Beraya di Salak Tinggi

Minggu terkahir raya kita diakhiri dengan berkunjung ke rumah Tok wan ucu di Salak Tinggi...tok wan ucu ni adik kepada atok Haziq & adik adik

Kali ni kita beraya bersama atuk without Oni..Oni balik Johor kerana ada jemputan kawin..


Tu yg berbaju kelabut tu lah tuan rumah...

Sepanjang 5 tahun berkawin....inilah 1st time mummy g rumah tok wan ucu ni...maklumlah jauh...

Ni la saudara mara atuk...syok tau..dulu mummy jarang dapat berjumpa dengan saudara mara atuk...tapi sekarang ni memang mummy paksa bawa kita beraya dengan keluarga atuk....so kalau nak beraya dengan keluarga atuk..kita kenalah bawa atuk..atuk plak memang susah nak cuti..rajin tau atau kerja..walaupun dah berumur...maklumlah...bekas askar..memang komited pada kerja


syok melepak kat sini.maklumlah rumah pun besar..siap disediakan satu bilik utk kita berehat...bilik ber air cond..tentulah selesa anak anak mummy nak beradu...

Makanan pun memang sedap...Nasi beriani gam..kari kambing...rendang daging & mcm macam ada...syok lah makan...

Dah lewat petang baru kita balik bila dah jumpa dengan semua saudara mara semua..memang puas hatilah kali ni beraya..cover balik yg tak puas beraya di Johor hari tu




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Qhaifa Nur said...

penghujung syawal penuh bermakna dapat berkumpul bersama sanak saudara..entah bila dapat bertemu lagi..