Taman Tasik Bandar Baru Bangi... Lumba Kereta


Petang..

Bila daddy keje pagi setiap weekend..dapatlah anak anak berjalan petangnyer..kalau keje petang.memang dok rumah ajerlah jawabnya

So daddy bawa kita g jalan jalan kat Taman Cempaka, Bangi..kebetulan ada plak orang ramai ramai dok kat tepi Tasik tu

Kami jarang g kat Tasik..selalu g kat tempat mainan ajer..tapi kali ni nampak plak ada orang ramai ramai berkumpul..so kami g la jenggah
Dok lawan main kereta lumba dalam air rupanya

Ramai orang tp yg main nyer 4 orang ajer

Deretan Viva..ingatkan pameran Viva..

Ini lah agaknyer owner yg rent kan kereta lumba tu

sebab banyak kat situ..siap ada spare part lagi

Harith & Daddy yg teruja tengok..

Harith takut dengar bunyi enjin yg bising bising tu..tu yg melekat kat daddy

Hafiey & Haziq dah ikut mummy dok tepi tasik

Antara orang yg tengah standby nak joint tu

Syok gak kan

Ini yg ada kat situ...

semua teruja dok tengok

Silap la..bukan kereta..bot laju

Ini yg buat mummy dengan daddy terpaksa tempis menepis..

Anak anak request nak main benda alah ni

Sekali masuk RM30 so anak  3 orang anak dah RM90

Tak sapa suruh nak habiskan kat sini

Rugi lah..baik buat benda lain dari masuk sini

Mahal kot setakat nak maian kurang dari 1/2 jam

Haziq yg masih perhatikan mainan ni..Harith dah ikut daddy nun kat hujung..nak balik dah ni

Sian Haziq merayu nak main..tapi Haziq tak faham erti mahal RM untuk mainan mcm ni..tak per..next time kita cari tempat yg berbaloi yer


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Air Sejuk dan bayi

Bayi Mati Akibat Mandi Air Sejuk

Assalamualaikum,

Terjumpa artikel Dr Zubaidi ini di blog Erna tadi. Moga kita ambil iktibar dan jangan pandang remeh sesuatu perkara. 

Dalam entri ini saya ada kongsikan cara-cara menjaga bayi baru lahir. Dan ada disebutkan untuk memandikan bayi dengan air suam. Tapi saya pun baru tahu yang memandikan bayi dengan air sejuk boleh mengakibatkan maut. Na'uzubillah.. 

Saya kongsikan artikel tersebut di blog saya dengan harapan lebih ramai ibu bapa dan pengasuh bayi yang peka akan perkara ini.

Gambar sekadar hiasan


“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”



Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.

Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah.

Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, karena air dingin bisa membuat bayi mengalami hipotermia. 
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.

Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernapas dan berbahaya kepada bayi.

Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi. 

Wallahu a’lam.


Credit to : Hebatkan.blogspot.com


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Pening nak pilih yg mana satu


Semenjak mummy dah gila meroti ni...haruslah mummy mencari Oven baru untuk proses bakar membakar adunan..OVen yg dapat hadiah masa kawin tu dah rosak..tak mau panas plak...huhuhu

Buat masa sekarang ni pakai dulu oven bulat tok mi yg mummy belikan dulu masa bujang2..tapi tulahl..Oven tu tak ada api atas bawah..agak susah nak adjust api untuk bakar roti & kek

So pencarian pun bermula

Hari tu masa g Jusco Cheras Selatan..masa beli barang bb utk officemate mummy ada nampak promotion untuk Oven... Oven yg besar 52L tu baru RM339 tak salah..brand tak ingat plak..lupa nak snap gambar

Ini kat Aeon Big, BTHO...

banyak pilihan..tapi mcm x best kat Jusco tu

Ini brand Faber...40L RM299.. mcm murah gak kan?

Siap boleh panggang ayam lagi..diskaun 50% tu.. kalau tau dekat RM600

Yg ni 46L RM389.00

Macam mahal plak kan? pastu besar plak..takuttak ada ruang nak letak plak

Brand yg sama

RM299 brand  Pansonic rasanya.. tapi kecik sikit..tak berbaloi plak..baik ambil yg besar..boleh panggang ayam sekali..buat kek or kuih raya boleh sekali harung naik kan?

Ini yg Conell punya..tak salah mummy 40L gak..harga tak ada plak

Puas dok pusing2 cari harga..tapi tak nampak..

Orang yg jaga pun x ada...kalau tak boleh gak tanya tanya kan

Tapi ada buat promotion kat situ

Harga tak ada

So mummy masih tak beli lagi..nak g tengok sekali lg kat Jusco Cheras selatan plak

Ingat nak gak tengok kat Tesco..sekali dengan Bread Maker...

Pening pening



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Main masak masak


Rajin lagi ceritanya

INi hasilnya

Puri roti dengan sambal ikan bilis.

Sedap tau puri roti ni..nampak ajer rupa x menarik

Tok mi, abah  & maksu dtg hari tu pandang remeh ajer bila hidangkan puri roti ni..ini mcm cucur biasa kot

Sekali makan..ambik..licin terus..siap request suruh goreng lagi... hahaha

Ini kena perap dulu baru boleh goreng..bukan senang..so next time la yer

Rupanya

Ini doh roti..

Nanti kita citer pasal roti plak yer

Nasi goreng ayam tabur dengan telur ayam  leleh

Ini antara bahan untuk masak breakfast

Nasi lemak baru bertengkek atas dapur yer

Sebelum masak..bagi ambil gambar dulu...

