Bapa geram tiru aksi biawak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.
*** Tak faham betul.... Husband saya jerit sikit kat anak pun boleh buat saya mengamuk..inikan pulak gigit anak mcm ni...Memang x blh diterima akal
SI bapa tu bodoh betul...ko punya masalah..apasal anak tu plak yg kena tanggung?? Dapat mcm ni...gigit balik ajer kat pipi dia dua2 belah..biar sampai tercabut isi..baru dia tau and berakal
8 comments:
ade jugak bapak camtu...mental ape...kesian kat anak yg tak bersalah
sian ank tu kena gigit..mmg bangang bpknye
Pagi2 tadi dah terbaca tentang ni kat Metro..ya Allah! memang geram kat bapa budak tu..isk! memang tak berhati perut ..
Sampainye hati bapak dia.
anak sendiri pon sanggup cederakan.
sakit jer hati baca berita nih.
apa la punya bapak...xde perikemanusiaan langsung...baik sumpahjd biawak je org mcm tu.
ada juga perangai manusia mcm tu ye... pernah juga dengar org yg menggigit.. tp dlm keadaan cemas ni.. ini lain pula ceritanya... bodoh betul...
ishhhh ada jugak bapak macam nie.....kesian bb tu:(
kesian anaknya..
ape la kejam sangat bapaknye tu..
Post a Comment