sekiranya hidup ini semudah a b c
atau semudah 1 2 3
tentu aku tidak gusar meneruskan perjalanan ini
tetapi sayangnya, hidup penuh lukisan abstrak
yang kadang kala aku sendiri tidak tahu mana kisahnya
mana akhirnya atau
mana puncanya
bagai tenggelam tapi sebenarnya aku sedar
bagai terisi tetapi sebenarnya kosong
jika boleh aku ingin begitu bukan begini
dan jika boleh aku ingin begini dan bukannya begitu
andai semuanya semudah petikan jari
biar saja kutukar corak-corak sedia ada
biar kulakarkan sesuatu yang baru dan tidak keliru
biar kurembeskan warna-warna aman,warna-warna tenang
yang mungkin membuatkan hidupku lebih bermakna
Ziela
No comments:
Post a Comment