Bahaya untuk anak anak



Budak terjun selamat diri

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Tindakan nekad seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terjun dari kenderaan model Mitsubishi Triton yang sedang bergerak, menyelamatkan mangsa daripada diculik seorang penjenayah, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan membuka pintu kenderaan dan melompat keluar selepas dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Taman Keramat di sini. 
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa mengikut bapanya menaiki pacuan empat roda itu ke sebuah bengkel membaiki kenderaan dan mengecat kenderaan di kawasan itu. 

Sumber polis berkata, mangsa kemudian ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan tanpa pintu dikunci selain enjin pacuan empat roda itu dibiarkan masih ‘hidup’.
Foto
LOKASI kejadian kanak-kanak dilarikan penjenayah di AU3 Taman Keramat, semalam.

Menurutnya, tindakan bapa mangsa mengundang padah apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul sebelum melarikan kenderaan itu secara mendadak.

“Suspek lelaki itu dikatakan keluar dari sebuah kereta model Proton Pesona berhampiran bengkel itu sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa. 

“Menyedari anak dan kenderaannya dilarikan penjenayah, bapa kanak-kanak itu berusia 40 tahun itu terus menghubungi pihak polis. Susulan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui semula kanak-kanak itu dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya. 


Sumber : Harian Metro Online


*** Selalu gak tinggalkan anak2 dalam kereta.. Enjin memang sy start...lock kan tingkap supaya diaorang x blh buka or tertekan... Kunci pendua & alarm sy bawa... tapi itu utk ke kedai dlm waktu yg singkat.. kalau lama memang usung tiga tiga sekali masuk sama..parking kereta mesti depan kedai..beli  barang pun mcm lipas kudung..semua laju ajer...Tapi tetap bahaya...***


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

8 comments:

syawalsimpsons said...

takut kan..kalo sue ngan en asbeen...mmg akan nagkut gak anak2 kalo anak2 tidoq..mmg tak berani tinggal sowang dah..walaupun dorang tau bukak lock pintu tu kan...seriau

Rai Ourkizuna said...

ngeri kejadian mcm ni.. sekarang anak da besar sikit ni kalau parking kejap pun, walau pun saya ada dalam kereta.. suami je pergi pun husband make sure kami yg tinggal ni lock kereta.. malang tak berbau..takut betul org sekarang ni kan..

azizah :) said...

Allahuakbar! menjadi2 kes culik ni kan...

aTieYusof Family said...

Ada terbaca gak.. Ya Allah! mcm2 lah skrg ni... takut..

Myra Jay said...

Memang bahaya sekarang ni kan, kita tak jangka tindakan penceroboh/pencuri ni..
Kesian kanak2 tu trauma tp alhamdulillah selamat

Fiza Rahman said...

Scarynya. Saya memang angkut anak2 masuk kedai. Tak berani nak tinggal kan dalam keta.

Tapi salute ah dgn budak ni. Berani.

LYAfrina said...

huhu..bahyanya sekarang..
lps ni parents mmg kna sntiasa bhati-hati.. setakat ni mmg xpnh tgl asya sorang2 dlm kete..

Khai♥Rin : anies said...

penjenayah skrg x mengira siapa janji bleh buat $$