Sakit Kepala

Semalam mummy kena serangan sakit kepala yang melampau. Dah la balik dari office pun dah lambat. Hujan turun dengan sangat lebat. Habis banjir kat parking office mummy..

Walaupun hujan lebat..mummy terpaksa redah jugak sebab semua orang dah balik. tak kan nak tinggal kat office ni sorang- sorang kan?

Turun bawah tengok jalan jem teruk. Nasib baik mummy naik motor ajer. SO boleh ajer redah. Tapi basahlah kan walaupun dah pakai rain coat. Jalan pun agak licin sebab basah. Nak pecut memang tak bolehlah...dah la mata mummy kurang jelas sangat....so macam siput ajerlah bergerak..

Sampai rumah Haziq dengan gembiranya sambut mummy balik keje..terkejar-kejar mummynya ini. Sampaikan nak masuk toilet pun nak ikut..layankan ajer..sebab dah lewat balik kan...sian plak kat permata hati sorang ni

Serangan sakit kepala masih ada...Cik Fauziah datang rumah oni..bagi resepi terkini nak buat buttercream...siap offer mummy kalau nak belajar deco..boleh datang belajar dengan hubby dia.hubby dia terrer... akan mummy usahakan gak

Sampai rumah terus mandi...basahkan kepala...Haziq memang dah tertido since kat rumah oni lagi masa menyusu. SO daddy kena temankan Haziq kat bawah sementara mummy mandi kat atas. tak sempat nak habis mandi ... dah terpancul Haziq depan pintu bilik air..dah jaga rupanya..

Kejap ajer..lepas tu pakcik, tok mummy & tok wan datang ajak g makan. Turn mummy belanja bulan ni..Kita terus ke Restaurant Amir kat bangi. Makan ikan siakap 3 rasa. tak berapa nak puas hati....mummy makan tak kenyang coz tangan sebelah dok pegang Haziq yg sibuk nak main dengan air...sebelah tangan makan...nasib baik daddy yg byk tolong mummy ambilkan lauk...dapat gak mummy merasa semua makanan yg dihidangkan..

Balik rumah dah nak dekat 11pm..terus bawa Haziq naik atas utk tido. Wah! air cond tak tutup since dari mummy mandi..masaklah daddy nak bayar bill nanti. ... kebas2 katil sikit..terus landing..bagi Haziq botol bedak yg kecik tu utk main sementara mummy nak lelapkan mata sebarang 2 minit...

Mummy jeling-jeling gak tengok Haziq..takut buat benda yg tak sepatutnya...tapi agak menghairankan bila...mata Haziq terkebil-kebil tengok mummy yg dah bertutup kepala dengan batal akibat menahan sakit kepala yg teramat sangat..sambil mata terkebil-kebil...lepas tu terus malap...sedar-sedap mata dah tertutup rapat dengan tangan yg masih memeluk botol bedak....

Kalau mummy sihat..sure ada gambar Haziq tido dengan botol bedak..tapi mummy memang langsung tak boleh angkat kepala..terlepas satu perkara yg amat berharga. Daddy dah ceritakan kat mummy pagi tadi..

Haziq tido dengan botol bedak..tapi lupa plak tanya daddy...naper tak ambil gambar..kalau tak boleh mummy tunjukkan gambar tu kat semua orang...

Harap-harap hari ni mummy tak kena lagi sakit kepala..so bolehlahl mummy berusaha keras mengemas rumah kat atas tu dengan Haziq Irsyad yg rajin ni




***D'kamar Hatiku Jajahan Hatimu***

1 comment:

Elyn said...

hiks sayang tak dpt amik gambar haziq tido dgn bedak... takpe next tima nmopk terus je amik ek heheeh