Ada apa tepi highway tu?


Sambungan kes pagi tadi...ini lah budak handsome pujaan hati saya.....semakin besar sekarang ni...dah dua tahun 1 bulan dah dia ni.....ngada-ngada pun semakin banyak sekarang ni

Jelingan manja si handsome ku ni...ni gambar ambil sendiri ni...tinggalkan mummy kat tepi highway sorang-sorang..Haziq ikut oni balik rumah oni..sian kat mummy tau



 
Budak yg bergaya kat tepi jalan....suruh naik motor dengan atuk tak nak..nak gak berkepit dengan mummy...nasib baik tepi highway ni ada tempat kosong untuk kita lepak..kalau tak..bahayalah mummy yg sarat dengan si jantung hati yg kecik molek ni..

Bukan main suka lagi Haziq pagi-pagi dapat lepas main kat luar...siap kejar bird lagi..pandai kan?

 
Muka budak tak mandi pagi lagi...sibuk kejar mummy sebab nak ambil camera...suka lah tu....Haziq tak tau yg mummy punyalah susah hati coz nak g keje dah lambat..dia boleh plak bersuka ria kat jalan tu


Nampak tak tol tu? nasib baik tak mati kat betul2 tol tu..naya ajerlah nanti....elok lepas ajer tol..dah slow kereta tu....ish! nasib baik tak melibatkan jem..kalau tak mau orang semua marah mummy

Kereta yg tersadai tepi highway.....nasib baik kereta tak banyak..so tak lah risau sangat..mummy takut motor tak perasan kereta berhenti...mau di langgarnya dari belakang..maklumlah...motor mana tau bawa slow-slow..semuanya nak cepat sampai kat hala tuju masing-masing...

Nasib baik tak ada benda yg buruk berlaku..semuanya dapat diselesaikan dengan selamat.


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Melayan Isteri

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….



2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…


3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.


4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.


5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…


6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.


7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.


8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.


Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.






Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang


Sumber dari Ilyani FB

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Tragedi di Tepi Highway


Memang betul-betul menjadi sejarah hari ni....dah la pagi tadi Haziq buat perangai...tak mau duduk kat seat sebelah..nak duduk atas riba mummy sambil drive...nasib baik kereta oni ni auto...tak lah susah sangat....maklumlah..kereta kita kan rosak...so terpaksa pinjam kereta oni dulu

Last 2 days daddy dah isi minyak..so mummy target cukup utk hari ni...balik nanti mummy isilah .....sebab meter minyak oni tu sentiasa full tank..bahaya betul kan?

Lepas ajer tol RM0.90 tu...kereta dah x nak gerak...tekan minyak pun x boleh gerak..sah! minyak dah kering ni..ayo yo...Haziqlah ni...

Terpaksa berhenti tepi highway tu.....matikan enjin..double signal...cepat-cepat keluar...ambil Haziq...pusing ajer belakang..atuk dah berhenti dengan motor kat belakang kita...heran atuk..tapi dia dah agak dah..sure minyak habis tu..coz meter minyak tu rosak..

Atuk nak bawa Haziq balik ...tapi Haziq tak nak plak..so atuk balik kerah askar kat rumah datang selamatkan mummy & Haziq...atuk g cari minyak..ha ha ha...buat kalut ajer pepagi hari ni...

Lama gak dok bertapa kat tepi highway tu coz atuk kena pusing satu round balik...lepas tu baru sampai minyak...pak ngah tolong isikan....isi ajer minyak..terus drive ke station minyak berdekatan..nasib baik dekat ajer dengan tempat kejadian..terus isi full tank....risau ooo..kalau siang ok lagi..kalau dah malam...jenuh plak kan?

So memang sejarah....sepanjang 13 tahun mummy drive...ini lah pertama kali minyak kereta habis di tengah jalan.........




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Pesanan Buat Suami

"Pesanan Buat Suami"



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


p/s : diambil dari FB member



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Hari ni


Hari ni 14.04.2011......pagi-pagi dah tersentuh hati...terasa hati...tapi tak tau lah..perlu ke tak untuk terasa hati...padahal benda remeh ajer ....

tapi nak buat mcm mana..inilah dinamakan dugaan hidup....