Ni pun masak pepagi sepa'ie yer

Sambal ikan bilik tengah menggeleggak atas api

Ii baru sambalnyer yg blm siap ..ikan bilis pun x masuk lagi

Penyeri nasi lemak nanti

Ini doh untuk donat

Anak anak yg rajin menolong mummy

Nak gak buat donat sama dengan mummy

Bagi sorang sikit buatlah bentuk yg korang suka yer...

Kita tengok..jadi tak..

Apa lagi..diaorang gelek sampai hitam tepung tu

1st time buat donut..naik elok...tapi tu lah..bentuk mcm kelakar ajer

1st time yer

yg tunggu masa untuk naikkan lagi doh tu

Hasil gabungan tadi

Puri roti bersambal ikan bilis, nasi lemak pun ada sambal dia sendiri..tp nasi terteinggal plak nak bergambar sama...dan donut gebu gebas tu yg x berapa menarik rupanya

Ambil bekal mummy ajerlah ek nasil lemak tu

Ini lah rupanya donut yg dah siap disira gula tu

Sedap sangat.gebus..tq yg share resepi tu

Aik! tak siap lagi ke donut tu?


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Bekal Bekalan





Sekarang ni mummy dah rajin masak pepagi...

Untuk bawa bekal ke office..pakej utk breakfast & Lunch sekali

Malas nak keluar membeli..so baik bawa bekal..disamping x payah keluar dapat menjimatkan RM kan..sekarang ni makan kat Cafe pun dah mahal..

Untuk breakfast pun dah RM5 Lunch dah dekat RM10 so baik bawa bekal..jimat RM15 sehari..boleh buat beli benda lain kan?


Antara bekal yg mummy bawa

Depan tu karipap apam berinti kaya..

Lauk belakang tu ketam goreng telur masin..sayur kacang panjang + udang  & cili kicap nak cicah dengan ikan cencaru yg ada dalam nasi tu

Ni hari lain plak

Pancake makan dengan madu

Jimat jimat :D

***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Isteri cantik pun kena cerai?


Isteri cantik pun kena cerai?

(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik,  Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, terbaru Ungku Emran bercerai dengan Erra Fazira yang memang cantik, bekas ratu lagi... Soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow! - Sumber Kereta Mayat.blogspot







***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Birthday abah yg ke 63


22.02.2014 adalah hari ulang tahun kelahiran ke 63 untuk tok wan yakni abah mummy... selamat hari Lahir abah...semakin berusia dah abah

Doa mummy untuk abah mummy..

Semoga abah sentiasa dilindungi Allah..dikurniakan kesihatan yg sihat dan sentiasa dibawah lindungaiNya.. Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan cheq dari kecik sampai sekarang yg kadang2 masih menyusahkan abah dengan suruh ambil balik kerja la..suruh jaga anaklah...

Abah rajin datang rumah tolong bersihkan rumahlah..cat rumah lah.. abah tak garang tapi tegas..tapi cheq tak takut pun :D

Abah jarang sekali pukul anak anak dari dulu sampai sekarang..walaupun hidup dalam kesusahan dulu..dengan kerja hanya sebagai driver lori DBKL...abah mampu membesarkan kami 6 beradik (kakak ida arwah tok wan jaga kat kampung dulu)

Abah tengah mengaminkan bacaan doa dari Haziq

Aniq, Harith, Hafiey, Balqis, Abah & Pakcik


Tu baru separuh yg ada kat sini..

Tak dapat berkumpul semua adik beradik kerana komitment kerja dan tinggal jauh jauh

Yg sulong kat Penang... jauh sangat nak datang

Yg ke 2 : mummy lah..tukang ambil gambar :)

Yg ke 3 Paklang...otw datang..baru balik kerja..tp yg baju hitam tu, aniq & Balqis wakil datang awal dulu

Yg ke 4 : Mama INa...nun jauh di Pahang... Dina mesti sedih tengok abah potong kek dia x ada..cucu kesayangan tu

Yang ke 5 : Mak teh.. .tak dapat datang ada alasan tertentu

Yang ke 6 : Tu pakcik yg pakai baju hitam+ seluar hijau..

Bongsu : Maksu yg pakai baju belang2 tu..sponser kek secret receipie

Yg lain2 share beli KFC ajer

Tu Haziq tengah baca doa

Pemalu betullah anak bujang mummy ni

Nasib baik dia nak gak baca dalam keadaan ramai mcm ni..kena banyak train lagi ni supaya berkeyakinan dengan orang ramai

Alamak..gambar tersengget sikit..

Kek birthday tu..

Tak tersusun makanan semua..main ikut dan ajer kan

Tok wan malu malu nak tiup kek..

Cucu pakat kerumun nak tiup lilin tu..sekali dengan pakcik pun joint sekali..

Harith & Hafiey moody sebab depa nak tiup x mau sekali dengan orang lain..ngada  ngada

Harith & Aniq

Sian Harith..Chicken Pop dah naik kat dia.panas badannyer

Lagi...jarak umur setahun..tapi dah nampak aniq lagi besar dari Harith plak

Balqis sibuk nak potong kek

Dina tak ada.. Hafiey lah yg manja dengan abah

Abah sayang gak kat Hafiey..sebab Hafiey putih macam abah..rambut lebat macam pak lang.tapi semua cucu pun abah sayang kan

Semua tak sabar nak tunggu kek 

Haziq macam bersungguh ajer nak makan kek.padahal cuit sikit ajer..main ajer lebih

Semua pakai tunggu nak makan kek

Kami...

Dalam gambar ni kami 3 beradik ajer..

Mummy, maksu dengan pakcik..paklang tak sampai lagi

My mom pun dah nampak tak sihat..sian mak..diabites kan

Semoga mak abah sentiasa diberi kesihatan yg baik dan sentiasa di bawah lindunganNya




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***