Rengek Plastik Sampah



Rengek’ plastik sampah

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.
“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45. 
Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu. 

Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga.

Foto
KEADAAN bayi yang dijumpai Jamsari di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2.

Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol susu.



Sumber : Harian Metro Online

Kenapalah ada lagi orang macam ni kan? x ada perasaan ker masa nak buang anak ni? kan ramai lg yang nak cari anak angkat...bagilah kepada mereka yg memerlukan..

Kalau susah sangat..meh kat sini bagi kat saya...saya sedia menerimanya....daripada korang nak buang budak yg x berdosa ni ...



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

5 comments:

Elyn Sani said...

Napa lah tak buh depan umah org ke.... Otak buh lutut tul! At least terjamin sikit baby tu kan even ko dh x mau. Geram

Suria Amanda said...

sedih baca tadi...lepas ni sure berderet2 kes buang anak...aduhai..kalau letak depan rumah SA pun SA sanggup ambik...

AtieYusof said...

Salam Jumaat Iela..
isk! mmg geram lah bila baca berita ni tadi...apalah dosa bayi tu.. tak ingat DOSA ker...

aizamia3 said...

pagi tadi ada baca.. terdetik di hati, apa perasaan ibu tu ye.. tergamak buang bayi di situ.. kalau sekarang tak menyesal, akan datang..?
Moga baby tu mendapat penjagaan yang baik demi masa depannya.

ayut said...

Kmbli semula dh buang bayi skrg...