Pantang mummy bila orang kedekut.....so bila dah kedekut dengan mummy...balasanya kedekut jugalah mummy dengan mereka yg kedekut ni...

tapi mungkin mereka-mereka ini terasa ...terus sound....ok fine...mummy memang tak suka nak susahkan orang...tapi bila keadaan terpaksa..mummy terpaksa gak menyusahkan orang...tapi mummy bertekad...kesusahan ini tak akan lama....

Buat spoil mood ajer pagi-pagi ni...janganlah dijolok sarang tebuan kalau tak nak tengok anak-anak tebuan keluar......





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Baru nak balik


Jam sekarang ni dah pukul 6.10pm...mummy baru nak kemas-kemas untuk balik....officemate yg lain dah lama balik......mummy kena stay coz dah 5 hari tak datang keje..so keje memang menimbunlah...

Naper tak datang keje?

Malas....

Boleh jawap mcm tu?

Tak boleh?

Ok ...

Tak datang coz...hari jumaat kes sakit hati...sakit sesangat sehingga membuat keputusan untuk?????????????? kita nantikan keputusannya...

Hari sabtu ada kenduri uncle cik kat rumah oni..memang request cutilah....cuma tak apply ajer..

Ahad memang cuti umum kan?

Monday? ok..monday mummy memang tak larat sangat nak datang keje coz babies kat dalam ni asyik menendang ajer...mungkin penat sangat kot hari sabtu ahad hari tu..nak bangun pun tersiksa...ambil kesempatan g rumah oni lagi..boleh lah kita breakfast & lunch kat sana terus...nak masak tak larat lah

Selasa? ok..ada check up....

Memang tension check up kali ni..ingatkan nak jumpa doctor..tapi tak ada nyer....just g scan ajer..buang masa betul lah.....

Babies kat dalam memang aktive....alhamdullilah...sihat anak-anak mummy kat dalam....nak scan pun susah..asyik bergerak...sorang tu ok..yg sorang tu melintang plak....tapi tak per...masih awal lagi......nanti bila dah tiba masanya...duduk tempat masing-masing yer...biar senang mummy nak bersalin....

Pesanan untuk anak-anak mummy kat dalam ni...jangan nakal-nakal sangat kat dalam tu....setiap masa mummy dapat dengar & rasa pergerakan kalian...dum dam dum dam kat dalam tu.....sekarang ni Abang Haziq pun dah pandai nak tido kat perut mummy...syok kot dok merasa adik-adik menendang....tapi bila tangan daddy yg pegang...terus diam dua-dua kat dalam ..takut daddy ek? jangan takut...daddy tak garang la sayang




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Budak yg semput

Sian anakanda kesayangan saya

Doctor dah sahkan Haziq kena athma...

Last week kena admitted kat Kajang..tapi mummy tak nak..coz keadaan hospital tu tak selesa...dan mummy rasa tak mampu nak handle Haziq sorang-sorang dalam wad tu nanti sebab mummy tak larat nak jaga diri sendiri...nak suruh daddy jaga pun...daddy pun sure x blh nak handle sorang-sorang coz nanti kalau nak susu mcm mana kan?

So buat request utk pantau dirumah ajer...


Tengok..sian kan? terlena tido...
Masa ni mummy dah bagi makan semua ubat..siap titiskan sekali ubat hidung supaya rongga hidung terbuka sikit..bagi senang bernafas bila tido

Banyak yg keluar hasil titis hidung tu..yerlah..selsema kan..yg keras byk tertinggal kat dlm tu..tapi alhamdullilah..dapat gak Haziq tido lena malam tu selepas tak lena langsung tido malam sebelumnya




Sayunya hati tengok wajah mulus si kecil ni...sungguh tenang bila tengok wajahnya kan?







Tak perlah sayang..janji sayang sihat..tu yg penting kan? mummy cukup risau kalau anak semput...sebab mummy sendiri tau mcm mana bila kita kena athma...serba serbi tak kena..tau nak mengamuk ajer...tu la yg Haziq rasa kan?



Mummy doakan semoga Haziq terus sihat yer sayang..kena jaga makan minum..tak boleh lagi minum ais mcm selalu......

Bulan lima ni ada follow up check up kat HUKM...harap-harap athma tu tak ada lagi ....berdoa ajerlah..

Tido mata tak rapat.


Langsung tak sedar waktuk ni....memang letih kot..nak cover hari yg tak cukup tido






***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***