50 Cara merangsang hubungan selama menyusukan bayi

Mummy just nak share tips & disamping menaikan semangat mummy untuk terus breastfeed twin mummy seperti Abang Haziq selama 2 tahun 1 bulan ni...

Daddy jangan bimbang. Anda tidak akan dipinggirkan walaupun mummy ada baby baru. Pastikan daddy dan mummy bersama-sama berbincang untuk mendapatkan suasana bilik tidur yg lebih segar, bebas stres dan relaks.


1. Mama kenalah ingat pada papa selalu. Bukan pada baby baru lahir sahaja

2. Daddy pun janganlah biarkan mummy jaga anak-anak sorang diri...tolonglah mummy

3. Ketika mummy bersama baby, daddy kenalah turut serta. Tolong urut bahu mummy...barulah tidak rasa terpinggir

4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tidur untuk saling tukar-tukar cerita

5. Setelah bertambah anak, mummy daddy kena banyak bertenang. Barulah hati rasa senang

6. Kalau rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang ,beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian.

7. Daddy ajaklah mummy dataing. Macam masa bercinta dulu

8. Daddy, tolonglah mummy buat kerja rumah. Barulah mummy ada masa untuk daddy

9. Payu dara ibu menyusukan selalunya membengkak. Jadi, berhati-hatilah kalau daddy nak dekat dengan mummy. Takut tersentuh. Kesian kat mummy ...sakit

10. Daddy dan mummym jangalah lupa luangkan masa untuk bersama. Ingat, kualiti lebih baik dari kuantiti

11. Daddy dan mummy, keraplah mandi bersama

12 Daddy kenalah rajin memuji mummy kerana mummy yg menyusukan selalu rasa mereka busuk dan tidak cantik

13. Kalau nak lagi romantik, berilah mummy hadiah

14. Mummy pulak, berikanlah kad ucapan kepada daddy. Tuliskan lah kata-kata romantik. Daddy mesti rasa terharu

15. Apa kata kalau mummy dan daddy lakukan perkara-perkara yg baru dalam hidup. Baru tidak rasa bosan

16. Sekali sekala, daddy kenalah urut mummy. Mesti mummy tambah sayang. Lebih-lebih lagi selepas mummy penat melayan kerenah baby baru

17. Mummy kenalah cium daddy selalu. Daddy pun kena buat macam tu kat mummy.... Baru terasa mesra

18. Jangan lupa ucapkan I Love U

19. Kepada mummy, berhiaslah....barulah sedap mata daddy memandang

20. Kalau dah cantik-cantik tu, tunggu apa lagi? Ambillah gambar bersama....sure meletup

21. Tapi jangan lupa pakai minyak wangai tau

22. Kalau mummy dan daddy berjalan-jalan....jangan lupa berpegang tangan, walaupun si kecil dah ada....

23. Jika daddy sakit, mummy mesti jaga daddy dan beri dia makan ubat. Jangan asyik tumpukan perhatian pada babby saja

24. Mummy dan daddy kenalah saling ucapkan terima kasih diatas segala yg telah daddy dan mummy lakukan

25. Jika ada kesempatan, sembahyanglah bersama-sama

26. Beberapa bulan sekali, buatlah post mortem dan brainstorming agar daddy dan mummy dapat mengenal pasti masalah dna mencari jalan penyelesaian serta melaksanakan perkara-perkara baru dalam rumahtangga

27. Kalau daddy nak bersama dengan mummy, kenalah tunggu sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin kerana sakit bersalin belum sembuh betul lagi

28. Kalau daddy dengan mummy ingat bersama...janganlah tergopoh gapah...relaks sikit

29. Mummy plak, gunakanlah pad payu dara semasa bersama daddy kerana oxytocin akan menyebabkan susu memancut keluar

30. Untuk pengetahuan daddy, ibu yg menyusukan bayinya mungkin akan kekurangan kelembapan pada vagina. Jadi, sediakan lah jeli pelembab untuk mummy

31. Kepada mummy pulak, jalan lupa gunakan perisai...Adalahlah penting untuk tidak hamil lagi sekurang-kurangnya setahun selepas kelahiran anak agar tubuh kembali segar & pulih sepenuhnya

32. Mummy daddy, cubalah pelbagaikan posisi ketika bersama, barulah ada kelainan

33. Jangan tunggu hingga lewat malam untuk bersama....nanti masing-masing sudah penat

34. Kepada mummy, baritahulah daddy bagaimana untuk daddy merangsang mummy

35. Mummy pula, gunakanlah jari jemari yg halus itu untuk membelai tubuh daddy

36. Mummy jangan fikir daddy tahu apa yg perlu dilakukan. Jadi, beritahulah daddy apa yg perlu dilakukan

37. Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bukan hantar sekitar antara pusat dan lutut tetapi keseluruhan tubuh

38. Makanlah ikan salmon kerana vitamin didalamnya dikatakan mampu untuk meningkatkan libido. Salmon kaya dengan protien yg bagus untuk stamina

39. Ketika ingin bersama, malapkanlah lampu....barulah romantikan di taman

40. Jika daddy atau mummy inginkan belaian tetapi malu untuk bersuara.....SMS lah .....Nyatakan keinginan yg terpendam itu

41. Minumlah kopi. Kopi dikatakan mampu meningkatkan tahap libido perempuan. Walaupun bukan 100% benar, kafien mampu memperbaiki tahap konsentrasi kita

42. Kalau ingin bersama, tutuplah tv & radio....biar suasan tenang ...barulah tenteram

43. Jiki inginkan muzik, pilihlah yg sesuai

44. Bilik tidur mestilah kemas & wangi selalu

45. Sekali sekala, ubah susunan atur bilik daddy mummy....barulah tertarik & menarik

46. Sebenarnya, hubungan suami isteri bukanalah semata-mata hubungan kelamin ajer...yg penting kasih sayang yg suci dan murni

47. Mummy, tidak kira apa pun perubahan yg telah berlaku pada diri, jangan rasa rendah diri, yakinlah pada diri sendiri

48. Untuk membangkitkan mood pasangan, hantarlah e-mail yg menyenangkan pada pasangan

49. Mummy dan daddy bersenamlah untuk mengekalkan stamina kita berdua

50. Mummy daddy, hargailah pasangan anda...carilah masa untuk berdua-duaan...


info : Pa & Ma


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

No comments: