Derita Anak Kecik - Ya ALLAH ...kau selamatkan bayi comel ini..

SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.

KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.


“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.

Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.


“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.


Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.

“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.

Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.

“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.

“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.

“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.

Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.

Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.

“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Noriah Idris
am@hmetro.com.my



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

9 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

sedihhhhhh....kalaou rasa tk nak jaga, jgnlah jagakan....jgn kerana $$$ mereka nie.....sedihhhhhh sgt:(:(

iqien said...

Eeee...geram ngan manusia zaman skrg nie..nk kata kan kita skrg berada di zaman moden..bukan zaman jahiliyah..tp ada gak manusia yg berhati binatang..binatang pun sygkan anak. ni plak manusia yg ada hati, otak & perasaan..Semoga adik Sheena cepat sembuh..dan pengasuh ny itu..di bawa ke muka pengadilan..baru puas hati!!

.::Lynn::. said...

sedihnya beca berita ni

Ummi AmnaAmzar said...

Allahuakbar...xterucap bila bc berita ni...sgt sayu dn sedih...xsanggup ummi tinggal anak ngn orng

Kak Amy said...

sedihnya baca berita nie semoga adik Sheena cepat sembuh..dan pengasuh nya itu..di bawa ke muka pengadilan

Ogy said...

sedihnyaa bila baca kisah2 mcm ni....kalaulah berlaku kat kita..huhu tak taulah setabah mana hati ni nk menghadapinyaa...

Mummy Irish@honey said...

siannye bdk kecik xtau ape2..alahaiiii...meh sni kite dera pengasuh plak..aci x?? gler punye org!!

♥SyilaSyira♥ said...

siannya...mmg patut diketengahkan biar pihak yg berkenaan cari pendekatan terbaik masalah ini. Kita yg bekerja jadi takut bila dgr mcm2 cete pasal ni. kenapa nak menjaga budak klo setiap kemarahan dilepaskan kepada si kecil kan???peliknya manusia

ietams said...

ya allah sedihnya baca..
memang takut bile dengar kes mcm ni sekarang ni..
mudah2an baby ni selamat & dimudahkan segalanya, Amin