Juadah Beracun

Juadah ‘beracun’
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Siti Suraya Mat Tap
Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.
“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40. 

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.
Foto
ANAK ketiga Hamdan kini dirawat di ICU, HTAR.

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya..

Allah... ini yg buat takut nak beli makanan kat pasar ramadhan..masak kat rumah lagi selamat...en suami sy suka sangat shoping kat bazhar...sebab si isteri x sempat nak masak..lepas ni kena gak usaha untuk masak sendiri kan



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ini antara faktor yui kurgkan beli di bzar..risau..

tp itula.kdg2 kt tgk ok tp taktau haslnya mcm mana..

kesian budak2 ni.

Nur_cahayamataku said...

opss aduhai ada kes smpai macam ni? risau la pulak. memang kene gigih memasak la kalau macam ni.

Fiza Rahman said...

Ya! allah...kesiannya. Masak sendiri juga terjamin kebersihannya. Tapi tu lah. Kekadang tak sempat sbb jln sesak.

Hanie(SHMA) said...

kesian nyaa

Unknown said...

Zura pon usaha sedaya upaya masak sendirik.. tapi buat mana yg mampu jer lah.. kuih masih beli kat bazar.

Elyn Sani said...

Aku mmg dh pesan kat laki, kalau nak beli kueh beli kat org yg dh biasa beli je. Sejenis cukup. Sbb alhamdulillah aku still bleh msk lauk berbuka kalau larat aku buat kueh skali.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh isnin =)