Tag - Dari Shima ibu alisya

TAG SEPULUH











Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya


- Baik...










[1] Siapakah diri anda di rumah?


- Isteri tercinta kepada Encik suami dan mummy kepada sang putera hati Muhammad Haziq Irsyad..itu kalau kat rumah Kajang...kalau kat rumah Cheras...anak kepada emak abah saya dan kakak kepada 5 orang adik...(anak yg baik serta kakak yg sangat baik). Kalau kat Batu 10..menantu kepada emak & ayah mertua serta kakak ipar kepada sorang adik ipar dan merupakan menantu perempuan tunggal untuk sementara ini (Menantu kesayangan tau...)





[2] Siapakah diri anda disamping rakan?


- Seorang rakan yg selalu mengacau kawan-kawannya....suka sangat bergayut dengan kawan2 baik saya tau.......merupakan officemate yg sangat bising didalam department....








[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai




1. Nak renovate rumah menjadi sebuah rumah yg sangat cantik & menarik...tapi kena tunggu duit sejelepok jatuh depan mata....sebab memang nak rumah yg besar & cantik...(tetap bersyukur masih ada rumah sendiri walaupun rumah tak cantik mana...akan usahakan sehingga rumah itu cantik seperti idaman hatiku...)


2. Nak tengok dalam account bank ada ratusan ribu....(memang mata duitan aku ini)


3. Nak hantar emak & abah g haji


4. Nak dapat anak yg ramai - sekarang ni baru sorang...tapi kena tunggu lagi setahun untuk dapat lagi.....memang dari kecik sampai sekarang....aku idamkan anak yg ramai....lagi ramai lagi bagus...meriah rumah aku....bila dah tua-tua tak lah sunyi nanti....


5. Nak beli MPV ~ Estima....tapi mampukah aku??????







[4] Siapakah nama pasangan anda?


- Suami sayalah....Inspector Hamzarizal B Hamdan




[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda


i- Rahsia saya dengan dia...(dia tak tau pun saya suka apa pasal dirinya)
ii- Sebab mampu bagi saya Muhammad Haziq Irsyad...yg sangat handsome & cute itu...
iii- Sayang sangat dengan anak kami......Memang sayang sangat-sangatlah anak lelaki sulongnya itu..
iv- Rahsia gak lah
v- Rahsia gak lagi ni



[6] Bila tarikh anda couple?


- Tak ingat....sebab 3x dia melamar saya...bila saya suka..saya kawan...bila saya ada teman lelaki lain..saya tak kawan..so tak tau bila tarikh sebenarnya kami bercinta....tapi start 01.06.2007 cinta saya selamanya untuk dia.....tiada yg kedua dan ketiga (Insyallah)
[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?


- Rumah kami dimasukki pencuri ketika kami pulang ke kampung. Raya tahun 2009. Habis barang kesayangan kami hilang.......sedih sangat...dan truma sehingga sekarang.....
- Kenangan pahit memang tak banyak sangat dengan suami saya kerana kami jarang bergaduh or bermasam muka....semuanya kami ambil mudah ajer....kalau nak buat..buatlah...takmau buat..x payah buat...sama-sama kena pahamlah kan..janji kami tak gaduh dan bermasam muka...


[8] Lagu tema cinta anda?


- tak main la lagu tema-tema ni...kami ni ikut suka hati ajer......suami saya bukan mamat jiwang nak layan lagu-lagu tema percintaan ni..buat dia gelak besar ajer....




[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?


- saya nak suami saya jadi orang yg sangat kaya dan boleh bagi apa yg saya nak...ha ha ha..itu kalau ada rezeki kami lah...


- terima dia seadaanya dia.....kalau tak suka..saya tegur perlahan-lahan..kalau dia tak layan gak..saya merajuk...sure dia layan...


[10] Tag 10 rakan ada yang lain


Semua yg rasa dia adalah kawan saya....sila tag diri anda yer.....












***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

No comments: