Mentor



Dua beradik ni memang rapat

Harith jadikan abang Haziqnya sebagai Mentor

Apa yg abang Haziq buat..Apa yg abang Haziq pakai..semua dia nak

Dah macam depa plak yang kembar kan

Abg pun sama

Sayang adik..takut adik jatuh...siap pegang adik lg

Tengok tu...sejuk hati tengok dua beradik mcm ni

Harap2 berterusan untuk selamanya

Insyallah


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

3 Tahun Sudah


Sekejap aja masa berlalu

Rupanya si kembar mummy dah 3 tahun usianya Jun ni

18.03.2013 merupakan harinya

Tampa sambutan..sebab keadaan yang tidak mengizinkan..

Tapi apa yg penting..doa mummy dah daddy untuk anankanda tercinta 

 gambar waktu baru lahir dan gambar terkini

dulu ada gak la iras iras walaupun x banyak..tapi sekarang memang langsung x nampak macam kembar budak berdua ni

Orang selalu tanya..setahun sorang ker ni?

Padahal kembar..cuma tak seiras aja

 Cuba teka ini sapa?

Harith in the house la.. ini gelap sikit dari abang & adik

tapi manis tetap ada kan Harith? 

Sedapnya dia lena masa ni


 Masa ni dah habis pantang rasanya

Kalau tunjuk gambar ni...depa kenal yg mana abg yg mana adik

Harith chubby nya masa ni..mcm nak cubit2 ajer pipi tu...geram

sekarang ni kurus kering ajer orangnye

Ni baru balik dari Hospital

Kanan tu abg ke adik ek? mummy pun dah comfius ni

Ok .. yg ni..si baju putih tu adik Hafiey..si biru tu abg Harith

tidur mesti nak rapat2kan

Ni dah besar sikit..

Muka abg lagi besar dari adik

Tapi adik sekarang ni lagi besar dari abang

Ni baru balik dari Hospital..

Kembangnyer hidung adik

Abg rambut mcm daddy la..jarang jarang


Doa mummy :

Semoga menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat
Semoga berjaya didunia dan akhirat
Semoga menjadi anak kebanggaan mummy daddy
Semoga sentiasa dibawah rahmatNya

Semua yg terbaik untuk anak2 mummy


Insyallah



***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***


Order dari member sekolah


Alhamdullilah..walaupun sekarang ni x ambil sangat order untuk kek...tapi ada gak yg sudi nak order..

Kek pun simple simple ajer

Coklat moist untuk Intan

Dah bagitau awal awal..boleh buat kek..tapi decoration memang outlah kan..

Ini pun main bedal

Last minut baru teringat....sempatlah parutkan coklat atas kek tu..bagi nampak penuh sikit..

Oreo pun ada lah 5 ketul kat situ :D


Semoga Intan berpuas hati & sedap menikmatinya





***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Bahaya untuk anak anak



Budak terjun selamat diri

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Tindakan nekad seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terjun dari kenderaan model Mitsubishi Triton yang sedang bergerak, menyelamatkan mangsa daripada diculik seorang penjenayah, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan membuka pintu kenderaan dan melompat keluar selepas dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Taman Keramat di sini. 
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa mengikut bapanya menaiki pacuan empat roda itu ke sebuah bengkel membaiki kenderaan dan mengecat kenderaan di kawasan itu. 

Sumber polis berkata, mangsa kemudian ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan tanpa pintu dikunci selain enjin pacuan empat roda itu dibiarkan masih ‘hidup’.
Foto
LOKASI kejadian kanak-kanak dilarikan penjenayah di AU3 Taman Keramat, semalam.

Menurutnya, tindakan bapa mangsa mengundang padah apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul sebelum melarikan kenderaan itu secara mendadak.

“Suspek lelaki itu dikatakan keluar dari sebuah kereta model Proton Pesona berhampiran bengkel itu sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa. 

“Menyedari anak dan kenderaannya dilarikan penjenayah, bapa kanak-kanak itu berusia 40 tahun itu terus menghubungi pihak polis. Susulan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui semula kanak-kanak itu dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya. 


Sumber : Harian Metro Online


*** Selalu gak tinggalkan anak2 dalam kereta.. Enjin memang sy start...lock kan tingkap supaya diaorang x blh buka or tertekan... Kunci pendua & alarm sy bawa... tapi itu utk ke kedai dlm waktu yg singkat.. kalau lama memang usung tiga tiga sekali masuk sama..parking kereta mesti depan kedai..beli  barang pun mcm lipas kudung..semua laju ajer...Tapi tetap bahaya...***


***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***