak dapat anak kan walaupun niat nenek ni sangat baik kan?

Nenek ni belum ada cucu sebab anak anaknya semua masih belajar lagi. So dia suka dengan budak budak. Habis diciumnya Hafiey sampai puas. Nasib baik Hafiey pun tak nagis and tak kisah orang ambil dia

Dekat 1/2 jam gak nenek ni menghabiskan masa dok main dengan Hafiey. Suka dia.. Insyallah, kalau ada rezeki nanti kita akan jumpa lagi yer. Nanti bolehlah nenek main lagi dengan Hafiey





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Harith Iffat yg dah pandai makan drumstick


Cepat sungguh masa berlalu.. Sekejap aja anak anak saya dah setahun. Dari baby yg kecik ajer...tapi sekarang dah besar. Si Twin abang Harith Iffat sekarang pun dah pandai makan drumstick tau. Surprise mummy tengok. Selama ni semuanya nak bersuap eventho nak minum susu pun. Tapi sejak dah sambut birthday ni, Harith nampak dah mula pandai berdikari Syukur alhamdullilah..

Actually, mummy daddy saja bawa tok mi g makan daging salai kat Nilai. So sambil sambil makan tu mummy suapkan lah Harith Ayam. Rupanya dia nak pegang sendiri..tu yg jadinya mummy tengok..Wah!! anak mummy dah besar

Harith yg sungguh concentrate makan ayam. Langsung tak peduli kat orang lain. Habis seketul. Minta nak lagi..wah...memang sudah bagus anak mummy ni. Lepas ni kita boleh buat kat rumah sendiri plak kan?

Dari budak yg susah nak makan, sekarang ni, alhamdullilah...nampak ada kemajuan dalam selera Harith. Ini pun sebab Doc kat Serdang bagi multivitamin. Kalau tak, mummy memang sangat susah hati..

Tapi pada mummy, yang penting, anak anak sihat dan membesar dengan sempurna pun dah cukup bagus kan?

Semoga ALLAH sentiasa pelihara anak anak mummy... Amin




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Perkembangan Twin yang dah setahun




 Gambar twin terbaru bersama mummy. Dah besar kan anak anak mummy?

Dulu mummy ingatkan anak susu ibu ajer yg manja..tapi rupanya salah...Harith yg menyusu 7 bulan ajer pun manja yg amat..kesian kat adik Hafiey..selalu kena mengalah dengan abang Harith yg sangat manja

Anak nak mummy juga semakin lasak sekarang ni. Boleh kurus mummy nak kejar tapi tak kurus kurus gak.. sejak berhenti bf  ni...badan mummy naik mendadak...tak perlah...untuk anak anak gak kan?


 Ini si sulong saya, Haziq Irsyad

Semakin besar semakin bijak anak mummy sorang ni. amat rajin dalam menolong mummy buat kerja. Tak kira kerja apa pun, semua dia nak tolong. Beruntung mummy rasa

Sekarang Haziq dah 3 Tahun 4 bulan, mummy tengah servey sekolah yg sesuai untuk Haziq. Mummy tak nak Haziq ketinggalan dalam pelajaran..Sekarang ni ABC setakat KH tu bolehlah...123 dah sampai 10 in english & bm.....kenal anggota badan. 

Harap 2H pun dapat ikut jejak abang Haziq yg bijak. Mulut macam bertih jagung..

Nanti mummy akan update perkembangan terbaru 3H. Mummy pun nak update birthday party twin. Sekarang masa tak berapa nak mengizinkan kali.



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Semakin besar dan semakin lasak

ALhamdullilah twin semakin sihat sekarang. Insyallah, semoga dengan pertambahan usia anak anak mummy, kesihatan mereka sentiasa baik dari masa ke semasa. Tak sabar rasanya mummy nak tengok anak twin mummy pandai berjalan. Sure kecoh rumah kita nanti. Sekarang ni pun dah kecoh. Yang sorang sibuk dgn komputer dia, yg sorang sibuk dok punggah cd, yg sorang lg, si nongsu tu sibuk dok membilang anak tangga. Memang macam macam perangai ada. Kalau dulu mummy heran macam mana orang selalu kata jadi 'tarzan' kat rumah dengan anak anak, sekarang baru mummy tau. Tapi tak per, itu maknanya anak anak mummy aktive dan cerdik budaknya. Semua bemda mereka nak cuba explorer. Alhamdullilah. Biar mummy penat sikit tak per, janji anak anak sihat dan gembira selalu sekarang ni kalau setakat naik turun tangga sepuluh kali ti buasa bg mummy. Mana tak nya, kejap2 naik ambik baju. Jap g naik lagi ambik pampers. Tapi masalahnya, mummy tak kurus kurus gak. Dok gemuk macam tu gak. Aish! Bila la nak dapat balik badan macam lepas pantang hari tu. Sekarang ni mummy agak sibuk dgn preparation utk majlis twin. Semoga majlis.nerjalan dengan lancar dan dirahmati. Amin ***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Perkembangan anak anak

