MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA
Setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti bersebab kan?
Ya Allah... tak sangka sangat ... Niat mummy untuk menuntut ilmu.. membawa kepada pertemua dengan sahabat-sahabat yang hebat... Sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik... Alhamdullillah
Yang tu nanti kita cerita kemudian yer...
Sebenarnya.... mummy ada perancangan dengan sahabat mummy... kami nak buat kerja-kerja amal... Kerja-kerja membantu bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Alhamdullillah...Ahad lepas 12 October 2019, Hajat pertama kami dah Allah bantu untuk kami laksanakan. Kunjungan pertama untuk salah seorang pelajar yang kami pilih...
Ya Allah...kesian keluarga Hamba Allah ini, Anak 4 orang... yang sulong umur 15 tahun dan yg kecik 1 tahun 3 bulan... Ayahnya ada penyakit kronik.. yang mana terpaksa berhenti kerja atas saranan doktor. (Kencing Manis, Darah Tinggi, jantung, buah pinggang, batu karang dll) Ya Allah..besar sungguh ujian untuk keluarga ini
Anak2nya kadang2 pergi sekolah...kadang-kadang tak pergi sekolah.. kalau pergi sekolah pun..naik bas awam (bas free selangor) dengan ditemani abang yg sulong... Ya Allah..memang rasa x selamat dengna keadaan sekarang ni yang byk sangat dah kes-kes penculikan & kes kes cabul..tapi apa lagi yg diaorang boleh buat???
Kami mensantuni keluarga ni..bawa sedikit sumbangan dari dana yg kami kumpul...dapatlah meringankan bebanan keluarga ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bantuan ini tidak banyak...tp amat berharga untuk mereka yang sangat sangat memerlukannya.
Kami akan usaha untuk dapatkan dana untuk membeli keperluan khas keluarga ini untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka
Keluarga ini memohon agar kami dapat sediakan Oven & pengisar roti untuk suaminya bekerja (ada kemahiran & pengalaman dalam pembuatan roti). Insyallah..kami akan usahakan nanti
So ... dekat sini... kami memerlukan dana..tapi kami bukan pertubuhan & NGO yg berdaftar... kami menolong setakat yg kami mampu. Dan harap sangat agar dapat memanjangkan perkara ini kepada mereka yang ingin memberi
Semoga ada kawan-kawan yang sudi membantu & sama-sama mencari saham Akhirat. Insyallah
No comments:
Post a Comment