Semakin besar dan semakin lasak

ALhamdullilah twin semakin sihat sekarang. Insyallah, semoga dengan pertambahan usia anak anak mummy, kesihatan mereka sentiasa baik dari masa ke semasa. Tak sabar rasanya mummy nak tengok anak twin mummy pandai berjalan. Sure kecoh rumah kita nanti. Sekarang ni pun dah kecoh. Yang sorang sibuk dgn komputer dia, yg sorang sibuk dok punggah cd, yg sorang lg, si nongsu tu sibuk dok membilang anak tangga. Memang macam macam perangai ada. Kalau dulu mummy heran macam mana orang selalu kata jadi 'tarzan' kat rumah dengan anak anak, sekarang baru mummy tau. Tapi tak per, itu maknanya anak anak mummy aktive dan cerdik budaknya. Semua bemda mereka nak cuba explorer. Alhamdullilah. Biar mummy penat sikit tak per, janji anak anak sihat dan gembira selalu sekarang ni kalau setakat naik turun tangga sepuluh kali ti buasa bg mummy. Mana tak nya, kejap2 naik ambik baju. Jap g naik lagi ambik pampers. Tapi masalahnya, mummy tak kurus kurus gak. Dok gemuk macam tu gak. Aish! Bila la nak dapat balik badan macam lepas pantang hari tu. Sekarang ni mummy agak sibuk dgn preparation utk majlis twin. Semoga majlis.nerjalan dengan lancar dan dirahmati. Amin ***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

Perkembangan anak anak

Mummy nak buat birthday twin 30hb ni.Lewat seminggu dari tarikh lahir sebenar twin 2H. Tapi tak per, janji ada majlis untuk twin kan? Dikesempatan ini, mummy nak jemput semua reader mummy untuk sama meraikan majlis twin mummy. Tema untuk twin kali ni merah + hitam. Mummy kan suka warna merah. Masa abang Haziq hari tu tema Upin Ipin warna biru putih. so kali ni kita buat merah plak yer. Update terkini. Twin dah setahun 18.06.2012. Anak mummy belum boleh jalan lagi, tapi merangkak memang terlebih laju. Sekarang pun dah terrer memapah sendiri. Semua benda nak panjat. Katil tu dah beberapa kali dah 2H cuba nak panjat, tapi tak lepas sebab tinggi. Setakat ni Hafiey belum pandai turun katil sendiri, tapi Harith memang dah terrer tueun sendiri. Macam macam aksi dia boleh buat. Meniarap dalam buai, melintang, duduk, semuanya Harith boleh buat. Kadangkala kelakar gak tengok gelagat dia. Last two week memang agak mencabar untuk mummy. Harith asyik menagis aja tak mau duduk. Asyik nakbergantung dengan mummy aja. Dengan daddy langsung tak mau. So, mummy memang ambik cuti memasak, tak sempat la nak handle semua keje dengan sebelah tangan nak dukung Harith, Tapi, Alhamdullilah, malam tadi Harith tido dengan lena sekali. Bangun 2 kali aja untuk minum susu. Memang sebelum ni pun, memang 2 kali bangun, cuma last two week aja yg asyik meragam. Mungkin sebab beralih bulan kot. Mummy redha aja sebabnanti moment ni tak akan datang lahi. Sure mummy akan rindu saat saat berjaga malam menjaga anak kecil. Sebab mummy rancang nak besarkan 3 hero dulu sebelum ada dang puteri. Hafiey plak memang sangat independed sekarang. Banyak beralah dengan abang Harith. Tapi kalau bab membuli, memang Hafiey no satu. Sekali abang Haziq pun kena buli dengan Hafiey. Dulu kalau mumny tengok, Hafiey suka melayan diri sendiri, seolah olah dalam dunia dia sendiri, tapi sekarang memang totally berubah. Harith yg dulu disangka lasak dah jadi seorang yg sangat manja. Haziq sekarang semakin bijak bercakap. Words dia banyak ikut bahasa buku. Ini semua pengaruh tv la. Kalau kat rumah tak ada Haziq, memanglah terasa sunyi, sebab tak ada yg riuh bertanya itu ini. Tapi amatlah penakut, tak tau la sebab apa. mungkin dia pernah nampak sesuatu yg x elok kot. Tahun depan mummy rancang nak masukkan Haziq ke sekolah. ***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***