Mummy nak buat birthday twin 30hb ni.Lewat seminggu dari tarikh lahir sebenar twin 2H. Tapi tak per, janji ada majlis untuk twin kan? Dikesempatan ini, mummy nak jemput semua reader mummy untuk sama meraikan majlis twin mummy. Tema untuk twin kali ni merah + hitam. Mummy kan suka warna merah. Masa abang Haziq hari tu tema Upin Ipin warna biru putih. so kali ni kita buat merah plak yer. Update terkini. Twin dah setahun 18.06.2012. Anak mummy belum boleh jalan lagi, tapi merangkak memang terlebih laju. Sekarang pun dah terrer memapah sendiri. Semua benda nak panjat. Katil tu dah beberapa kali dah 2H cuba nak panjat, tapi tak lepas sebab tinggi. Setakat ni Hafiey belum pandai turun katil sendiri, tapi Harith memang dah terrer tueun sendiri. Macam macam aksi dia boleh buat. Meniarap dalam buai, melintang, duduk, semuanya Harith boleh buat. Kadangkala kelakar gak tengok gelagat dia. Last two week memang agak mencabar untuk mummy. Harith asyik menagis aja tak mau duduk. Asyik nakbergantung dengan mummy aja. Dengan daddy langsung tak mau. So, mummy memang ambik cuti memasak, tak sempat la nak handle semua keje dengan sebelah tangan nak dukung Harith, Tapi, Alhamdullilah, malam tadi Harith tido dengan lena sekali. Bangun 2 kali aja untuk minum susu. Memang sebelum ni pun, memang 2 kali bangun, cuma last two week aja yg asyik meragam. Mungkin sebab beralih bulan kot. Mummy redha aja sebabnanti moment ni tak akan datang lahi. Sure mummy akan rindu saat saat berjaga malam menjaga anak kecil. Sebab mummy rancang nak besarkan 3 hero dulu sebelum ada dang puteri. Hafiey plak memang sangat independed sekarang. Banyak beralah dengan abang Harith. Tapi kalau bab membuli, memang Hafiey no satu. Sekali abang Haziq pun kena buli dengan Hafiey. Dulu kalau mumny tengok, Hafiey suka melayan diri sendiri, seolah olah dalam dunia dia sendiri, tapi sekarang memang totally berubah. Harith yg dulu disangka lasak dah jadi seorang yg sangat manja. Haziq sekarang semakin bijak bercakap. Words dia banyak ikut bahasa buku. Ini semua pengaruh tv la. Kalau kat rumah tak ada Haziq, memanglah terasa sunyi, sebab tak ada yg riuh bertanya itu ini. Tapi amatlah penakut, tak tau la sebab apa. mungkin dia pernah nampak sesuatu yg x elok kot. Tahun depan mummy rancang nak masukkan Haziq ke sekolah. ***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***
Anak anak semakin membesar, bermakna si ibu semakin berusia. Emosional sentiasa membelenggu diri. Bila agaknya kekuatan akan mengiringi. ***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

10 bulan berlalu

Sepuluh bulan yg lalu, 18 June 2011 tepat jam 1.48pm, Lahirnya putera ke mummy Muhammad Harith Iffat diikuti 152 pm Muhammad Hafiey Izzat menyusul melengkapkan 3 hero dalam keluarga kita. Syukur, kelahiran yg dinantikan, lahir dgn selamat tanpa sebarang komlikasi.

3 hari dalam wad selepas kelahiran, kita dibenarkan pulang ke rumah. Happy bukan kepalang mummy sebab akhirnya mummy dapat menatap wajah kesayangan mummy yg selama ini hanya berada dalam rahim mummy.

Kini 10 bulan dah berlalu. Dari sekecil babi, kini Harith dah punya 5 batang gigi dan cekap memgular. Dan yg terbaru dah pandai merangkak. Tanga pun dah pandai memamjat. Walaupun berbadan kecik, tapi bulan tahan juga orangnya. Sangat manja dan banyak beralah dgn adik Hafiey. Ramai orang kata Harith copy paste abg Haziq tp lgsg x nampak twin dgn adik Hafiey

Hafiey masih belum tumbuh gigi di usia 10 bulan. Bayang pun belum nampak lg. Tapi x kisah pun sebab Hafiey sukan makan dah boleh makan apa saja yg abg Harith makan. Hafiey lebih besar dari abag2, sebab tu Hafiey masih belum boleh merangkak tapi sudah belajar menyelar. Sangat pandai mengusik abg Harith. Apa yg dipegang abg Harith, itulah yg Hafiey nak. Nasib baik abg Harith mudah bertolak ansur, kalau x, mau pening kepala mummy

doa mummy utk.anak anak semoga sentiasa sihat dan setiasa di rahmatiALLAH. Semoga 3H mummy menjadi anak yg soleh dan mampu membanggakan kedua orang tua. Kasih sayang mummy daddy sentiasa mengiringi perjalanan anak anak kami.

Lagi 2 bulan twin mummy akan mengijak ke usia 1 tahun. Alhamdullilah



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***