Sedekah Wanita


Sedekah Wanita

Sedekah ~ semua orang akan terfikir duit...

Sedekah bukan sahaja dari duit ringgit. Banyak lagi yg kita boleh buat untuk bersedekah. Antaranya .. sedekah dari tenaga kita.. kata2 baik kita, pertolongan kita, ilmu kita dll.

Jom kita tengok... antara sedekah yang wanita boleh kutip pahalanya... Insyallah

  • Bersedekah (Wang Ringgit, Tenaga, Ilmu dll)
  • Berzikir / Istifar seiklas hati
  • Senyum dan peluk suami dan anak anak anak
  • Senyum kepada setiap orang yang kita jumpa
  • Berlumba memberi salam kepada setiap muslim dan muslimat.. x kira kita kenal atau tidak
  • Solat sunat (Dhuha )
  • Memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Layan sehabis baik
  • Mengajar ilmu Agama untuk anak anak dan suami
  • Setiap perlakuan baik kepada keluarga kita .. merupakan sedekah dari kita
  • Memberi segala yang kita ada kerana ALLAH

Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya

Semoga kita mendapat pahala dari setiap perbuatan kita.... Insyallah









Bersihkan hati

Jom kita bersihkan hati

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri pun banyak kita x sedar

2. Jangalah hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai akhirat

4. Jangan perlekehkan orang lain. Allah hargai setiap usaha kita.

5. Jangan mengata orang. Esok-esok orang tu yang akan tolong kita.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniyai itu lebih makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal itu diterima @ tidak

8. Jangan sombong dengna apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa saja

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Rezeki Allah untuk setiap orang adalah berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanNya