Balasan bunuh ibu tiri

Balasan bunuh ibu tiri
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dua tahun lalu.
Namun, Hakim, Datuk Akhtar Tahir akan menentukan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang berusia 16 tahun ketika kejadian pada 28 April ini selepas mahkamah mendapat laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, bersama adik tirinya didakwa membunuh Tanziah Zainuddin, 72, dalam kejadian di Taman Sri Wangi, Kapar jam 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Tertuduh bersama didakwa menekup muka mangsa sehingga lemas bagi mendapatkan barangan kemas milik ibu tiri mereka.

Foto
Zahidah (kiri) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Kedua-dua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini d
Credit : Harian Metro Online


Adoi..sampai hati kan bunuh ibu tiri yang dah tua...umur 72 tahun..tua dan sangat utk kita bunuh..tak tahan sangat dengan sikap dia sekalipun..buat tak tau ajerlah..x payahlah sampai nak bunuh2...sedih ajer tgk muka perempuan ni kan


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

8 comments:

Suria Amanda said...

Bila syaitan dah merasuk minda kan....hurm..kesian...moga dengan hukuman setimpal ni..boleh jadi pengajaran buat semua di luar sana...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

mungkin dah terlalu geram sampai fikiran diluar batasan dah.. tapi yang amik barang kemas tu yg taktahan lak tu..kesian..

wahida said...

hadoi...harap dijauhkan la benda2 mcm ni terjadi dlm family kita...amin...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bila akal dirasuk cmtula.

nuyui a.k.a miss YUI said...

p/s: haah kak ada modal min rm 100.jns taknak wat apa2 leh tunggu dlm sethun dapat rebet harian. keuntungan rm80 + selepas tolak modal.

okla takde wat ape2. mcm asb huhu

wantie said...

kenapa ngan doramng tu ek. hish.. kerana barang kemas sanggup membunuh. mak tiri pulak tu.

saya ada mak tiri jugak. sayang sayang mak tiri saya .

wantie said...

done follow

nad said...

bila dah dikuasai dgn nafsu, akal dh takleh berfungsi...huhu